Khamis, 13 Mac 2014

Pembangkang tunjuk mereka ni bukan menghindari gejala liwat seperti hukuman yg di jatuhkan ke atas Anwar malah tuduh wujud campur tangan dalam kes Anwar

downloadKUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini kecoh hampir 20 minit gara gara seorang ahli pakatan pembangkang biadap yang menuduh wujud campur tangan kuasa Eksekutif dalam kes hukuman penjara terhadap Anwar Ibrahim baru-baru ini.
“Kita tidak hadir (Dewan Rakyat semalam) atas sebab kita protes campur tangan Eksekutif dalam persoalan pihak badan kehakiman kerana kes itu sudah dibawa ke depan,” kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam).
Dakwaannya itu menimbulkan kekecohan hampir 20 minit sehingga ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional bangun dan bertikam lidah mempersoalkan dakwaan Khalid itu.
Tan Sri Shahrir Samad (BN-Johor Bahru) kemudian bangun dan meminta Khalid mengemukakan bukti dan bukan sekadar membuat dakwaan kosong berikutan kes itu sendiri sudah ditangguhkan beberapa kali.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ismail Mohamed Said, kemudian meminta semua pihak bertenang dan tidak meneruskan kekecohan.
Jumaat lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar kerana meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lepas.
Pembangkang pasti akan mereka reka cerita kononnya Anwar di fitnah itu yg admin pm biasa dengar dalam facebook termasuklah dari kejadian hari ini di dalam dewan Rakyat , tapi tak semua orang bodoh dan perlu diingat hanya penyokong taksubnya sahaja yg percaya bulat2 apa yg di ucapkan anwar dan bagi pm mereka ni sebenarnya suka menegakkan benang yang basah.

Bukan semua kes mahkamah yang membabitkan kerajaan akan menang dan begitu juga dengan Anwar yang tidak semua kes mahkamahnya berakhir dengan kekalahan kerana ada banyak juga kes yang dia menang.

Terbaru, dilaporkan, Anwar berjaya dalam kes saman fitnah terhadap pengendali dan pemilik blog Papagomo, berhubung penyiaran artikel dan video seks yang mengaitkan pemimpin itu dengan seorang lelaki, tahun lalu dengan mendapat RM800,000 sebagai ganti rugi selain awal tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepadanya dalam kes saman fitnah RM50 juta ke atas Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC pada tahun sebelumnya.
Sebelum itu, pada Jun 2012, Anwar turut menang kes saman fitnah yang dibawa ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Dengan banyak kes yang telah Anwar menang adakah itu bermakna badan kehakiman masih tidak adil sedangkan realitinya Anwar yang enggan berpijak di bumi nyata dan cuba menafikan asas dalam sistem kehakiman iaitu yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar.
Perlu diingat badan kehakiman adalah badan yang bebas tanpa ada pengaruh dari mana-mana pihak sekalipun kerajaan yang memerintah malah kedudukan hakim itu sendiri ditentukan oleh Perlembagaan negara yang hanya boleh terlucut melalui tiga cara iaitu meninggal dunia, tidak sihat atau tidak boleh menjalankan fungsi dan telah melakukan jenayah atau melanggar undang-undang.

Struktur kehakiman di negara kita menjamin bahawa hakim itu kebal untuk laksanakan tanggungjawabnya yang mesti menegakkan keadilan without fear or favor sementara tuduhan Anwar adalah berasaskan agenda peribadinya sendiri.
Persidangan Dewan bersambung esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan