Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 8 Mei 2013

Rumit jika MCA tidak wakili kaum Cina dalam Kabinet



Mengulas keputusan MCA untuk tidak memegang sebarang jawatan peringkat negeri atau persekutuan selepas mencatatkan prestasi lebih teruk pada PRU-13 Ahad lepas berbanding pada 2008 seharusnya Kaum Cina tidak harus dipinggirkan dalam kerajaan, kerana pada hakikatnya terdapat masyarakat Cina yang menyokong Barisan Nasional (BN) Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)ini dan cuba kita sama 2 renung-renungkan bagaimana caranya kita nak membantu MCA menarik kembali orang cina supaya menyokong Kerajaan dan itu yang sepatutnya kita lakukan sesuai dengan kata-kata hikmah dari Tun semalam.
 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekiranya tiada menteri Cina dalam Kabinet, dengan itu siapa yang akan mewakili masyarakat itu.
"Adalah sesuatu yang rumit untuk melantik seseorang (wakil) bukan daripada MCA, tetapi sekiranya tiada wakil kaum Cina, keadaannya tidak baik untuk kerajaan dan juga negara," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari iniDr Mahathir menghargai peranan Sabah dan Sarawak dalam PRU-13 dalam menyumbangkan kerusi untuk BN, dan melahirkan harapan yang mereka akan diwakili lebih baik dalam kerajaan di masa depan.
"Pada ketika ini mereka masih percaya dalam prinsip kerjasama yang mereka telah buktikan, walaupun mengecewakan bahawa kaum Cina telah menolaknya, tetapi terdapat bukan Cina yang mencukupi di sana untuk memenangi kerusi-kerusi," katanya. ketika diminta mengulas mengenai cadangan pertubuhan bukan kerajaan tertentu yang mahu Pas menyertai Umno demi masa depan orang Melayu dan orang Islam, Mahathir berkata, kerjasama itu bukan perkara mustahil.
"Saya tidak tahu sama ada ia adalah yang terbaik atau tidak, tetapi yang jelas perlu ada tolak ansur, UMNO tidak boleh mendesak mengikut caranya dan begitu juga dengan Pas, perlu ada penyesuaian, jika penyesuaian dapat dibuat, dengan itu akan ada ruang bagi kerjasama," katanya.

Tiada ulasan: