Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 8 April 2013

Nik Aziz Dan Hadi Tak Berani Berdepan Madrasah Pondok Untuk Berdebat



Pengerusi Minda Pondok, Zainal Abidin Awang mengulangi cabaran berdebat dengan Nik Aziz yang semakin galak mengeluarkan pelbagai kenyataan songsang dan menyimpang dari agama.

Suatu yang amat malang apabila Nik Aziz yang sepatutnya membantu mengukuhkan perpaduan ummah dan meninggikan syiar Islam mengambil pendekatan melampau yang meruntuhkan sehingga masyarakat jadi keliru dan agama seperti dipermainkan kerana politik.

Katanya sejak dua tahun lalu beliau telah membuat cabaran terbuka untuk berdebat, namun setakat ini Nik Aziz hanya membisu dan hanya orang lain yang bersuara.

Menurutnya Minda Pondok turut mencabar Presiden Pas, Hadi Awang untuk tujuan yang sama, tetapi ternyata cabaran berkenaan masih tidak terjawab. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah PRU13: Dalil Haram Sokong di Dataran jerteh Souq.

Ceramah yang menarik lebih 3000 orang itu turut mengupas mengapa masyarakat Islam perlu menolak Pas dan parti pembangkang.

Zainal berkata, Pas telah tersasar jauh daripada landasan sebenar termasuk mendoakan kehancuran sesama Islam dan keadaan itu memaksa Minda Pondok untuk melancarkan gerakan menyedar dan menyelamatkan ahli Pas dengan cara memberikan penerangan dalam pelbagai bentuk.

Mengenai kenyataan terbaru Nik Aziz bahawa solat orang Umno tidak diterima oleh Allah dan peroleh pahala, beliau berkata walau 1000 kali Nik Aziz berkata demikian tetapi hanya Allah yang berkuasa menentukan dan bukannya NIk Aziz.

"Nik Aziz kata Umno tolak Islam tetapi pernahkah seseorang pemimpin Umno berkata langkah mayat saya dulu baru boleh laksanakan negara Islam dan begitu juga pernahkah pemimpin Umno kata hudud adalah 0.0001 dalam Islam

AGENDA SEBENAR DAP DIDEDAH !!!!! ?

KALAU ANDA SAYANG ISLAM DGR VIDEO NI SAMPAI HABIS





Pendirian sebenar DAP yang membenci bangsa Melayu dan pengamal nepotisma serta kronisma tegar. Kini terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian. Jika apa yang berlaku semasa Kongres DAP minggu lalu belum cukup meyakinkan anda, ingat semula insiden-insiden berikut:

Lim kit siang cakap mereka bekerjasama dgn pas bukan sebab mereka sokong hudud. Mereka x sokong hudud tp atas dasar lain termasuk pluralism. Hemmm apa hukum.org islam sekongkol dgn org lain yg promote pluralisma ni.

(1) Teresa Kok-desak azan diperlahankan di Bandar Kinrara & tulisan jawi dihapuskan pada nama2 jalan di KL.


(2) DAP Penang hapuskan tulisan Jawi pada papan tanda di Penang.

(3) DAP terang-terangan menolak negara ini sebagai Negara Islam dan menegaskanMalaysia negara sekular.

(4) Nga Kor Ming- persenda ayat2 suci Al Quran berulang kali dalam ceramahnya.


UFB - Nga Kor Ming Ceramah Guna Ayat Quran



(5) DAP mahu Dasar Ekonomi Baru dihapuskan dan dilaksana dasar sama rata semua kaum.



(6) DAP mahu kurangkan jumlah penjawat awam yang rata-ratanya Melayu.
(7) DAP Selangor kata Beer bukan arak dan minta penjualan diteruskan di kawasan Melayu.

(8) DAP Pulau Pinang hapuskan portfolio agama Islam.

(9) Anthony Loke kata Islam "FUCKING RELIGION" dan mencerca Riduan Tee.

(10) DAP desak wang Baitulmal Selangor diberi kpd bukan Islam.

(11) Karpal Singh derhaka kat Raja Melayu, mahu menyaman Sultan Perak. Jika nak disenaraikan kesemua perbuatan DAP yang jelas, menguriskan hati orang Melayu, 3 hari 3 malam pun tidak mungkin habis. Apapun, saya tidak akan lupa peranan utama DAP dalam mencetuskan tragedi 13 Mei.
 .

Tiada ulasan: