Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 14 Jun 2013

KURANG AJAR !!!! SUARAM DIMINTA JANGAN BUAT TUNTUTAN MELAMPAU BERHUBUNG UITM !!!!!

UiTM
Dasar kemasukan hanya Bumiputera di Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak melanggar sebarang etika mahupun Konvensyen Antarabangsa yang berkait dengan diskriminasi perkauman tujuan utama UiTM dibina adalah untuk membantu kumpulan minoriti iaitu orang Melayu yang masih ketinggalan dalam arus pendidikan.

Apa salahnya kita jikalau kita buat ini ntuk membantu golongan minoriti yang masih ketinggalan adalah tidak salah dan UiTM mengambil inisiatif membuka tawaran hanya kepada Bumiputera.

Contohnya di Amerika misalannya, mereka melakukan perkara yang sama untuk membantu kumpulan penduduk kulit hitam berpeluang masuk ke universiti. Sebarang resolusi untuk meningkatkan tahap pendidikan golongan tertentu adalah perkara yang perlu disambut baik dan bukan dipertikaikan

Tak cukup lagi ker universiti2 lain yg ada kat Malaysia ini sampaikan mereka ni nak tuntut hak bumiputera ini pada pencacai Pakatan saya yakin mereka ikot setuju al maklumlah janji Putrajaya pancing lagi dengan permintaan melampau ni saya cadangkan klu nak sangat masuk tempat ni semua sekolah jadi satu tiada srjk tiada srjt tiada lagi keistemewaan itu ada berani ker nak sekolah sama2 kan.bersyukurlah dengan apa yg kerajaan bagi jgn ingat nak senang jer banyak lagi orang susah beginilah jadinya klu kita diam kepala kita dipijaknya..Wallahuaklam..maaf sekadar beri pandangan..

SUARAM HARI INI MELALUI SINAR HARIAN MENUNTUT HAPUS DASAR UITM SATU TINDAKAN YANG SANGAT TIDAK WAJAR
SHAH ALAM – Suara Rakyat Malaysia (Suaram) baru-baru ini dilaporkan membuat satu kenyataan meminta kerajaan memansuhkan dasar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hanya menerima kemasukan pelajar Bumiputera ke institusi pengajian tinggi awam itu.

Memetik sebuah portal, Pengarah Suaram, Kua Kia Soong mendakwa dasar UiTM itu melanggar Konvensyen Antarabangsa mengenai penghapusan segala bentuk diskriminasi perkauman.

Isu itu turut didakwa cukup sensitif kerana menyentuh hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.

Kenyataan itu dikatakan berpunca daripada cadangan Pro-Canselor UiTM, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang meminta kerajaan mengkaji semula sistem sekolah vernakular kerana dirasakan menjadi penghalang kepada perpaduan negara.

Kenyataan Kia Soong tidak seharusnya dipandang ringan oleh kerajaan kerana banyak isu yang kini dibangkitkan kerana tidak berpuas hati dengan layanan Melayu dan Bumiputera di negara ini.

Portal itu turut memetik kata-kata Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah bahawa, agenda Melayu (Islam) mesti diteruskan, jati diri mesti diperkasakan dan Melayu tidak boleh hanyut dalam arus sekular.

Tiada ulasan: