Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 12 Februari 2013

KENAPA PAS MASIH TIDAK MAHU BERSAMA UMNO SEPERTI ZAMAN ASRI...?



INILAH CONTOH PEJUANG ISLAM DEMI MENYATUKAN DUA FAHAMAN POLITIK SATU PEGANGAN IAITU  ISLAM

Setelah berlaku peristiwa 13 mei 1969..pas berubah pendirian dan menyertai barisan nasional.sebagai salah satu komponennya,bersama umno .pas mengambil pendirian liberal sanggup berkongsi kuasa dengan kaum lain.menerima dasar ekonomi baru dan mengugurkan pendapatnya mengenai negara ini yang dianggap sebagai negara sekular.bahkan bekerjasama dengan orang bukan islam juga dibolehkan sedangkan sebelum itu bekerjasama dengan orang kafir dianggap kafir ..

selepas zaman asri..pendirian pas berubah lagi pegangannya kepada kebangsaan melayu digugurkan dan mengambil pendirian yang tidak kompromi di dalam mendokong perjuangan islam universal.perjuangan kebangsaan melayu dianggap asabiyyah yang dilarang oleh islam.di dalam memberi makna islam kepada perjuangan politik pas selepas asri.para pemimpin pas membawa pendekatan akidah.di dalam merealisasikan pendekatan ini.elemen2 khawarij banyak mempengaruhi gerakkerja pas,

jika dikaji ucapan2 dan bahan2 diayah pas di zaman selepas asri kita akan dapat melihat elemen2 kemunduran secara lebih jelas dan nyata .elemen2 takrif dan kempen membenci adalah antara elemen kemunduran yang sangat serius.pembohongan dan pemalsuan fakta,menjadi amalan biasa dalam strategi penerangan parti itu.mereka menserlahkan slogan2 islam.tanpa menghuraikan maksud yang sebenar.perjuangan menegakkan negara islam menjadi bahan diayah yang disebarkan di mana2,tetapi mereka tidak pernah menghuraikan konsep negara islam yang diperjuangkan oleh mereka.mereka menjadikan ayat al quran sebagai slogan perjuangan mereka ..tetapi tidak pernah menjelaskan maksudnya dan tidak pernah diterangkan bagaimana konsep taiyibah yang mendapat keampunan tuhan itu.mereka hanya akan berkata bahawa negara tersebut ialah negara yang melaksanakan hukum islam.namun hukum islam itu sendiri tidak pernah diperkatakan secara terperinci dan jelas..

strategi memburukkan saingan terdekat mengusai pendekatan kempen mereka untuk merebut pengaruh.nilai2 islam dan akhlak islam tidak lagi diperlukan dalam melaksanakan strategi ini.fitnah maki hamun.tuduhan2 rambang dan pelbagai dosa lidah dan kelakuan untuk menanam kebencian terhadap umno dan para pemimpin umno.gerakan kemunduran yang dilancarkan oleh pas berjaya memecah-belahkan orang melayu berasaskan akidah.pas dan para pengikutnya percaya bahawa orang2 umno bukan lagi orang islam.sebahagian mereka mengharuskan penggunaan jihad peperangan terhadap umno.

konsep jihad peperangan yang sebenar tidak pernah digunakan untuk menentang orang islam dan zimmi.jihad peperangan hanya dipakai dalam keadaan orang islam dicerobohi oleh orang kafir dan pencerohan itu dinamakan sebagai kafir harbi.dengan mengkafirkan umno
pengikut pas percaya bahawa menentang umno adalah satu jihad ..

"Berkongsi ilmu"- Al-Maaidah:ayat 77,katakanlah:"hai ahli kitab,janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya(sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka tersesat dari jalan yang lurus."(Al-maaidah)"

bagi menjayakan strategi membenci ini.pantang larang utama ialah memuji dan mengiktiraf kejayaan dan kebaikan pihak lawan justeru itu apa jua kejayaan yang dicapai dan kebaikan yang dilakukan oleh pemerintah yang diterujui oleh umno.diremehkan dan diputar supaya kelihatan buruk dan tidak berguna pada pandangan ahli dan penyokong mereka.mereka akan memberi tentangan kepada apa juga rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional .walaupun mereka turut merasi kemudahan dan manfaatnya

elemen2 kemunduran yang didiayahkan oleh pas ini merupakan halangan serius kepada perjuangan bangsa melayu untuk menegakkan agama dan memartabatkan bangsa.
halangan ini mestilah dihadapi dengan strategi yang khusus.supaya perjuangan bangsa melayu akan terus mara ke arah kejayaan dan meningkatkan kejayaan itu sesuai dengan perubahan masa dan zaman.antara strategi yang harus dilaksanakan ialah seperti berikut:

1)membersihkan bidang pendidikan di semua peringkat dan disetiap sector darippada orang2 yang melaksanakan strategi dan program diayah pas supaya elemen kemunduran yang dibawa oleh pas tidak mempengaruhi minda generasi muda.

2)mengembang dan memperdalamkan pengetahuan masyarakat mengenai islam dalam pelbagai lapangan supaya pengetahuan mendalam mengenai islam dapat mengagalkan usaha pas menggunakan nama islam untuk mendiayahkan elemen2 kemunduran di dalam masyarakat islam.


 3)melakukan sesuatu tindakan yang boleh memberikan beban menghuraikan islam secara terperinci,berdasarkan ilmu kepada para pemimpin pas, supaya dengan itu mereka tidak lagi hanya menggunakan slogan2 islam untuk tujuan diayah, tanpa menghuraikan maksud dan konsepnya yang sebenar.
 4)mengkaji dasar2 yang dilaksanakan oleh kerajaan, mengubah-suai dasar2 itu supaya dapat diberikan makna islam dan menyebar-luaskannya supaya difahami oleh rakyat dari perspektif islam...
 5)menyusun kembali jentera penerangan kerajaan dan parti supaya menjadi lebih releven dengan perubahan semasa dan dapat menjadi saluran penting bagi membentuk dan membangunkan minda rakyat supaya berfikiran maju,melihat islam dari perspektif yang betul dan dinamik dan menangkis diayah-diayahkan yang mengembangkan elemen2 kemunduran dan salah faham terhadap islam.

Wahai seluruh kaum Muslimin...Patuhilah perintah dan Firman ALLAH s.w.t. dalam surah An-Nisaa' ayat 59 ini, yang bermaksud," Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada ALLAH dan taatlah kamu kepada Rasullullah dan kepada Uli'l-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) ALLAH (AL-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar-benar beriman kepada ALLAH dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya "......
- Maka sesiapa yang mengingkari Firman ALLAH s.w.t. di atas, , mereka itulah orang-orang yang fasiq (derhaka)

Tiada ulasan: