Khamis, 20 Disember 2012

TANAH KUBUR BERASAP KERANA PERBUATAN DAP.!!!!! ?


Mana tak berasapnya atas tanah perkuburan yang diceroboh dibuat projek pembangunan ada kah kita patut lihat sahaja.Apa riaksi anda bila berada dalam setuasi ini lihat sahajalah bagaimana kerajaan DAP Pulau Pinang menindas orang Melayu disana Tanah kubur Islam diceroboh dan batu nesan dicabut sesuka hati tanpa memaklumkan pada pewaris.

Norsham Mohd. Amin menunjukkan tapak kubur saudara maranya yang dicabut batu nisan oleh pemaju perumahan di Tapak Perkuburan Islam Jalan Boundry, Pulau Pinang semalam. - UTUSAN/ Mohd. Firdaus Ismail

PULAU PINANG 19 Dis. - Tindakan sebuah syarikat pemaju yang dikatakan menceroboh Tanah Perkuburan Islam Jalan Boundry, Air Itam dekat sini dan mencabut beberapa tiang nisan tanpa pengetahuan waris keluarga dibantah oleh umat Islam di sini

Akibat tindakan tersebut, mereka mendakwa beberapa kubur telah 'hilang' dan batu nisannya juga dibiarkan berselerak begitu sahaja.

Seorang waris, Norsham Mohd. Amin, 54, berkata, dia terkejut apabila mendapati tiga kubur termasuk kubur datuknya telah tidak mempunyai batu nisan lagi ketika dia datang menziarahi kubur itu pagi semalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan