Isnin, 25 Februari 2013

KERAJAAN KHALED GAGAP SELANGOR DAN PAKATAN PEMBANGKANG TAK PAYAH LAH BUANG MASA NAK BENTANG MANIFESTOR BARU KAMI BENCI ORG YG TAK TUNAI JANJI DAH !!!!!


Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini memberitahu manifesto bukanlah janji yang harus ditunaikan. jadi Manifesto yang diumumkan Pakatan Rakyat tidak membawa apa-apa makna langsung untuk kami khususnya kepada rakyat Selangor semua tindakan Pakatan Rakyat membentangkan manifesto yang kononnya dipersetujui bersama PKR, DAP dan PAS itu adalah sia-sia kerana ia tidak akan mampu ditunaikan sekaligus membantu meringankan bebanan rakyat dan kami Rakyat Selangor akan memastikan  Pakatan Pembangkang tersungkur akibat Penipuan dalam janji2 palsu PRU12 dahulu.
 "Apa pun konvensyen, apa pun manifesto apa pun yang dibuat bila dah pemimpin Pakatan kata itu bukan sebuah janji perjuangan mereka itu sia-sia. 
"Konvensyen apa pun resolusi dibuat itu bukan sebuah janji, tidak penting langsung masing-masing pentingkan diri,"Bayangkanlah demi nak menang tabur janji yang manis2 belka tapi bila menang si gagap ni gadai selangor dengan aktiviti maksiat tak caya tgk kat SINI DAN DISINI
Pakatan Pembangkang ini juga mempunyai rekod pemerintahan yang kucar kacir selain tidak menepati janji yang dibuat kepada rakyat.
Pakatan Rakyat yang dikepalai Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini seringkali meuar-uarkan mereka adalah pejuang kebajikan rakyat padahal KLICK SINI Bukti mereka ni hanya tumpang jasa UMNO SAHAJA 
Namun setelah diberi mandat hampir lima tahun memerintah empat buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan ternyata mereka bukan sahaja belum bersedia untuk membentuk kerajaan pusat malah tidak berkemampuan untuk mengendalikan sebuah negeri Bagaimana nak mentakbir Negara kalau nak mentakbir Negeri pun kucar kacirt.
Di Selangor, Pakatan Rakyat berdepan dengan saman daripada rakyat marhaen yang dinafikan hak mereka. Ia termasuklah golongan ibu tunggal, ibu bapa kepada pelajar tadika dan penduduk yang tidak mendapat bekalan air percuma 20 meter padu daripada kerajaan negeri.
Di Pulau Pinang, kerajaan Pakatan Rakyat dikritik kerana gagal mengawal pembangunan pesat yang menyisihkan kaum Melayu. Kerajaan negeri yang dipimpin Lim Guan Eng itu juga dikritik hebat apabila gagal menyediakan rumah kos rendah dan mampu milik kepada rakyat.
Sementara di Kedah dan Kelantan yang dipimpin PAS, kerajaan negeri dikritik kerana gagal menarik pelabur asing untuk menanam modal di dua negeri itu yang akhirnya memaksa mereka merancakkan aktiviti pembalakan sehingga beberapa bukit di tengah-tengah hutan hampir gondol sepenuhnya.
Mengulas isu yang sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata jika Pakatan Rakyat seharusnya memastikan mereka mampu menunaikan janji jika mahu menawarkan manifesto yang diberi suntikan baru untuk pilihan raya akan datang. 
"Apa yang dijanjikan perlulah munasabah kerana ini akan menyebabkan pengguna lebih marah, sekali lagi jika ada janji baru dan tidak ditepati maknanya pengguna tidak akan berpuas hati dan berdiam diri.
Kalau kita tengok masih banyak harapan pengguna daripada manifesto masih tidak terlaksana malah mungkin tidak dibuat langsung oleh itu banyak yang membuat tindakan," tegasnya. 
Konvensyen Pakatan Rakyat yang bermula agak hambar pagi tadi seperti yang dijangka, menjanjikan pelbagai imbuhan, pembatalan projek tertentu, penurunan cukai dan dana lumayan untuk pengundi yang disasarkan.
Malah pakatan pembangkang itu menjanjikan RM50 sebulan untuk setiap isteri dengan syarat suami mencarum sehingga RM100 dalam skim caruman wanita kebangsaan.
Manifesto yang diumumkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan PAS, Dr Zulkefly Ahmad dan wakil tunggal India dalam Jawatankuasa Tertinggi DAP, M. Kulasegaran itu mengulangi janji menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air serta menghapuskan tol dan menurunkan harga kereta.
Selain itu Pakatan Rakyat juga berjanji menghapuskan PTPTN, sistem kawalan trafik AES dan menyediakan perkhidmatan wad percuma di hospital awam.
Manifesto 35 mukasurat itu juga dipenuhi dengan janji untuk menyediakan satu juta peluang pekerjaan baru, gaji minima RM1,100 sebulan dan tabung RM2bilion untuk majikan yang tidak cukup modal menampung gaji minima itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan