Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 25 Mei 2013

TERKINI BEBERAPA PEMIMPIN DAP DAN PKR MENERIMA NASIB YANG SAMA AKAN DI TANGKAP ISNIN INI !!! ?

Lebih ramai lagi yang akan berdepan dengan tindakan undang-undang dan tiada istilah  kebal lagi untuk mereka yang tidak mahu menghormati undang-undang dan mereka akan didakwa di bawah akta perhimpunan aman.

Ahli Parlimen Ipoh Timor, Thomas Su dijangka akan didakwa Isnin depan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) berkaitan satu perhimpunan selepas pilihan raya di Ipoh dua minggu lalu. 

Selain Su, Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria juga telah dipanggil oleh pihak polis untuk hadir pada hari Isnin untuk didakwa di bawah undang-undang yang sama di Mahkamah Sesyen Ipoh pada hari yang ama. 
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, pemimpin DAP itu mengesahkan perkara itu, dan menurutnya, pegawai penyiasat kes itu telah memintanya hadir di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 27 Mei. 


Su berkata beliau akan didakwa mengikut Seksyen 9 (1) APA kerana didakwa 
gagal memberi notis 10 hari kepada pihak polis sebelum mengadakan perhimpunan itu pada 9 Mei di Ipoh seterusnya

Tambahan pula rakyat Malaysia sudah BOSAN dengan tohmahan yang tidak berasas mereka

Tiada ulasan: