Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 3 April 2013

TIP2 PENTING BERHUBUNG DAKWAT KEKAL DAN PENGUNDI POS


BERIKUT infografik berhubung penggunaan dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13):
* SPR pada 2012 umum penggunaan dakwat kekal untuk dicalitkan pada jari dalam PRU-13 untuk elak manipulasi dan sabotaj.
* Dua jenis dakwat kekal yang berbeza digunakan.
* Dakwat ditempah hampir dengan tarikh pilihan raya kerana tempoh luputnya hanya dalam masa enam bulan.
* Dakwat kekal dibekalkan oleh syarikat luar negara memerlukan tempoh sekurang-kurangnya dua bulan untuk disiapkan.
* Pengundi boleh dikenakan hukuman mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981 yang membawa hukuman denda RM1,000 dan penjara sekiranya menimbulkan kekecohan pada hari pengundian termasuk enggan membenarkan jarinya dicalit dengan dakwat kekal.
* Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengesahkan dakwat kekal yang akan digunakan pada PRU-13 tidak mengandungi bahan najis yang menyalahi syarak.
* Jari telunjuk kiri pengundi akan dicalitkan dakwat kekal sebelum proses membuang undi.

BERIKUT fakta-fakta mengenai undi pos yang digariskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR):
* Pada PRU-13, undi pos hanya dibenarkan kepada petugas media, anggota tentera, polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas mengawal sempadan dan pulau serta pengundi berdaftar di luar negara.
* Pengundi pos yang layak akan dikira sebagai pengundi tidak hadir seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003.
* Pengundi pos akan membuang undi di satu tempat dua atau tiga hari sebelum pengundian awam bermula.

Tiada ulasan: