Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 26 Mei 2013

HELAH PEMBANGKANG CAPAI OBJEKTIF NYA MAHU BURUK-BURUKAN NAMA NEGARA DIMATA DUNIA SAHAJA !!!!

ABBY ngan siapa ni ...memalukan orang-orang Islam sahaja dengan berpewatakan yang jijik pakailah pakaian yg kemas sikit ni tak ingat orang suka lah tengok dia meluat adalah den..!!!!!!

Perhimpunan “suara rakyat 505’ hanyalah helah untuk pembangkang mencapai objektif tertentu dengan mendakwa berlaku penipuan dan penyelewengan sepanjang PRU13 dan mana yang terpedaya akan mengatakan betul betul tu mana yang berakal pastinya akan berasa muak melihat gelagat para peserta himpunan haram blackout505 ini,mana tak haramnya mereka tidak mendapatkan permit pun dari pihak Polis.
Menurut Pengarah Pusat Dasar Teknologi dan Kajian Antarabangsa, Kampus Antarabangsa Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan berkata, kecewa kerana gagal menjadi kerajaan pada PRU lalu, Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan sentimen ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan kini.
Menurutnya, agenda tersebut hanyalah menimbulkan persepsi bahawa sistem pilihan raya negara tidak telus, meskipun PR menang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.
“Akibatnya, negara juga menerima implikasi buruk di mata dunia, sekiranya dasar dan kerajaan sedia ada berterusan dipertikai oleh pembangkang,” katanya.
  Beliau berkata, selepas berakhirnya PRU13, pembangkang berterusan mengadakan beberapa siri perhimpunan haram yang tidak mendapat permit di beberapa negeri.
“Tidak lagi penting soal haram atau tidak sebaliknya kejadian lebih buruk sekiranya provokasi berlaku. Tindakan pembangkang ini hanya bertujuan menggugat keselamatan negara dan sistem demokrasi,” katanya.
Beliau berpendapat pihak yang akan sentiasa dipersalahkan jika provokasi berlaku, pastinya bukan pihak penganjur sebaliknya pihak polis, kerajaan dan parti lawan.
Himpunan Suara Rakyat 505 yang juga dikenali Himpunan Blackout 505 pertama kali diadakan di Stadium Kelana Jaya 8 Mei lalu ekoran protes terhadap penipuan dan penyelewengan yang berlaku sepanjang pilihan raya, 5 Mei lalu.
Sebelum ini, gabungan NGO Suara Rakyat 505 akan menganjurkan pesta rakyat mengembalikan demokrasi secara besar-besaran di Petaling Jaya.
Jurucakap NGO terbabit, Badrul Hisham berkata, perhimpunan yang dirancang diadakan di padang berhadapan Amcorp Mall akan menunjukkan bukti dan saksi berhubung dakwaan berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum lalu.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meluahkan keyakinan pihak polis mampu mengawal perhimpunan yang beliau sifatkan sebagai perhimpunan haram itu.
Apakah hasil yang mereka dapat dari berhimpun beramai-ramai tu,tak mendatangkan faedah pun buat susah Polis jer kerana terpaksa menghantar anggota yang banyak disitu dan banyak lagi kerja yang berfaedah boleh dibuat Negara kita ada Undang-undang tak puas hati buat laporan selebihnya serahkan pada Yang Maha Kuasa menentukan ..
Pssstttt.. cuba baca ni apa media luar kata:Anwar's denial of responsibility is viewed by many as disingenuous. PKR Sungai Acheh assemblyman Badrul Hisham Shaharin is the chairman of SAMM, and it is unlikely that he decided to organise an illegal street rally without discussing the matter with his party superiors.

Anwar's penchant for street theatre and the intemperate rhetoric he has employed at his rallies risk prolonging the divide in Malaysia (while Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has called for reconciliation), all because sore-loser Anwar can't accept the election outcome, which has even been recognized by his own ranks.

In his trademark way, Tun Dr Mahathir Mohamad captured the heart of the matter. Noting that if one set of street rallies brought down a Government, the ousted party would take to the streets to take down its successor. "Perhaps it would be better if governments are chosen through street demonstrations. It would probably be less fraudulent," he quipped.

http://www.thechoice.my/featured-articles/64782-opposition-to-anwars-rallies-grows

Untuk manfaat mereka yg tak faham Bahasa Inggeris dan mereka yg berpura2 tak faham, izinkan saya terjemahkan 3 perenggan pertama:


May 15, 2013 (AltThaiNews) - 
Barisan pembangkang yang dibiayai oleh Amerika Syarikat telah bersumpah untuk menggulingkan kerajaan Malaysia melalui protes-protes jalanan yang memecah-belah serta berpotensi ganas selepas pilihanraya yang menyaksikan pemimpin mereka Anwar Ibrahim jelas ditewaskan meskipun terdapat banyak sokongan dari media barat, NGO-NGO dan campurtangan kerajaan secara langsung. Free Malaysia Today (FMT) dalam rencananya bertajuk “BN akan diguling tahun ini” menyatakan bahawa:

Kumpulan-kumpulan pro-Pakatan telah berjanji akan menggulingkan kerajaan BN tahun ini melalui himpunan jalan raya besar-besaran. 

Mereka yg berucap dalam satu forum sebulat suara bersetuju bahawa menunggu lima tahun lagi sehingga PRU yg akan datang adalah terlalu lama dan berjanji akan menggulingkan BN tahun ini secara “paksa”..

Tiada ulasan: