KEMAMAN - Hampir 15,000 keluarga di Terengganu yang menjadi mangsa banjir pada akhir tahun lepas menerima bantuan RM500 setiap keluarga melibatkan peruntukan kira-kira RM7.5 juta.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, bantuan yang diagihkan pada hari ini meliputi lebih 4,000 mangsa banjir bagi daerah Kemaman melibatkan peruntukan RM2 juta.
"Kita telah agih kepada seluruh daerah di negeri ini. Cuma ada beberapa keluarga lagi di daerah Air Puteh dekat sini yang masih belum sempat untuk diagihkan dan kita akan bagi kemudian kepada mereka," katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersama Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir daerah Kemaman Fasa Satu dan Fasa Dua bagi Dewan Undangan Cukai di sini hari ini. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan