Sayidina Ali Abi Talib r.a telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Rasulullah s.a.w tentang jawapan Baginda s.a.w ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan Solat Tarawih pada setiap malam dalam bulan Ramadhan. Baginda s.a.w bersabda (maksudnya):
BENARKAH HADITH INI ADALAH HADITH PALSU, SILA [KLICK] DISINI UNTUK INFO YANG ADMIN TEMUI DANHENDAK KONGSIKAN DAN RENUNGKAN ...
Malam Pertama
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana bayi yang baru dilahirkan
Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua-dua ibu bapanya
Malam Ketiga
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, dan mendoakan agar Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka
Malam Keempat
Memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran
Malam Kelima
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang menunaikan solat di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjid al-Aqsa
Malam Keenam
Dikurniakan pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa agar diampunkan dosa-dosanya
Malam Ketujuh
Seolah-olah dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta membantunya menentang Fir’aun dan Hamman
Malam Kelapan
Dikurniakan pahala sebagaimana pahala yang dikurniakan ke atas Nabi Ibrahim a.s
Malam Kesembilan
Dikurniakan pahala serta diangkat ibadahnya seperti Nabi Muhammad s.a.w
Malam Kesepuluh
Dikurniakan ke atasnya kebaikan hidup di dunia dan akhirat
Malam Kesebelas
Meninggal dunia di dalam keadaan seperti ia baru dilahirkan
Malam Kedua Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan mukanya bercahaya
Malam Ketiga Belas
Dibangkitkan di akhirat di dalam keadaan aman dari sebarang kejahatan dan keburukan
Malam Keempat BelasMalaikat-malaikat akan datang menyaksikannya, serta Allah S.W.T tidak akan menyesatkannya
Malam Kelima Belas
Para malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan bersolawat dan memohon agar Allah S.W.T mengampunkannya
Malam Keenam Belas
Allah S.W.T menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga
Malam Ketujuh Belas
Allah S.W.T menulis baginya pahala sebanyak pahala para nabi-nabi
Malam Kelapan Belas
Malaikat akan menyeru, “Wahai hamba Allah! Sesungguhnya Allah S.W.T telah redha ke atasmu dan ke atas kedua-dua ibu bapamu.”
Malam Kesembilan Belas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga Firdaus
Malam Kedua Puluh
Allah S.W.T mengurniakan ke atasnya pahala sekelian orang yang mati shahid dan orang yang soleh
Malam Kedua Puluh Satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada cahaya
Malam Kedua Puluh Dua
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut
Malam Kedua Puluh Tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya
Malam Kedua Puluh Empat
Dikurniakan ke atasnya pahala dua puluh tahun beribadat
Malam Kedua Puluh Lima
Dilepaskan dari seksaan kubur
Malam Kedua Puluh Enam
Dikurniakan ke atasnya pahala empat puluh tahun beribadat
Malam Kedua Puluh Tujuh
Dikurniakan ke atasnya kemudahan melintasi titian sirat seperti kilat
Malam Kedua Puluh Lapan
Allah S.W.T menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat
Malam Kedua Puluh Sembilan
Dikurniakan ke atasnya pahala seribu haji yang mabrur
Malam Ketiga Puluh
Allah S.W.T memberikan penghormatan kepadanya dengan Firman-Nya, “Wahai hambaku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w yang bernama Al-Kauthar.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan