Kemeriahan sambutan Hari Polis ke-206
Kira-kira 200 pegawai dan anggota pelbagai pangkat diketuai Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkumpul seawal 8 pagi di ruang legar Felda Residence di Felda Sahabat 16 dekat sini, untuk berkongsi kebanggaan menyaksikan perbarisan dan perarakan yang diadakan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) melalui layar lebar yang disediakan.
Biarpun masih diselubungi rasa sayu berikutan kehilangan anggota dalam pertempuran menentang pengganas Kiram dari selatan Filipina yang mendarat di Kampung Tanduo pada 12 Februari lepas, inisiatif Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan siaran secara langsung itu dilihat terus membakar semangat juang anggota pasukan keselamatan negara.
Pegawai dan anggota yang lengkap dengan pakaian seragam unit masing-masing dilihat memberi tumpuan penuh kepada acara yang ditayangkan, terutama ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berucap pada sambutan bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'.
Penghargaan dan pelbagai insentif yang diungkap Perdana Menteri semasa berucap mendapat tepukan gemuruh daripada mereka.
Sementara itu, Khalid yang ditemui kemudian berkata, walaupun tidak dapat bersama-sama meraikannya di Pulapol, kemeriahan sambutan secara sederhana di Felda Sahabat tetap terasa menerusi aura semangat juang yang ditunjukkan setiap anggota terbabit.
Beliau juga yakin anggota di barisan hadapan yang tidak dapat bersama-sama meraikan hari yang menjadi kebanggaan pasukan Sang Saka Biru itu masih bersemangat tinggi dalam melaksanakan amanat yang diberikan.
"Kepada mereka saya ucapkan syabas dan kuatkan semangat kerana apa jua yang dilakukan ketika ini adalah janji yang dilafaz semasa mula memasuki perkhidmatan bahawa kita akan mempertahankan kedaulatan setiap inci negara," katanya.
Khalid juga memohon supaya setiap keluarga anggota polis terus mendoakan keselamatan dan kesejahteraan semua anggota yang sedang melaksanakan amanah negara mendepani cabaran pengganas di perbatasan.
Pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lepas telah mengorbankan dua anggotanya di Kampung Tanduo manakala enam lagi anggota polis gugur dalam serangan hendap di perkampungan air di Semporna
DISINI JUGA KAMI SEDIAKAN SEDIKIT GAMBAR UNTUK TONTONAN RAKAN-RAKAN SEMPENA SAMBUTAN HARI POLIS KE-206 DENGAN TEMA ''KOMUNITI SEJAHTERA KOMITMEN KAMI''
Video ini memaparkan perjuangan pegawai & anggota PDRM di Lahad Datu, Sabah dan dipersembahkan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 206 di Pulapol Kuala Lumpur.
sila layari : http://www.youtube.com/watch?v=5SMdccXQ0PU
Akhirkata kita dengar ucapan dari ketua Polis Negara
"Sempena sambutan Hari Polis ke-206 hari ini, sebagai Ketua Polis Negara (KPN), saya menegaskan tiada yang lebih penting kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain memastikan keamanan negara terjamin dan masyarakat menikmati keharmonian berterusan"
SAMBUTAN HARI POLIS DI PERBATASAN TUNTUT ANGGOTA LEBIH TABAH PERANGI MUSUH
Lahad Datu, 25 Mac - Sambutan Hari Polis ke-206 di perbatasan
mencabar anggota dan pegawai sang saka biru supaya lebih cekap dan tabah menghadapi ancaman pengganas Sulu dalam mempertahan keamanan dan kedaulatan negara.
Rata-rata anggota dan pegawai badan beruniform ini menyifatkan sambutan itu pastinya akan dikenang dalam sejarah perkhidmatan mereka kerana disambut di kawasan Operasi Daulat ketika memerangi dan menghapuskan musuh.
Keluar daripada kepompong sambutan biasa seperti di balai polis, ibu pejabat daerah, di majlis rasmi atau di Pusat Latihan Polis (Pulapol), mereka bertekad untuk terus berbakti mencurahkan khidmat sehingga titisan darah terakhir.
Detektif Kpl Mohd Hamdan Jeramatin dari Cawangan Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berkata situasi ini mencabar mereka untuk terus memperkuat semangat menumpaskan pengganas.
"Memang lain dari lain. Situasi begitu mencabar kerana kami masih berada di Lahad Datu untuk Operasi Daulat ini.
"Semangat kami lagi tinggi dalam keadaan yang memerlukan kecekapan dan sentiasa dalam keadaan bersedia untuk berhadapan musuh," katanya.
Pada kebiasaannya, beliau memerangi penjenayah, tetapi kali ini menghapuskan pengganas dan ia memerlukan iltizam serta tekad yang lebih tinggi.
DSP Anuar Jusoh dari Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Sungai Besi pula berkata sememangnya risiko amatlah tinggi ketika di perbatasan dan sambutan yang ada sedikit sebanyak menyuntik semangat mereka untuk terus berkhidmat dengan
lebih berjaya.
Jelasnya tanggungjawab membuat tinjauan di udara dan menyampaikan maklumat operasi merupakan satu amanah demi keamanan dan kemakmuran masyarakat.
"Kami sentiasa memerlukan kerjasama dalam menangani krisis dan apa jua bentuk tekanan.
"Kami tabah, ikhlas dan perlu kesabaran yang tinggi untuk menyelesaikan komitmen yang diberi ini," katanya.
Sementara itu, Insp Roslini Yahaya dari Unit Media Cawangan Hal Ehwal Awam (HEA) Ibu Pejabat Kontinjen Polis Sabah berkata menjadi satu kebanggaan mewakili anggota dan pegawai wanita berkhidmat dan mencurah bakti di kawasan operasi.
"Kami menyalurkan maklumat kepada orang awam dan masyarakat sekitar mengenai situasi terkini di sini.
"Bukan mudah kerana situasinya berbeza dan mencabar tetapi atas tanggungjawab kepada negara, kami teruskan," katanya.
Lebih 300 anggota dan pegawai polis berkhidmat pada Operasi Daulat sejak kumpulan pengganas militan menceroboh Sabah 12 Feb lepas.
SEMENTARA ITU Pada majlis Sambutan Hari Polis ke-206 di Pulapol Kuala Lumpur pagi tadi, DS Najib telah mengumumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong telah memberi perkenan untuk saya mengisytiharkan perwujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) di kawasan Timur Sabah berkuat kuasa hari ini.
Selain itu, beliau turut menyerahkan Pangkat Secara Posthumous kepada balu serta waris wira negara yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna semasa insiden pencerobohan di Sabah.
Jasa kesemua wira negara itu yang sanggup bergadai nyawa demi negara sentiasa dikagumi. Terima kasih kepada semua warga polis kerana selama ini gigih menjaga keselamatan kami semua rakyat Malaysia. Selamat Hari Polis.
Umb-r koboimacho @gmail.com
IEJAM@PM
SUMBER
http://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia
http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/03/pengumuman-ds-najib-untuk-warga-polis.html
METRO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan