Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 16 Mac 2013

LAHAD DATU: Indonesia hantar bantuan

LAHAD DATU: Konsulat Indonesia di Kota Kinabalu hari ini menghantar bantuan keperluan asas kepada 193 pekerjanya yang dipindahkan di Dewan Embara Budi di FELDA Sahabat berikutan insiden pencerobohan pengganas.

Penghantaran bantuan itu disampaikan sendiri Konsul Jeneralnya, Soepeno Sahid kepada pengurusan FELDA Sahabat untuk diagih kepada pekerja terbabit. 

Soepeno bersama rombongannya turut melawat pekerja rakyat Indonesia yang dipindah di dewan itu sejak 13 Februari lalu. 


Beliau berkata, secara keseluruhannya terdapat 10,045 rakyat Indonesia di FELDA Sahabat dengan 8,000 daripada mereka adalah pekerja ladang dan selebihnya isteri dan anak-anak mereka dan kebanyakan mereka adalah dari Sulawesi. 

"Pekerja Indonesia yang dipindah di Dewan Embara Budi menerima layanan baik termasuk daripada segi penyediaan keperluan asas. 

"Pihak pengurusan FELDA juga meneruskan pembayaran gaji mereka biarpun mereka tidak bekerja sejak 13 Februari," katanya kepada pemberita di Residence Felda Sahabat. 

Soepeno berkata, secara keseluruhan pihaknya berpuas hati dengan keselamatan semua pekerja Indonesia di Sabah terutama di kawasan FELDA Sahabat.

Tiada ulasan: