Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 24 September 2012

PKR MULA GERUN DGN KEBANGKITAN BN SEBAB TU CARI SEBAB NAK BN DEDAH BAKAL CALON MB



Sekiranya Barisan Nasional berjaya menawan semula negeri Selangor dari tangan Pembangkang pada PRU13 akan datang, sesiapa sahaja yang telah dipilih untuk menjadi wakil rakyat, pemimpin tersebut layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar di Selangor dan menurut DS Noh Omar dilaman fb nya hari ini di laman nya.. http://www.facebook.com/dsnohomar ..beliau mengatakan.

'' Sblm mrk menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.Sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, mrk belum lagi perintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mrk

Sebenarnya Paling utama ialah calon Menteri Besar yang bakal dipilih itu kelak, mestilah calon yang mendapat sokongan akar umbi serta diterima oleh mejoriti rakyat Selangor selain mendapat perkenan daripada Tuanku Sultan jadi mengapa PKR cuba menyibuk dalam hal rumah tangga BN tidakkah menampakkan mereka sudah gerun dengan BN Selangor pada masa ini yang mendapat kepercayaan rakyat semula setelah hampir 5 tahun ditipu oleh Pakatan Rakyat dengan janji2 palsunya selama ini..

Dalam sinar online semalam Barisan Nasional (BN) Selangor menyifatkan cabaran PKR yang mahu mereka mendedahkan calon Menteri Besar disifatkan sebagai permainan politik bagi menghilangkan fokus BN menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, PKR tidak perlu sibuk mengetahui bakal Menteri Besar kerana perkara itu hanya akan diketahui apabila BN menang kelak.

“Sebelum mereka menang, tidak pula heboh siapa calon MB. Apabila menang, baru rakyat tahu siapa MB.

“Saya hendak tanya PKR, sewaktu pilihan raya umum (PRU) 2008, ketika Pakatan Rakyat (PR) belum lagi memerintah Selangor, tiada pun disebut siapa bakal MB dalam manifesto mereka,” katanya semalam -


Tiada ulasan: