Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 19 Mei 2013

ANWAR KANTOI! LIDAH RASMI PKR & PEMIMPIN DAP MENGAKU PEMBANGKANG MENIPU ISU PENGUNDI BANGLA & HANTU !!

Keghairahan pembangkang menuduh rakyat Malaysia sebagai pengundi asing terus memakan diri selepas pembohongan mereka didedahkan kepada umum, satu persatu.


Selepas Suara Keadilan baru-baru ini mengaku melakukan tuduhan melulu dan tak berasas terhadap seorang warganegara yang didakwa seorang warga Bangladesh, Ong Kian Ming, Ahli Parlimen DAP Serdang  pula tampil memohon maaf atas tuduhan liar dan kotor beliau.

Keghairahan pembangkang menuduh rakyat Malaysia sebagai pengundi asing terus memakan diri selepas pembohongan mereka didedahkan kepada umum, satu persatu

Dalam laporan yang disiarkan akhbar berbahasa Inggeris hari ini, Kian Ming dikatakan mahu berjumpa secara peribadi dengan Chua Lai Fatt dan keluarganya bagi memohon maaf kerana menuduhnya sebagai warga asing.  
Kian Ming sehari sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 dilaporkan menjadikan Lai Fatt yang secara fizikalnya kelihatan seperti orang India sebagai salah satu kes penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya memberikan MyKad kepada warga asing. 
Walau bagaimanapun, Lai Fatt sebenarnya merupakan rakyat Malaysia berketurunan India tetapi dipelihara keluarga Cina di Klang yang turut memberikannya nama tersebut. 
Sejak menyedari kesilapan itu, menurut laporan tersebut, Kian Ming telah membuat permohonan maaf menerusi akhbar Cina kerana secara salah menuduhnya sebagai pengundi asing.
Awal bulan ini, Suara Keadilan mengaku melakukan tuduhan melulu terhadap seorang penyokong pakatan pembangkang sendiri dengan mendakwanya seorang warga Bangladesh yang menjadi pengundi hantu.
Ahli PKR itu, Ali Mydin turut dituduh gagal menyanyikan lagu Negaraku melalui laporan bertajuk 'Bangla gelabah tunjuk dua kad' pada edisi 120 akhbar dwimingguan itu dengan menyiarkan gambarnya. - Utusan

Tiada ulasan: