Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 19 Mei 2013

TERKINI !!!!! AZMIN DAN KHALED BERPERANG LAGI !!!!

Kisahnya bermula dengan disebabkan Khalid dikatakan menolak desakan ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR supaya Azmin dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri Selangor.

Menurut sumber,ramai kalangan ahli MPP mahu Azmin dilantik sebagai Exco kanan kerajaan negeri kerana bakti dan kedudukkannya dalam parti.

Selain menjadi Timbalan Presiden PKR, Azmin adalah juga pengarah pilihan raya parti itu dan telah memimpin PKR Selangor sejak tiga tahun lalu.

Azmin juga mengekalkan kemenangan sebagai ahli parlimen Gombak dan Bukit Antarabangsa pada PRU 13 baru-baru ini.

Sebab lain kerana Azmin mengalah dalam isu jawatan Menteri Besar apabila setuju Khalid kekal bagi penggal kedua.
 
Khalid dikatakan mahu mengekalkan Exco PKR yang sedia ada kerana merasakan mereka berjaya menjalankan kerja dengan baik.

Kemelut itu juga dikatakan memaksa Khalid membatalkan pengumuman senarai exco kerajaan negeri yang dijadualkan berlangsung hari ini,Sabtu.

Khabarnya Khalid ingin mengekalkan barisan Exco PKR penggal lalu iaitu Dr Xavier Jayakumar, Elizabeth Wong, Yaakub Sapari dan Rodziah Ismail.

Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan Khalid hanya akan membuat pengumuman minggu depan,namun tidak memberikan butiran lanjut.

Dalam pada itu Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin yang diketahui penyokong setia Azmin berkata, cadangan melantik Azmin sebagai Exco kanan kerajaan Selangor adalah bagi memastikan dasar pakatan rakyat yang lebih baik di negeri itu.

Apapun, Timbalan Pengerusi PKR Selangor dan ahli parlimen Ampang itu mengakui, Khalid mempunyai kata pemutus sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan MPP tersebut.

Zuraida turut membayangkan semua Exco lama diganti atas alasan mahu memberi peluang kepada semua orang dan percaya muka baru – ideanya pun baru.

Nampaknya, perang Khalid dan Azmin akan berterusan.

Pasti bukan senang Khalid menolak cadangan itu kerana ramai pemimpin PKR berdiri di belakang Azmin.

Pilihan beliau kini adalah bergantung belas ihsan Wan Azizah untuk sekali lagi menyelamatkan kedudukannya selepas Presiden PKR itu awal-awal lagi menghantar nama Khalid kepada Istana untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Mahukah Wan Azizah sekali lagi menolong Khalid dan bagaimana pula peranan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu ini?

Kepada siapa Anwar mahu memihak?

Dalam pada itu, kontroversi berterusan dalam keluarga PKR ini semakin terang tanpa perlu disuluh bahawa kuasalah yang dituntut pemimpin parti berkenaan.

Kasihan kepada PAS yang dapat 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yakni lebih satu daripada PKR.

Parti itu bukan sahaja terlepas jawatan Menteri Besar tetapi melihat pada perebutan dan kemahuan PKR mengisi empat jawatan Exco dan DAP tetap mahu tiga bermakna tidak ada peluang PAS mendapat lebih jawatan berkenaan.

Maka jadilah PAS macam kisah Pak Kaduk  - menang sorak kampung tergadai.

Manakala, episod ‘perang’ Khalid dan Azmin tidak mungkin berakhir di sini sahaja malah tidak hairan jika perang dingin hingga pilihan raya umum ke 14 nanti.

Tiada ulasan: