Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 28 Mac 2013

SENARAI MANFAAT KERAJAAN BARISAN NASIONAL KEPADA RAKYAT HASIL BAJET 2013


1- Seperti yang kita sedia maklumkan melalui pembentangan Bajet 2013 kerajaan berbesar hati berikan rebat RM200 untuk telefon pintar 3G.
Dan hari ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas bagi pemberian rebat RM200 telefon pintar (smartphone) ini di mana 1.5 juta golongan belia di Malaysia. Adakah anda antara yang kalangan yang termasuk dalam glongan tersebut? 

Iklan SKMM : Rebat RM200 Untuk Telefon Pintar 3G (Smartphone)

Permohonan rebat Rm200 dibuka bermula 1 januari 2013..

Syarat-Syarat Rebat RM200 Telefon Pintar (3G) Dalam Pakej Komunikasi Belia

1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis Berhad, Celcom Axiata Berhad, DiGi Telecommunications Sdn Bhd, U Mobile, YTL Communications, Tune Talk dan Clixster. sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ

Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia
Mana-mana daripada anda yang berminat untuk mohon rebat RM200 telefon pintar 3G (smartphone) ini, anda boleh menghantar permohonan rebat RM200 secara online dengan cara KLIK LINK di bawah ini iaitu portal Suruhanjata Komunikasi Malaysia :
=> http://nbi.skmm.gov.my/
Permohonan Rebat RM200 Telefon Pintar 3G (Smartphone) Pakej Komunikasi Belia : Tempoh Sah Memohon
Bermula 1 Januari 2013 - 31 Disember 2013


Semak 6 Lagi Berita Yang Berkaitan DI Sini:
Rebat RM200 Beli Telefon Pintar 3G – Khas Untuk Belia…
Rebate RM200 : Beli Telefon Mudah Alih Pintar (Bajet 2013)
Budget 2013: RM200 Rebate (one-off) On 3G Smartphone
Baucer Buku RM250 1 Malaysia : Khas Untuk Pelajar IPT &
Apple : iPhone 5 di Malaysia Disember 2012 Ini? Harga iPhone

MANFAAT –MANFAAT LAIN YANG DIBERIKAN KERAJAAN BARISAN NASIONAL HASIL BAJET 2013

Jadual Gaji Baru SSM 2013 Untuk Cuepacs Bantu 50,000 Kakitangan Awam Naik Gaji Lagi? SEGERA!


Jadual Gaji Baru SSM 2013 : Realiti apa yang berlkau di Malaysia melibatkan sektor awam sudah ada berapa kali yang dilaksanakan. Ada yang sudah berjaya, ada yang sudah melepasi tempoh “matangnya”, ada yang terkandas di tengah jalan dan ada juga yang perlu diberikan penambaikan. Bermula dengan…
Bermula dengan SUFIAN, KABINET, Sistem Saraan Malaysia (SSM), Sistem Saraan Baru (SSB), termausk yang tidak menjadi iaitu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mana SBPA ini mereka lakukan untuk memberikan penambaikan daripada SSM disebabkan tempohnya sudah melebihi 10 tahun lamanya, sistem tangga gaji menghalang kenaikan gaji @ pergerakan gaji tahunan.
Tetapi memandangkan SBPA telah dimansuhkan (perbincangan hangat KLIK SINI), kabinet sedang adakan jawatankuasa untuk menilai & menambahbaik skim sedia ada. Antara yang dicedok daripada SBPA. Antara laiannya ialah :
1. sistem gaji minimum vs maksimum
2. pembatalan PTK
3. “pay for the job” (pasukan beruniform) dan juga “jobs specialization” (yang ini dikira berdasarkan kemahiran, ada insentif @ gaji berbeza bagi mereka yang memiliki kepakaran dan kemahiran yang khusus (contohnya, Pegawai PDRM memilki lesen penerbangan).

Sekarang ini apabila SBPA dimansuhkan, pelarasan gaji hanya diberikan sekitar 7-13%. Dan ini tuntutan daripada Cuepacs yang terbaru kepada pihak kerajaan melibatkan nasib 50,000 kakitangan awam…
Jadual Gaji Baru : Atasi Masalah Tahap Gaji Maksimum @ Gaji Mati 2013?
KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap.
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Pheng berkata, dengan adanya jadual gaji baharu, ia dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau gaji mati tahun depan.
“Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji lengkap bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji,” katanya di sini semalam. [Sumber Bernama]
Masih lagi dalam Sistem Saraan Malaysia (baru). Jadual Gaji Baru SSM 2013 seperti yang diminta Cuepacs ini adalah bertujuan untuk membantu kalangan kakitangan awam yang “langgar dinding” sahaja. Secara teorinya,jadual gaji baru adalah bertujuan untuk menambah bilangan tangga gaji supaya kalangan kakitangan awam yang telah “langgar dinding” berpeluang untuk naik gaji lagi.
Mana-mana yang sudah “langgar dinding” biasanya :
1. Perkhidmatan mereka dengan sektor awam pun sudah tidak lama sahaja lagi
2. Mana-mana yang berhajat untuk naik pangkat pun, harapan cukup tipis
3. Jikalau kalangan Pembantu AM Pejabat (PAP) para gred rendah terutamanya, sekurang-kurangnya dengan insentif ini dapat menghargai perkhdimatan mereka. Dapatlah merasai pencen yang lebih sedikit daripada kebiasaan
4. Manakala kalangan yang 48 pula contohnya, terubatlah hati. Walaupun berhajat naik 54 sekalipun, hakikatnya tidak semudah itu. Andaikata mereka-mereka ini melompat ke sektor swasta, yang masalah kalangan HR juga bukan? Jadi tuntutan seperti ini ada kebaikannya juga.

Tahun hadapan (esok sudah tahun baru 2013, sekejap rasanya masa berlalu), berdasarkan sumber yang kami perolehi setakat ini, akan dibuat pelarasan gaji @ jadual gaji baru bagi kalangan kakitangan awam yang sudah mencapai tahap maksimum @ langgar dinding.
Banyak isu yang perlu disemak dan difikirkan mengenai “imbuhan” keran ia melibatkan kos yang tinggi. Itu tidak dikirakan elaun dan kemudahan. Apa respon balas nada pula?
Semak 6 Lagi Berita Yang Berkaitan DI Sini:
Gaji DG44 SSM Baru 2013 : Jadual Gaji & Tangga Gaji…
Gaji DG48 SSM Baru 2013 : Jadual Gaji & Tangga Gaji…
Gaji DGA34 SSM Baru 2013 : Jadual Gaji & Tangga Gaji…
Gaji DGA32 SSM Baru 2013 : Jadual Gaji & Tangga Gaji…
Gaji DG41 SSM Baru 2013 : Jadual Gaji & Tangga Gaji…

3. Permohonan Rumah PR1MA Malaysia Secara Online Dibuka. Syarat Pendapatan Isi Rumah (RM2,500 hingga RM7,500 Sebulan). Berminat?


Kepada yang belum ada rumah sendiri lagi dan masih mencari rumah pertama, bolehlah cuba-cuba membuat permohonan rumah PR1MA Malaysia bermula 08 DEC 2012. Kalau sebelum ini…
Kalau sebelum ini, permohonan rumah PR1MA Malaysia menggunapakai sistem konvensional iaitu sistem manual iaitu secara pos, kali ini lebih mudah. Sekarang ini, sudah boleh diakses melalui laman webwww.pr1ma.my.
Sistem pendaftaran yang bertujuan mengumpul data utama pemohon itu juga bertujuan mendapat maklumat mengenai permintaan rumah masa kini sesuai dengan kumpulan sasar yang rata-rata mempunyai kemudahan internet.

Video Komersial Rumah PR1MA Malaysia
Contoh Rumah PR1MA Malaysia di Seremban, Negeri Sembilan

Kalau beginilah rupabentuk rumah PR1MA, antara kami sendiri pun berminat…


Cara Permohonan Rumah PR1MA Malaysia?
Portal permohonan memohon rumah PR1MA Malaysia. SILA KLIK :www.pr1ma.my
Cara permohonan PR1MA Malaysia, borang permohonan online di sini. KLIK SINI 

Syarat-syarat Permohonan Rumah PR1MA Malaysia?

1. Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
2. Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
3. Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
4. Pemohon tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
5. Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.

Rumah PR1MA Malaysia ini diperuntukkan melalui proses pengundian terbuka. Harap-harap tiadalah yang dapat “melalui pintu belakang” ya. Diharap begitulah…apatah lagi kata pihak PR1MA, proses pengundian akan dipantau firma akauntan bertauliah. Jadi setiap daripada anda yang memohon ada peuang yang sama rata.
Moga-moga yang dapat rumah PR1MA Malaysia ini adalah golongan yang yang sangat memerlukan. Oleh sebab itu, bagi kami kerajaan diharap dapatlah mempertimbangkan supaya syarat kelayakan bagi pendapatan isi rumah direndahkan lagi. Mungkin selepas ini, kalangan yang berpendapatan isi rumah RM2,000 dibenarkan untuk penambaikan syarat?
Kerana mereka ini sebenarnya golongan sepatutnya lebih diberikan perhatian untuk membantu….
Disebabkan kerajaan telah membantu dalam aspek nilai tanah, hanya dikenakan caj untuk pembinaan rumah, oleh sebab itu harga rumah dapat ditawarkan pada nilai yang lebih rendah daripada pasaran sekarang. Oleh itu sebab itu juga, mungkin juga boleh perbanyakkan rumah di bawah RM100,000 bagi skim PR1MA ini
Sekarang ini, PR1MA hanya memperuntukkan rumah berharga RM100,000 sehinggalah ke RM400,000

Satu lagi yang kami tertarik dengan terma yang telah ditetapkan melalui skim rumah PR1MA Malaysia ini, rumah tersebut tidak boleh dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA selama 10 tahun dan paling pentingnya pemilik mesti tinggal di rumah PR1MA tersebut. Tidak boleh dibeli untuk tujuan “flip” ataupun sewakan untuk orang lain. Tidak boleh. Cuma, sedikit kami agak musykil, bagaimana pihak PR1MA dapat mengawalnya supaya pemilik mesti tinggal di sana?
Tahniah kepada pihak kerajaan, kerana sebagai salah satu usaha yang bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri. Mungkin selepas ini, dapat diperbanyakan pada masa yang akan datang rumah mampu milik di bawah skim PR1MA Malaysia.

Tarikh pembayaran brim2.0



Semakan BR1M 2.0 : Setakat ini, telah lebih 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0) yang telah dihantar dan diterima dan kami jangkakan jumlah permohonan BR1M 2.0 akan bertambah menjelang tahun 2013 kelak : 

Borang BR1M 2.0 Online : KLIK SINI

Jika anda masih belum menghantar sebarang permohonan BR1M 2.0 online ataupun secara manual, CEPAT!! Sebelum tarikh permohonan BR1M 2.0 akan ditutup tidak lama lagi. Walaubagaimanapun, tarikh tutup masih belum diumumkan sehingga ke hari ini.

Semakan BR1M 2.0 : Statistik Permohonan
Terdapat 2.3 juta permohonan BR1M 2.0 yang telah diterima
Status permohonan setakat ini menunjukkan lebih 1.6 juta permohonan adalah daripada individu bujang dan 720,000 permohonan daripada isi rumah.
54 peratus permohonan itu dibuat secara manual manakala selebihnya dibuat secara BR1M 2.0 online


BR!M 2.0 LHDN : ebr1m.hasil.gov.my
Berdasarkan sumber maklumat yang kami terima, semakan BR1M 2.0 boleh mula dibuat bermula 10 Februari 2013 dan dijangka semakan BR1M 2013boleh juga dibuat secara online buat kali yang pertama dan keputusan BR1M 2.0 juga akan dihantar melalui pos.
Semakan BR1M 2.0 Online 2013 :
- Akan dikemaskini (Februari 2013) -

Semakan Keputusan BR1M 2.0 Secara Pos :
Status semua pemohon BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat 1Malaysia) juga akan dimaklumkan mengenai keputusan permohonan BR1M RM500 (isi rumah) & RM250 (bujang) melalui pos
Setiap pemohon bantuan BR1M 2.0 yang berjaya akan menerima surat pemakluman masing-masing secara berperingkat-peringkat dengan disertakan tarikh dan tempat majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 diadakan
Semakan Keputusan Permohonan BR1M 2.0 Melalui Talian Hotline :
Anda sendiri sebagai pemohon juga boleh semak status permohonan BR1M 2.o dengan cara menelefon talian hotline 1-800-222-500/1-300-88-3010 mulai 11 Februari ini 2013.
Talian hotline tersebut akan beroperasi dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja

Cara Pembayaran Baucar BR1M 2.0 2013?

Diadakan satu majlis penyerahan baucar BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 kepada senarai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang berjaya
Kerajaan juga akan memudahkan urusan orang ramai di kawasan luar bandar menunaikan baucar BR1M 2.0 RM500 & RM250 dengan menyediakan kaunter bergerak Bank Simpanan Nasional, CIMB dan Maybank pada majlis penyerahan baucar tersebut
Bantuan RM500 & RM250 melalui baucar juga boleh ditunaikan di cawangan bank berkenaan di seluruh negara
Tempoh sah laku baucar bantuan BR1M 2.0 RM500 dan baucar RM250 belum dipastikan setakat ini.
P/ S : Untuk pengetahuan anda semua, undian kalangan pembaca Berita Semasa seramai 3,369 responden mendapati seramai 57% berminat untuk memohon bantuan BR1M 2.0 RM500 & Rm250 kali ini.

GAJI MINIMUM BERMULA 1 JANUARI 2013


Gaji minimum 2013 : Akhirnya bermula semalam, 3 juta kakitangan swasta termasuklah pekerja asing dalam pelbagai sektor akan menerima gaji minimum yang bermula semalam iaitu 1 Januari 2013 melibatkan 500,000 majikan di Malaysia untuk melaksanakan dasar gaji minimum. Adakah majikan anda turut terlibat sama?
Ini kerana daripada 4,200 ada cuba untuk menghantar permohonan penangguhan pemberikan gaji minimum 2013 tetapi hanya 632 syarikat diluluskan.

1. Itu pun hanya sehingga April 2013 sahaja dibenarkan penangguhan atas faktor kewangan.
2. Majikan yang membayar gaji lima pekerja atau kurang juga diberi penangguhan hingga 1 Julai 2013 ini


Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam di Semenanjung Malaysia, manakala RM800 sebulan atau RM3.85 sejam di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Dengan adanya dasar gaji minimum yang akan dikaji setiap 2 tahun, diharapkan pada masa akan datang kakitangan swasta di Borneo diberikan hak sama rata dengan kakitangan swasta di Semenanjung Malaysia. Ditambah dengan realiti harga barang yang berlaku di Borneo kecuali bahan mentah agak mahal berbanding harga di Semenanjung Malaysia. Taraf hidup tinggi, tetapi pendapatan rakyat Sabah & Sarawak masih lagi rendah.
Contoh paling mudah, lihat harga barang keperluan rata-rata ada tertulis harga yang berbeza antara “east malaysia” dan ”west malaysia”, yang mana lebih tinggi? Barang keperluan ini ertinya yang diperlukan oleh orang ramai.

Diharapkan pihak berwajib memandang isu ini dengan serius. Bagi mengelakkan tanggapan diskriminisi terhadap kakitangan swasta yang bekerja di Sabah dan Sarawak..
Satu lagi, untuk apa dasar gaji minimum ini meliputi pekerja asing sekali? Sepatutnya, ok ini hanya cadangan daripada kami :
1. Naikkan cukai pendapatan pekerja asing kepada 35%
2. Ketatkan syarat pengambilan pekerja asing
3. Terhadkan masa kerja pekerja asing dari tempoh 2 tahun kepada 1 tahun 6 bulan sahaja
Apabila kerajaan Malaysia menaikkan gaji minimum untuk warga tempatan, rakyat kita sendiri sekaligus ia sebenarnya memberikan satu galakan kepada pekerja tempatan untuk menceburi bidang perkilangan contohnya. Dan majikan akan tiada pilihan dan akhinrya membuka kuota jawatan lebih kepada warga tempatan. Kami beranggapan adalah lebih baik kerjaan kaji semula dasar gaji minimum untuk orang asing.

“Di Singapore, kalau tidak silap kami cukai yang perlu dibayar kepada kerajaan Singapore sangatlah tinggi untuk setiap pekerja asing iaitu sekitar $150 setiap bulan. Sebab itulah hanya orang kaya-kaya sahaja yang menggunapakai pembantu rumah”

Akhir sekali sekali kepada pihak majikan, dengan pelaksanaan gaji minimum ini diharapkan tidak timbul situasi seperti di bawah ini :
1. Gaji RM900 dan majikan dibenarkan potong @ kurangkan semua elaun & OT sudah tiada lagi atau dikurangkan.
2. Yang managaji lebih RM900 paling tinggi majikan akan naik sehingga 10%. Contohnya, seperti kerja kilang yang mana ada 2 syif majikan boleh buat tiga syif. Siapa untung?


Dan memang sepatutnya, pelarasan gaji minimum ini kena ikut kewangan syarikat. Jikalau syarikat kecil tidak perlu sebenarnya untuk permulaan ini. Maksud kami, keuntungan syarikat berpuluh juta @ ratus juta ringgit tetapi gaji pekerja mereka sangat kecil. Itu minda kapitalis & ini yang seharusnya perlu diperbetulkan. Syarikat besar yang perlu difokuskan terlebih dahulu.

P/S : Walaubagaimanapun, ia satu permulaan yang baik daripada pihak kerajaan untuk melaksanakan dasar gaji minimum 2013 di Malaysia. Cuma masih ada lagi ruang untuk penambaikan di masa akan datang. Apa kata anda pula?

Tiada ulasan: