Jumaat, 21 Disember 2012

MAJLIS FATWA,Ilmuan Muda (ILMU) DAN PARA MUFTI SEPAKAT MENGHARAMKAN AMANAT HAJI ABDUL HADI





Memang benar, terdapat celaan yang keras bagi mereka yang tidak menerapkan hukum selari dengan hukum Allah subhanahu wa taala. Allah subhanahu wa taala telah berfirman:

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir” (TMQ al-Maidah [5]: 44)

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (TMQ al-Maidah [5]: 45)

وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (TMQ al-Maidah [5]: 47)


Isu Amanat Haji Hadi nampaknya menjadi perbualan hangat pada kebelakangan ini walaupunkita tahu bahawasanya isu ini sudah lama tapi kita wajib membetulkan kesalahan yang Pas lakukan selama ini kerana terlalu banyak bukti yang kukuh menjadi Asas penolakan amanat tersebut yang peliknya mengapa PAS sanggup memecah belahkan Umat Islam di Negara kita demi sekeping undi

Bagi pihak muftijelas mengatakan:


Kepimpinan Pas sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak melenting dengan seruan Mufti Perak itu kerana kenyataan tersebut dibuat semata-mata untuk kebaikan ummah, dan untuk mengelakkan perpecahan terus berlaku di kalangan umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik.
‎"To Ha (Allah yang mengetahui maksudnya). Tiada Kami (Allah) turunkan kepadamu al-Quran ini supaya engkau celaka (menyusahkan engkau)! Melainkan untuk menjadi peringatan bagi orang yang takut. (Al-Quran) yang diturunkan daripada Tuhan, yang menciptakan bumi dan beberapa langit yang tinggi. Tuhan yang Pengasih, di atas singgahsana Dia bersemayam (berkuasa). Dia mempunyai apa yang ada di langit, dan di bumi, serta di antara keduanya dan apa yang ada di bawah tanah."

Tindakan Pas menyerang kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria apabila beliau meminta agar parti tersebut menarik balik amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada April 1981 yang mengkafirkan ahli UMNO jelas memperlihatkan sikap kepimpinan parti tersebut yang sombong dan bersikap asyobiyah.
Menurut Pengerusi Barisan NGO Negeri Perak, Mohd Salleh Khan Mohd Jaafar, tindakan Pas menyerang kenyataan tersebut juga secara tidak langsung memperlihatkan keegoan kepimpinan parti tersebut dengan menganggap pemikiran dan pegangan mereka sahaja yang betul serta memperlekehkan pandangan pihak lain.
Seruan Mufti Perak yang mewakili mufti-mufti lain yang berkongsi pendapat yang sama  adalah berdasarkan situasi semasa, di mana lantaran fatwa tersebut maka sudah puluhan tahun umat Islam di negara ini jadi berpecah belah.



Manakala Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Ilmuan Muda (ILMU), Ustaz Fathul Bari, beliau berpendapat bahawa Mursyidul Am Pas itu tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan tersebut memandang beliau sendiri berpolitik di sebalik jubah seorang guru agama.

Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat di dalam laman facebook beliau yang berkata bahawa mufti jangan berselindung di sebalik jubah mufti untuk bermain berpolitik, merujuk kepada kenyataan para Mufti yang meminta agar Pas menarik balik amanat yang dikeluarkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, diumpamakan seperti pepatah Melayu menepuk air di dalam dulang, terpercik ke muda sendiri

“Saya rasa, tak eloklah dia keluarkan kenyataan seperti itu. Macam mana kalau orang kata balik pada beliau benda yang sama? Jangan berselindung di sebalik jubah guru agama untuk bermain politik? Tentu beliau juga tidak akan merasa seronok jika orang berkata begitu terhadapnya,

Selain itu menurutnya, Mursyidul Am Pas itu juga turut mengeluarkan kenyataan membandingkan ilmu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan lulusan Madinah yang dianggapnya setanding dengan taraf pendidikan mufti-mufti lain di dalam negara ini.

“Ya, kita tak nafikan tentang keilmuan yang ada pada diri Presiden Pas, tetapi ingin saya jelaskan di sini bahawa setinggi mana sekalipun ilmu yang ada pada diri Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak semestinya beliau itu maksum dan terlepas dari melakukan sebarang kesalahan.

“Setiap dari kita tidak maksum dan tidak terlepas dari melakukan sebarang kesalahan dan kesilapan kecuali para Nabi. Bahkan imam-imam besar terdahulu pun, sekiranya melakukan kesilapan dan kesalahan, mereka akan memohon maaf Allah dan juga kepada umat Islam,” ujarnya lagi.

Jelas beliau, sikap mengakui kesalahan serta kesilapan dan memohon maaf di atas kesalahan atau kesilapan yang dilakukan itu merupakan sikap insan yang mempunyai jiwa dan akhlak yang mulia serta faham bagaimana seseorang insan itu perlu berakhlak bukan saja di dalam hubungannya dengan Allah tetapi juga dengan manusia.

“Dan inilah yang sepatutnya dilakukan oleh Presiden Pas. Kepimpinan Pas hari ini tidak boleh menafikan, bahawa wujudnya perpecahan di kalangan umat Islam akibat amanat yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“Perpecahan di kalangan masyarakat bawaha dapat kita lihat berlaku di sekeliling kita. Perpecahan yang berlaku kesan daripada amanat tersebut adalah realiti dan bukannya satu dongengan yang diada-adakan,” katanya.

Justeru itu, beliau turut menyangkal kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mengatakan bahawa isu kafir mengkafir ini adalah isu kitar semula dan tidak lagi relevan pada hari ini.

“Isu agama seperti ini akan sentiasa relevan, biarpun pada seratus tahun akan datang. Macam mana kita boleh kata tidak relevan, sedangkan kesan daripada amanat tersebut masih lagi berterusan di kalangan masyarakat Islam di negara ini.

“Analoginya adalah seperti orang yang berhutang. Apakah hutang seseorang itu dianggap lupus jika ia sudah lebih berpuluh atau beratus tahun berlalu? Hutang tersebut tidak akan lupus sekiranya tidak dibayar sehinggalah kita mengadap Allah swt kelak di padang masyar.

“Begitu juga dengan isu ini. Apakah kerana sudah berlalu lebih 31 tahun, ia sudah terlupus dan tidak relevan lagi? Bagi saya, selagi Presiden Pas tidak minta maaf dan secara terbuka mengakui kesilapannya di dalam memberikan amanat tersebut, selagi itulah isu ini terus relevan dan perlu diperbetulkan. Ia penting bagi mengukuhkan kembali perpaduan umat Islam di negara ini, setelah sekian lama berpecah belah kesan dari amanat beliau itu


p/s 

PADA PENYOKONG PAS TU JANGAN LAH ASIK MENFITNAH DAN DURHAKA PADA PEMIMPIN SESUNGGUH NYA Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: 


“Bila seseorang melihat sesuatu yang tidak disukai dari amirnya (pemimpinnya), maka bersabarlah kerana barang siapa memisahkan diri dari penguasa (pemerintahan Islam/Khilafah) walau sejengkal saja, lalu ia mati, maka matinya adalah mati jahiliyah.” 

[HR Muslim]

Hadis ini menjelaskan keharaman kaum Muslimin keluar memberontak terhadap penguasa (Khalifah). Ini bererti bahawa adanya Daulah Khilafah adalah suatu kewajiban, sebab tidak mungkin Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam begitu tegas sekali menyatakan bahawa orang yang memisahkan diri dari Khilafah akan mati jahiliyah. Maka, wujudnya pemerintahan Islam bagi kaum Muslimin statusnya adalah wajib ditaati.


أعُوْذُ بِاللهِ السَّمِيْعِ الْعَلِيْمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud," Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa ".
{ An-Nisaa' : 107

Tiada ulasan:

Catat Ulasan