MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM KE-13
KUALA LUMPUR — Ketika pelbagai pihak dalam debaran menanti pengumuman pembubaran Dewan Rakyat, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus sibuk mengadakan persiapan akhir bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, SPR juga sama seperti pihak lain yang menunggu pengumuman pembubaran Dewan Rakyat.
“Sebelum masanya tiba, segala usaha penambahbaikan diteruskan SPR bagi memastikan pilihan raya kali ini berjalan lancar termasuk membersihkan daftar pemilih,” katanya.
Beliau berkata, esok (23 Mac) SPR masih mengadakan taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus peringkat Wilayah Persekutuan dan mengikut jadual taklimat itu adalah yang terakhir.
Seandainya PRU-13 diadakan dalam masa terdekat, jumlah keseluruhan yang layak mengundi ialah seramai 13,291,385 orang.
Bagi mereka yang mendaftar sebagai pemilih pada suku pertama tahun 2013 masih ada harapan untuk mengundi dalam PRU-13 jika Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri dibubar pada hujung April dan hari pengundian diadakan selepas cukup tempoh 60 hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan