Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 5 Mei 2013

AMARAN PADA PARTI YANG SUKA2 NAK LAKUKAN HURU HARA !!! (MALAYSIA SPRING)


Satu cubaan untuk menggerakkan demonstrasi jalanan ala Arab Spring yang dirancang pihak tertentu bagi mengganggu kelancaran perjalanan Pilihan Raya Umum ke-13 hari ini telah dikesan dan tindakan susulan akan diambil bagi membendung masaalah ni agar tidak terjadi..
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara lain polis merampas semua bendera kecil yang diletakkan di lokasi tertentu di ibu negara sebagai penunjuk untuk pihak yang berkenaan berhimpun.
"Polis percaya kewujudan bendera kecil berwarna-warni berbentuk segi tiga yang dicacak di beberapa kawasan di ibu negara mempunyai kaitan dengan usaha menggerakkan Arab Spring di negara ini.
"Kita akan mengambil tindakan undang-undang terhadap usaha pihak untuk memulakan apa yang dipanggil Malaysia Spring kononnya meniru apa yang berlaku di Timur Tengah," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini semalam.
Khalid berkata, polis telah memulakan siasatan terhadap perkara itu dan meminta pihak-pihak tertentu agar menghentikan usaha untuk menjemput orang ramai menyertai gerakan yang dipanggil Malaysia Spring itu.
"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak demokratik kerana kita akan melalui satu proses demokrasi di negara kita.
"Jadi, belum lagi selesai kita menjalankan proses penting demokrasi, ada pula pihak yang cuba memulakan satu tindakan yang mengajak orang untuk memberontak," katanya.
Sementara itu, mengenai bahan-bahan letupan kecil yang diletakkan di beberapa tempat di Lembah Klang kelmarin, Khalid berkata, perbuatan itu bertujuan untuk menakut-nakutkan orang ramai daripada keluar mengundi.
Berikutan itu, PDRM mengarahkan setiap ketua polis negeri supaya menubuhkan pasukan peronda khas untuk mengesan perbuatan tidak bertanggungjawab itu.
"Kami sudah arahkan ketua polis negeri dan daerah untuk tubuhkan pasukan peronda khas, sama ada beruniform atau tidak beruniform untuk mengesan perbuatan ini.
"Daripada analisis kami, bahan-bahan letupan yang ditemui ialah daripada usaha pihak tertentu untuk menakutkan orang ramai kerana bahan-bahan yang kami jumpa pun ialah bahan buatan sendiri seperti mercun," katanya.
Kelmarin, polis menemui barangan yang dipercayai bahan letupan buatan sendiri di Jinjang, Puchong dan Petaling Jaya, bagaimanapun polis mengesahkan bahan letupan itu diperbuat daripada bahan untuk membuat mercun.

Tiada ulasan: