Rabu, 14 Mei 2014

MB Terengganu akan buat sidang media khas selepas jumpa Najib

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, beliau akan mengadakan sidang media khas selepas mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetip kad perakam waktu tepat jam 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai ketua eksekutif baharu kerajaan negeri Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan