Seorang pelajar yang sungguh biadap dan apabila ditegur siap mencarut pulak tu.apa nak jadi pelajar Universiti tu bukan budak sekolah rendah renung-renungkan !!!!
Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah didakwa menghina lagu negaraku dilaman facebook. Sehubungan itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam. Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.
sumber Farid Danial
Tiada ulasan:
Catat Ulasan