Khamis, 20 Disember 2012

PANAS....Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul?

Masyarakat seharusnya merujuk kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian, bukan menyebar khabar angin di laman sosial seperti Facebook, Twitter atau blog,Tapi harus diingat aku cukup tak berkenan dengan tuduhan puak pakatan pembangkang yang cuba mengatakan hampir semua blog Umno yang menjadi punca khabar angin ni tersebar walhal perkara ini tidak bersangkut paut dengan politik pun ini sebanarnya memang 
melibat kanperpaduan kaum banyak sebenarnya blog UMNO mengatakan ini hanya khabar angin sahaja, jangan cuba ambil kesempatan menuduh tetapi kita wajib menerangkan pada umum bahawa ni bukan rusuhan kaum, ini tidak menuduh yang bukan2.


Penyebaran khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebar khabar angin di laman sosial yang boleh menimbulkan ancaman kepada negara.
Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Unit Rondaan Bermotosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Bandar Kinrara, Puchong dekat sini hari ini.
Ismail mengulas penyebaran khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah Kuala Muda, Kedah.
Sambil menegaskan, apa yang disebarkan di laman sosial itu tidak benar, Ismail berkata: "(Pengisytiharan) darurat pun tidak benar, kalau betul (darurat) mesti saya dah dimaklumkan."
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab dilaporkan berkata, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden yang berlaku tiada kaitan dengan permusuhan atau kebencian
Hakikatnya, insiden pergaduhan di Sungai Petani awal pagi 16 Disember 2012 di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu yang lalu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya ataupun melibatkan Islam. Siapa kata? PDRM kata!
India Melayu Sungai Petani Gambar Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Kedah (Gangster Melayu VS Samseng India). Rusuhan Kaum Berlaku?

Bagaimana Isu Kes Pergaduhan di Sungai Petani, Boleh Timbul? (Terkini)

  • Sebenarnya, kes pergaduhan di Sungai Petani berpunca daripada kes lumba motor, masing-masing mahu tunjuk hebat antara satu sama lain. Apabila tidak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu
  • Pihak polis sudah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar
  • 13 suspek telah ditahan reman dan 5 yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana 4 daripadanya sudah dibenarkan pulang
  • Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan