KLANG - Dua lelaki mengaku tidak bersalah di mahkamah majistret di sini hari ini atas pertuduhan bersama-sama berada dalam rusuhan dan menggunakan senjata untuk memecahkan cermin bas milik syarikat Cityliner Sdn. Bhd. (Cityliner) pada hari Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.
Kedua-dua tertuduh, Yap Kwee Hong, 36, dan Lim Siong Kuan, 32, masing-masing membuat pengakuan tidak bersalah itu dihadapan Majistret Maslina Mohamed selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan pertuduhan, Kwee Hong dan Siong Kuan dituduh bersama-sama dengan beberapa orang yang masih bebas berada dalam rusuhan di Jalan Mesra, Pandamaran, Pelabuhan Klang pukul 4.30 petang pada 5 Mei lalu.
Semasa dalam rusuhan itu, kedua-dua tertuduh didakwa telah memiliki topi keledar dan besi yang digunakan sebagai senjata untuk memecahkan cermin bas Cityliner.
Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Kwee Hong yang tinggal di Taman Sentosa, di sini turut berhadapan satu lagi pertuduhan iaitu melakukan khianat dengan memecahkan cermin bas dengan kerugian dianggarkan sebanyak RM5,000.
Dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
SUMBER
gambar diatas sekadar hiasan
SUMBER
gambar diatas sekadar hiasan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan