TUARAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di pekan ini kira-kira jam 3.30 petang tadi untuk melancarkan Program Nadi Kasih peringkat negeri Sabah di Padang Pekan Tuaran, di sini. Majlis berkenaan berlangsung dengan begitu meriah sekali dengan sambutan yang dihadiri kira-kira 30,000 orang peminat DS Najib dan BN yang kebanyakannya membawa sepanduk I LOVE PM membuktikan sokongan padu Rakyat Sabah pada BN
.
Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tusin; Ketua UMNO Tuaran, Datuk Hajiji Noor; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim dan ADUN Kiulu, Datuk Loui Rampas.
Sempena majlis itu, Najib dijadual mengagihkan pelbagai sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada golongan kurang bernasib baik dari sekitar Tuaran.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan