Isnin, 25 Februari 2013

[BERITA TERKINI] Sindiket ATM palsu antarabangsa tumpas


Terkini satu Sindiket antarabangsa yang menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran wang menggunakan kad ATM dan kad kredit palsu tumpas dengan penahanan 25 anggota sindiket termasuk warga Kanada pada 20 dan 22 Februari lalu di sekitar ibu negara.
Kegiatan itu dibongkar melalui kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), polis Kanada dan polis antarabangsa yang mengesan aktiviti pengeluaran wang melalui mesin ATM bank-bank antarabangsa di negara ini menggunakan kad kredit dan ATM palsu yang dibuat di luar negara sejak Ogos tahun lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan dalam sidang akhbar di sini hari ini berkata, anggota sindiket yang diberkas berumur antara 23 dan 54 tahun, iaitu sembilan lelaki warga Kanada, 11 lelaki warga Sri Lanka, seorang lelaki warga India dan empat warga tempatan termasuk seorang wanita.
Katanya, pada Rabu lepas, sembilan anggota sindiket itu ditahan di dua lokasi ATM bank di Jalan Ampang dan Jalan Sultan Ismail di sini ketika sedang melakukan transaksi kira-kira pukul 9.30 malam.
Susulan itu polis menahan 14 lelaki terdiri warga Sri Lanka, India dan tempatan di beberapa hotel dan rumah sekitar Lembah Klang manakala dua lagi suspek warga tempatan ditahan di Kulim, Kedah pada 22 Februari lalu ketika cuba melarikan diri ke negara jiran.
Syed Ismail berkata, polis turut merampas 533 keping kad kredit dan kad ATM palsu pelbagai bank luar negara, wang tunai RM4,703, USD4,182 (RM12,975), Dolar Kanada 4.185 (RM12,674) serta lain-lain mata wang dalam serbuan itu.
Turut dirampas sejumlah barang kemas, empat buah komputer riba serta dua buah mesin mini ”magnetic stripe card reader/writer”, katanya. dari sumber 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan