Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 26 Mei 2013

ADUN SERI SERDANG NORHANIM SUDAH2LAH TERIMALAH KENYATAAN TAKPAYAH MASUK PAPER CAKAP YG BUKAN !!! ?

ADUN SERI SERDANG NORHANIM hari ini didalam sinar masih nak berceloteh tentang benda yang semua orang dah tau dan kalau kita gunakan kewarasan berfikir pun dah jelas hal ini dan kalau rasa diri tu betol report lah ni tak sudah berminggu2 baru nak berfikir2 untuk buat report?lampu padam tu bukti penyelewengan ker tapi berdasarkan gambar tu memang betul dan tepat apa yang di hujahkan SPR

Jadi tak payahlah bising2 buat jer report biar mahkamah tentukan dan tak payahlah susahkan Rakyat ajak pegi berhimpun berpusu pusu lelaki perempuan dalam satu kawasan sempit ditambah malam pulak tu tersenggol tergosok semua andaian pasti berlaku jadi jagalah Akhlak tu sikit kita orang yang berilmu didikan sedari kecil diasuh tapi begini jadinya !!!!!

Pada masa pengiraan tu kan ada wakil SPR,BN PR nampak ker ada penyelewengan kat situ WALHAL kat tempat lampu padam ni dap mng besar Teo Nie Ching (DAP)mng besar Majoriti: 42,206 maknanya klu ada penipuan bkn BN menipu PR yg menipu berdasarkan keuntungan lampu padam tu?ada bukti ker berlaku penyelewengan sudah2lah mencari alasan dah kalah tu terima lah Qada DAN qadar dan jangan lah menegakkan benang yang basah..!!!!




HAKIKATNYA BEGINILAH CARA PENGIRAN KERTAS UNDI


berita sinar ini yang buat kita tergelak pada mereka yang masih tidak dapat menerima kenyataan dan takdir





PUCHONG – Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mendakwa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi sebagaimana disebarkan menerusi internet adalah fitnah dan lakonan.

Noor Hanim berkata, gambar itu sebaliknya dirakam seorang petugasnya di bilik pengiraan undi Saluran 3  Sekolah Kebangsaan Serdang pada jam 7.32 malam 5 Mei lalu.

Beliau menafikan ia dirakam sebelum PRU13 seperti didakwa Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Menurutnya, hasil siasatan, pihaknya mendapati pengurusan SPR dilihat sekadar ingin menutup kelemahan sistem pilihan raya sedia ada.

Noor Hanim berkata, beliau hairan bagaimana Wan Ahmad sendiri seolah-olah tidak tahu pakaian rasmi petugas SPR yang memakai baju T kelabu pada hari berkenaan.

Menurutnya, ketika kejadian, wakilnya berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik pengiraan undi terbabit bagi memastikan proses kiraan berjalan lancar.

Beliau turut menafikan terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada di lokasi hanya Ketua Tempat Mengundi (KTM), petugas SPR, wakil calon dan anggota polis bertugas.

“Saya minta SPR terutama Wan Ahmad memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian mendalam dan mengambil ringan isu dibangkitkan rakyat,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, sekolah itu mempunyai empat saluran mengundi, namun saluran satu, dua dan empat, kiraan undi tamat lebih awal dan tiada gambar di ketiga-tiga saluran itu dirakamkan.

Hanya gambar di saluran tiga sempat dirakam kerana kiraan undi lewat tamat dan hanya siap jam 8 malam.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Puchong, Mohd Soffiean Ismail meminta SPR lebih teliti dalam membuat siasatan dan mahu tuduhan dibuat diperbetulkan.

Beliau berkata, pihaknya akan pertimbang untuk buat laporan polis selepas mendapat nasihat guaman.

Semalam, akhbar melaporkan, SPR mendakwa insiden lampu padam semasa pengiraan undi PRU13,  5 Mei lalu adalah fitnah dan lakonan itu dirakamkan sebelum PRU13 lagi.

Wan Ahmad dalam kenyataannya berkata, kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.

Psssttt: ada nampak ape2 bukti penipuan KIRAAN UNDIi masa blackout tu ke..klau tkde just stop-it..diam dan terimalah kenyataan

Tiada ulasan: