Rabu, 12 Mac 2014

RBA CUBA BURUKKAN LAGI KEADAAN RAKYAT YANG SEDANG BERSEDIH ATAS KEHILANGAN MH370.

JANGAN POLITIKKAN ISU KEHILANGAN MH370 DEMI KEUNTUNGAN PARTI ANDA PARA PENTAKSUB BIADAP !!!

Pakatan Pembangkang semakin biadap apabila tidak henti henti cuba menangguk di air yang keruh dengan mencari keuntungan politik dari musibah yang menimpa kita baru baru ini

Terbaru mereka cuba mengaitkan umno dengan bomoh yang cuba membantu mencari kedudukan pesawat MH370 baru baru ini tetapi mereka hanya bermodalkan sekeping gambar yang kononnya raja bomoh tu berada didalam majlis Umno.

Perkara ini sepatutnya tidak berlaku kerana Jakim juga telah menyatakan pendirian dalam hal ini dan perkara ini jelas di perkatakan dan tidak timbul mengaitkan Umno dalam hal ini

Bagi pm ianya satu jawapan yang mudah setiap kesalahan individu tidak boleh sewenang wenangnya mengaitkan dengan orang lain kerana setiap sesuatu persoalan wajar di tanyakan pada pucuk pimpinan Negara dulu jika ia bertentangan dengan prinsip Islam kita seharusnya menegah perkara tersebut dan bukan sekadar menyalahkan pada organisasi tertentu

Bayangkan sahabat2 pm semua mereka sanggup memainkan isu ini demi melaksanakan agenda ini gara gara sekeping gambar yg kabur tapi mereka lupa adakah gambar raja bomoh bersama dlm satu program Umno boleh kita mengaitkan dia dengan Umno sedangkan Nurul Izzah juga ada bergambar dengan vivian ratu blog lucah maka bolehkah kita kaitkan Nurul Izzah juga kaki porno,tentunya tidak kan

Jadi sebelum nak buat sesuatu status tu pm benar benar berharap janganlah kita buat tuduhan yang tidak berasas dan seelok eloknya bersama sama kita bersatu berdoa dan berusaha semoga Allah s.w.t mempermudahkan usaha usaha kita mencari dan menyelamat mangsa mudah mudahan Amin...

UNTUK MENJAWAB FITNAH YG PENTAKSUB PAKATAN NI LEMPARKAN DISINI PM NK KONGSIKAN PADA SAHABAT2 SEMUA PENDIRIAN KERAJAAN DLM ISU BOMOH INI YG DISEDIAKAN DI BAWAH INI

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN PENGGUNAAN KHIDMAT BOMOH DAN PERKARA YANG BERTENTANGAN SYARAK DALAM PENCARIAN MH370

Terlebih dahulu marilah sama-sama kita menginsafi bahawa sesungguhnya kekuasaan ALLAH meliputi semua ciptaanNya.

Apabila Allah menghendaki sesuatu, maka Dia hanya memerintahkannya sahaja, begitulah hebatnya kekuasaan ALLAH SWT.

Sebagai manusia yang diciptakan olehNya, Dia menguji kita dengan pelbagai ujian demi untuk kesempurnaan manusia itu sendiri. Allah tidak akan menguji manusia di luar kemampuannya.

DIA menguji kita dengan pelbagai dugaan dalam taraf kemampuan manusia dan setelah disediakan dengan segala alat kelengkapan pada diri manusia itu sendiri.

JAKIM menyelar usaha pihak-pihak yang mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang secara jelas adalah bertentangan dengan Islam.

Hukum mengamalkan pengubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus di dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak.

Jakim telah terlebih dahulu mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami oleh masyarakat dan ia boleh diakses melalui laman web Jakim di www.islam.gov.my.

Walaupun kita amat sedih dengan ujian yang sedang menimpa kita.

Tatkala pelbagai usaha yang telah kita lakukan oleh pihak berkuasa dan dengan pelbagai jenis teknologi dan aset sama ada dari negara kita dan dari negara-negara luar yang sudi menghulurkan tangan, kita masih menemui jalan buntu tanpa sebarang petunjuk dalam tempoh 3 hari ini.

Namun kita tidak boleh berputus asa dan wajib terus memohon pertolongan Allah swt.

Dalam satu Mesyuarat panel Kajian Akidah Jakim pada 22 hingga 23 November 2004 telah memutuskan bahawa rawatan perbomohan Ibrahim Mat Zin adalah bercanggah dengan aqidah Islam kerana mengandungi unsur-unsur syirik, khurafat serta penipuan.

Jika dilihat dari sudut alat-alat yang digunakan beliau pula menggambarkan bahawa bahawa raja bomoh ini menggunakan unsur khurafat dan tahyul yang ditolak dalam Islam.

Panel menjelaskan bahawa Islam adalah saintifik dan menolak segala perbuatan tahyul dan khurafat.

Sehubungan dengan itu, saya mengingatkan semua msyarakat khasnya umat Islam agar tidak terpengaruh dan/atau mengamalkan upcara perbomohan yang jelas bertentangan dengan Islam.

Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan Allah swt.

Umat islam harus menyakini bahawa ALLAH swt adalah sebaik-baik tempat bergantung dan bertawakkal.

Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan maka kita sebagai hamba Allah harus terus berdoa bermohon kepada Allah yang maha Kuasa.

Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izinNya jua.

Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA
‘Saya Yang Menurut Perintah’

DATO’ HAJI OTHMAN BIN MUSTAPHA
12 Mac 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan