Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

TIGA PENYOKONG TAKSUB PAS DI JATUHI HUKUMAN PENJARA DAN DENDA RM1,500 SETIAP SEORANG



Beginilah nasib orang yang tidak menghormati Undang-undang Negara dan Gara-gara taksub berpolitik tiga penyokong Pas dihukum penjara tiga hari dan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan khianat dengan memukul, menendang van kempen Barisan Nasional (BN) dan mengoyak poster-poster BN pada van tersebut dua hari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Majistret Nik Habri Muhamad menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh-tertuduh, Mohd. Nabil Fikri Mohd. Zain, 21, Ahmad Redza Aziz, 22, dan Mohd. Aiman Muhammad, 28 mengaku bersalah.
Mereka melakukan perbuatan itu di Jalan Stadium, di sini pada pukul 2.30 pagi, 3 Mei lalu.

Tiada ulasan: