Petikan dari Doktor Umum..Memori Tun Dr Mahathir Mohamad :
Ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu, ada peristiwa yang membuatkan saya amat marah. Pihak berkuasa Thai mengarahkan semua orang berdiri tegak setiap petang apabila bendera mereka diturunkan dan lagu kebangsaan dimainkan sebagai tanda hormat kepada dua simbol utama negara Thai.
Suatu petang, ketika berjalan berhampiran Balai Polis Alor Setar, saya terdengar lagu kebangsaan Thai dimainkan. Saya berhenti terpacak. Beberapa orang askar Thai di situ turut berbuat demikian sambil melihat bendera mereka diturunkan perlahan-lahan dari bumbung balai polis. Seorang lelaki tua berbasikal melintas.
Beliau seolah-olah tidak mendengar lagu itu dimainkan atau tidak perasan yang semua orang sedang berdiri tegak.
Beliau terus mengayuh perlahan-lahan melintasi kami. Selesai sahaja lagu kebangsaan Thai dimainkan, seorang askar mengejar lelaki tua itu dan menendangnya di kepala dengan kuat.
Beliau jatuh ke atas jalan raya dan tidak bergerak. Saya perlu mengaku yang saya adalah seorang pengecut. Seperti orang lain di situ, saya hanya tercegat; terperanjat melihat apa yang terjadi dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Askar Thai berkenaan nampak seolah-olah hendak menendangnya lagi, sebaliknya beliau menjerit sesuatu dalam bahasa Thai sebelum beredar.
Beberapa orang pergi membantu orang tu berkenaan. Saya terus tercegat dan terpaku pelbagai perkara melanda benak saya.
Anehnya, saya tidak marah kepada askar itu. Saya cuma jelik terhadap hakikat bahawa orang asing bolen menendang orang kita dan kita tidak dapat berbuat apa-apa.
Kita bagaikan manusia yang tiada sebarang hak dan boleh di tendang sesuka hati. Peristiwa itu terpahat kuat dalam ingatan saya.read more at ..http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/04/panassss-tun-dr-mahadhir-vs-anu-war.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan