MENTERI Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengetip perakam waktu pada hari pertama ketika memasuki pejabat di Wisma Darul Iman, pagi ini.
Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengetip kad perakam waktu tepat jam 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai ketua eksekutif baharu kerajaan negeri Terengganu.
Pejabat Ahmad Razif ialah di tingkat enam, Wisma Darul Iman.
Ahmad Razif dilantik sebagai menteri besar ke-14, menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletak jawatan pada Isnin lalu.
Ahmad Razif juga masih memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air negeri.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengesahkan tiada pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu dan kerajaan Barisan Nasional (BN) masih kekal memerintah Terengganu.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengetip kad perakam waktu tepat jam 7.45 pagi ini dan secara rasmi memulakan tugas sebagai ketua eksekutif baharu kerajaan negeri Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan