Datuk Mohd Shamsudin Lias |
Beliau mendakwa proses pengambilan tanah tapak rumah seluas 2.32 hektar oleh Kerajaan Negeri dan PKNS daripada pembeli atau pemilik rumah pangsa berkenaan didapati tidak telus kerana:
Psssttt.. Bayangkan harga termurah RM700,000 seunit rumah studio yang ditawarkan dalam projek Datum Jelatek itu adalah di luar kemampuan golongan berpendapatan rendah dan pampasan sebanyak RM130,000 ke RM250,000 yang diterima oleh pemilik asal tidak mencukupi untuk membeli seunit studio itu.
- Sebelum pemerintahan negeri bertukar kepada Pakatan Rakyat, kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) sejak 2002 telah bercadang membangunkan semula tapak rumah kos rendah itu dan Kerajaan BN telah menawarkan setiap pemilik dengan seunit pangsapuri 12 tingkat dengan keluasan 686 kaki persegi serta tiga bilik tidur pada harga maksimum RM75,000 dan seunit pangsapuri 13 tingkat dengan keluasan 950 kaki persegi serta tiga bilik tidur pada harga maksimum RM125,000.
- Bagaimanapun, beliau berkata perundingan di antara kerajaan negeri dan pemilik rumah tidak selesai dan berlarutan sehingga pertukaran tampuk pemerintahan kerajaan Selangor pada 2008 sehinggalah Kerajaan Pakatan Rakyat membatalkan projek asal PKNS itu dan bercadang membangunkan projek mega Datum Jelatek.
- Yang jelas di bawah cadangan baharu itu, pemilik hanya ditawarkan pampasan rumah kediaman sebanyak RM250,000 seunit bagi rumah dua bilik, RM300,000 untuk rumah tiga bilik dan rumah kedai satu bilik RM450,000 dan RM500,000 untuk rumah kedai dua bilik.
- Akibatnya, pemilik-pemilik asal rumah pangsa kos rendah itu yang 100 peratus Melayu terpaksa keluar dari kawasan itu menjejaskan komposisi pengundi-pengundi Melayu di kawasan Dewan Undangan Negeri Lembah Jaya, Parlimen Ampang.
Sidang dewan bersambung esok
Tiada ulasan:
Catat Ulasan