Isnin, 31 Mac 2014

ZULKIFLI BIN NORDIN : KARPAL GANTUNG DIRI?

Saya merujuk kepada kenyataan Karpal Singh pada 29.03.2014 yang menyebut bahawa dia menggantung sendiri jawatannya sebagai Pengerusi DAP berkuatkuasa serta-merta sehingga tamat semua proses rayuan kes sabitan hukuman RM4,000-00 yang dikenakan keatasnya oleh Mahkamah Tinggi pada 14.03.2014 atas kesalahan menghina dan menghasut kedudukan Tuanku Sultan Perak.

Alasan yang diberikan kononnya dia telah disabitkan dengan kesalahan jenayah menghasut kedudukan Tuanku Sultan Perak dan di hukum denda RM4,000-00; maka dia tidak layak menduduki apa-apa jawatan dalam politik.

Saya berasa agak pelik dengan kenyataan Karpal Singh ini kerana sebab-sebab berikut:

1. Mengapa hanya selepas 18 hari baru Karpal buat kenyataan ini, sedangkan hukuman sudah dijatuhkan pada 14.03.2014? Dan pengumuman Karpal ini dibuat bersamaan dengan hari Anwar Ibrahim yang juga anakguamnya memfailkan Borang Permohonan menentang isterinya Wan Azizah sebagai Presiden PKR dalam pemilihan PKR Mei depan?

2. Kedudukan Karpal sebagai Pengerusi DAP masih belum diiktiraf ROS kerana aduan rasmi yang dibuat oleh ahli DAP yang mempertikaikan keputusan Mesyuarat Agong Khas DAP. Oleh itu tidak timbul soal penggantungan jawatan yang tidak ujud!

3. Karpal masih didalam proses rayuan ke Mahkamah Rayuan;

4. Mengapa Karpal hanya menggantung jawatan sebagai Pengerusi DAP dan semua jawatan parti? Bagaimana pula dengan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Menghormati prinsip konsistensi, bermakna Karpal sewajarnya menggantung semua jawatan sebagai Ahli Parlimen dan apa-apa jawatan politik berkaitan dengannya termasuk menduduki mana-mana Jawatankuasa Terpilih Parlimen;

5. Apa pun, saya rasa adalah lebih baik Karpal menasihatkan anakguamnya Anwar Ibrahim supaya tidak bertanding jawatan Presiden PKR menentang isteri sendiri dalam pemilihan PKR Mei ini.

Ini adalah kerana kedudukan Karpal dan Anwar sama sahaja; iaitu dua-duanya adalah penjenayah yang sudah disabitkan kesalahan oleh Mahkamah dan dihukum.

Karpal disabit kerana menghasut kedudukan Tuanku Sultan Perak dan dihukum denda RM4,000-00; manakala Anwar sendiri telah disabitkan dengan kesalahan meliwat stafnya Saiful dan dihukum penjara 5 tahun. Dan kedua-duanya dalam proses merayu terhadap hukuman masing-masing.

Jadi logiknya kalau Karpal rasa dia wajib menggantung sendiri jawatannya sebagai Pengerusi DAP, sepatutnya Anwar juga tidak boleh bertanding jawatan Presiden PKR!

Saya berharap Karpal jangan jadi cakap tak serupa bikin sebagaimana pada 22 Okt 1997 apabila dia mendakwa Anwar peliwat, tetapi tiba-tiba sekarang menjadi lawyer Anwar bagi kes meliwat pula!

Sebagai rakan sekutu dan juga peguam Anwar, sewajarnyalah Karpal menasihatkan Anwar untuk menarik balik permohonan untuk menentang Presiden PKR yang juga isterinya!

Wallahua’lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias.
 
 Zulkifli Bin Noordin
Ahad
28 J'Awal 1435
30 Mac 2013

#MH370 : Akaun Twitter palsu anak Ketua Pramugara

maira-elizabeth-nariDIKALANGAN keluarga penumpang pesawat MH370, Maira Elizabeth Nari boleh dikatakan waris yang paling aktif di Twitter.
Maira yang merupakan anak perempuan kepada ketua pramugara, Andrew Nari rajin berkongsi perasaan dan berita tentang insiden MH370 melibatkan bapanya.
Bagaimanapun bagi yang biasa yang mengikuti perkembangan Maira menerusitwithandle @Gorgxous, anda akan dapati akaun tersebut tidak lagi aktif.
Sebaliknya Maira kini menggunakan twithandle baru iaitu @MairaElizxbeth_. Keputusan ini dipercayai kerana Maira terasa hati apabila dia menerima kata-kata berunsur kebencian sebelum ini di Twitter lama.
Kini akaun baru Maira mempunyai 3,546 pengikut dan dipercayai akan terus meningkat.

Pada masa sama, Maira dilihat menegur seseorang yang menggunakan twithandle @Gorgxous1 kerana berlagak seolah-olah dia adalah Maira termasuk menggunakan gambarnya dan membalas pertanyaan pengikut seolah-olah dia adalah Maira sebenar.
Pelik juga perangai sebilangan manusia ini ya?

Boleh buat-buat macam tak bersalah dan sanggup berlakon jadi orang lain semata-mata mahukan perhatian. Sedih..

MH370: Tony Abott pertahan pengumuman DS Najib

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Australia Tony Abbott mempertahankan pengumuman rakan sejawatannya dari negara ini Datuk Seri Najib Razak bahawa penerbangan MH370 “berakhir” di Lautan Hindi.
Pengumuman tersebut, yang dipersoalkan oleh waris penumpang di China, merupakan kesimpulan dari sejumlah besar bukti, kata Abbot seperti dipetik dalam laporan akhbar Telegraph.
“Himpunan bukti menunjukkan pesawat tersebut hilang dan ia hilang di satu tempat di selatan Lautan Hindi.
“Itu adalah gelombang bukti yang amat besar dan saya rasa Perdana Menteri Najib Razak amat berhak membuat kesimpulan itu, dan saya fikir sebaik kesimpulan itu dibuat, beliau bertanggungjawab mengumumkannya,” katanya seperti dipetik dalam laporan tersebut.
Para waris penumpang dari China mula tiba di negara ini untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut dan untuk mendengar permohonan maaf dari Najib atas pengumuman tersebut.
najib mh3702Mereka meminta agar diadakan satu sesi taklimat bagi menjelaskan kepada semua anggota keluarga penumpang terutamanya dari China bukti pesawat Malaysia Airlines MH370 berakhir di Lautan Hindi.
Tuntutan tersebut disuarakan oleh kira-kira 30 anggota keluarga penumpang yang tiba dari China hari ini.
Mereka berharap taklimat tersebut dapat diadakan secepat mungkin dengan bantuan Kedutaan Besar China di Malaysia.
Wakil daripada anggota keluarga penumpang, yang hanya mahu dikenali sebagai Jiang Hui, berkata walaupun pelbagai taklimat serta penjelasan telah diadakan di China, namun mereka masih tidak jelas dan mahukan data lengkap terutamanya daripada pakar.
mh370 crying“Selama 22 hari menunggu, jawapan yang kami dapat daripada pihak MAS di sana (China) adalah terhad…Semuanya perlu dirujuk terlebih dahulu kepada kerajaan Malaysia untuk membuat sebarang kenyataan kepada kami.
“Oleh itu kami membuat keputusan datang ke Malaysia untuk mendapat lebih banyak maklumat mengenai insiden ini, terutamanya daripada pakar penerbangan seperti Rolls Royce dan Syarikat Boeing, selain daripada kerajaan Malaysia dan MAS,” kata lelaki itu kepada pemberita.

Video seks: Lima ADUN DAP minta maaf pada bekas Speaker Perak

Ingat lagi bagaimana bekas Speaker DUN Negeri Perak Datuk R.Ganesan dimalukan oleh beberapa orang wakil rakyat DAP yang didakwa terbabit dengan skandal seks pada akhir tahun 2012?.
Berita itu disiarkan oleh kebanyakkan  media cetak. Masyarakat India di Lembah Kinta terkejut dengan laporan tersebut kerana mereka mengenali Ganesan sebagai seorang yang lemah lembut dan seorang gentleman.
Lebih mendukacitakan laman-laman blog pro pembangkang mensensasikan isu ini sehingga Ganesan, ketika itu sedang mempengerusikan sidang DUN diaibkan.
Konon Ganesan didakwa mempunyai hubungan dengan seorang wanita serta adegan panas itu dirakam ke dalam cakera video digital (DVD) sebelum ia dihantar ke pejabatnya. Selain menafikan dakwaan itu, Ganesan membuat laporan polis.
Agak ironi ADUN Tronoh ketika itu, V.Sivakumar dan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam membuat laporan polis, selepas mereka menerima satu sampul surat berisi dokumen dua muka surat diambil dari blog dan satu DVD. Ia mengenai skandal seks seorang lelaki dikaitkan dengan Ganesan dengan seorang wanita tidak dikenali.
Lebih memalukan ialah ketika pembangkang mempermodalkan isu panas ini,beliau ialah Speaker DUN Perak serta dilihat mempunyai masa depan cerah dalam politik MIC dan politik nasional.
Menjelang sidang DUN Perak hari ini, lima wakil rakyat DAP meminta maaf secara terbuka kepada Ganesan. Mereka terdiri dari V.Sivakumar, A.Subramaniam, Ngeh Koo Ham,Nga Kor Ming dan Lim Pek Har.
Ini adalah rentetan dari keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh mendapati Ganesan tidak terlibat dalam sebarang skandal yang mereka dakwa itu.
Ketika membuat keputusan (20 Jan. 2014),Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Harmindar Singh Dhaliwal memutuskan Ganesan  tidak terlibat dalam skandal seks seperti didakwa defendan.
Hari ini juga kepuasan  dapat dilihat diwajah Ganesan apabila kelima-lima ADUN DAP itu membacakan keputusan mahkamah bagi permohonan maaf berkenaan. Ia adalah atas perbuatan mereka terhadap sindiran negatif dan memalukan terhadapnya. Selain speaker,Ganesan merupakan seorang peguam.
Malangnya hari ini Ganesan tidak lagi dikekalkan sebagai speaker,Tempatnya digantikan dengan Datuk SK Devamany, yang juga Naib Presiden MIC.
Untuk rekod juga,kelima-lima wakil rakyat DAP itu memberi jaminan tidak menerbit atau mengulangi perkataan yang ditetrbitkan tempohhari.-31/3/2014 OLEH YUSOF HARUN

4 objek berwarna dianalisis

71395573113_freesizePerth: Pihak berkuasa Australia akan menganalisis empat objek berwarna oren berukuran 2 meter panjang yang dikesan pesawat Australia, lapor CNN.
Pesawat Australia yang mengesan empat objek itu sudah merakam gambar dan menghantar koordinat namun belum disahkan ia milik MH370.
Leftenan Russell Adams berpendapat rakaman objek itu sebagai petunjuk yang meyakinkan. – CNN

Sepuluh tahun tidak diselenggara

SUNGAI BESAR – Kira-kira 10 orang penduduk Taman Gembira Sungai Besar diancam bau busuk setiap hari berikutan longkang utama hadapan rumah mereka tersumbat dan berbau akibat tidak pernah diselenggarakan pihak berwajib sejak lebih 10 tahun lalu.

Penduduk, Chia Lee Seng, 49, berkata, bau busuk itu berpunca daripada air kumbahan longkang rumah penduduk yang tidak berfungsi dengan baik akibat tersumbat kerana tidak pernah diselenggarakan pihak berwajib.

Menurutnya, keadaan itu sudah tentu meresahkan penduduk yang terpaksa menghidu bau busuk longkang hadapan rumah mereka setiap hari hingga meloyakan tekak setiap kali ingin menjamah makanan.

“Longkang ini dah lama tak dicuci dan keadaannya amat teruk. Kami minta pihak berwajib pandang serius keselesaan kami yang dihimpit masalah pencemaran bau yang amat kuat,” katanya.

Lee Seng berkata, masalah itu seharusnya ditangani segera oleh pihak berwajib memandangkan keadaan air longkang itu juga berubah warna kehitam-hitaman dan memerlukan tindakan proaktif dalam menanganinya.

“Kami mahu agar pihak berwajib mengambil langkah positif dengan mengenal pasti punca dan membersihkan longkang berkenaan demi keselesaan kami di sini,” katanya.

Ketua khidmat Pemuda MCA Dun Sungai Besar, Tang Peng Hoon, berkata, penduduk bukan saja berdepan masalah bau busuk, malah mereka bimbang jika takungan air tersumbat itu menjadi sarang pembiakan nyamuk.

“Kami bimbang longkang ini dijadikan tempat nyamuk membiak dan dikhuatiri penghuni di sini akan diserang pelbagai jenis penyakit termasuk demam denggi,” katanya.

Beliau berkata, pihak berwajib tidak boleh lepas tangan dalam soal kebersihan dan meminta agar satu jadual disusun bagi membersihkan semula longkang tersumbat termasuk kerja mendalam parit berhampiran.

“Air longkang ini akan dibuang ke parit utama dan jika alirannya tak lancar, mungkin parit pembuangan berhampiran perlu didalamkan lagi untuk melancarkan aliran air,” katanya.

Sementara Adun Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi berkata, pihak berkaitan diminta lebih peka dengan aduan yang disuarakan penduduk terbabit.

"Adalah lebih baik agar pihak berwajib dan penduduk mengadakan perbincangan untuk menangani masalah itu bagi mengembalikan persekitaran bersih tanpa diganggu dengan pencemaran bau tersebut.

“Kita harap perkara ini dipandang serius oleh pihak berwajib kerana masalah ini bukan baharu sehari dua berlaku, tapi saya difahamkan sudah lama tidak dibersihkan,” katanya.-SH

Mualaf sepatutnya nikmati hak istimewa orang Melayu, kata bekas hakim

Golongan mualaf di negara ini sewajarnya diberi hak istimewa sebagaimana yang dinikmati orang Melayu di bawah Perlembagaan Persekutuan, kata Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah (gambar), semalam.
Mohd Nor yang juga penaung Persatuan Darus Sa'adah Negeri Sembilan, sebuah persatuan Mualaf, berkata ini kerana kedudukan mualaf adalah sama dengan ciri-ciri takrifan yang diberikan oleh perlembagaan kepada orang Melayu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa ini ramai di antara saudara baharu ini disisihkan daripada menerima manfaat tersebut oleh sesetengah pegawai kerajaan yang menganggap mereka sebagai bukan Bumiputera."Hak istimewa orang Melayu itu termasuk peluang membeli tanah rizab Melayu, Amanah Saham Bumiputera dan menikmati kuota untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi dan sebagainya.
"Peluang yang diberikan kepada golongan mualaf itu tidak bermakna merampas hak orang Melayu, tapi sebaliknya ia bakal membesarkan kek ekonomi dan sosial kepada umat Islam di negara ini.
"Mereka (golongan mualaf) ini adalah 'orang Melayu istimewa' yang dicipta sendiri oleh Perlembagaan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-23 persatuan itu di Seremban. - Bernama, 31 Mac, 2014.

Objek dikutip tiada kaitan dengan MH370

KUALA LUMPUR - Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan MH370 yang hilang pada 8 Mac.
   
Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam tadi, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.
   
Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat di kawasan pencarian terus melaporkan penemuan objek serupa seperti yang dilaporkan sebelum ini.
   
Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.
   
Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.

Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
   
Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.
   
Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.
   
Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.
   
Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.
   
Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth hari ini selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.
   
Operasi pencarian bersambung hari ini. - Bernama

Ahad, 30 Mac 2014

Henti sebar gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia,Kononnya 529 penyokong Mursi

Henti sebar gambar palsu 529 penyokong MursiSHAH ALAM - Sejak minggu lalu, puluhan laman web dan blog menyebarkan beberapa gambar dan fakta palsu mengenai 529 penyokong presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi.

Pada 25 Mac lalu, Mahkamah Mesir menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap penyokong pemimpin itu termasuk Mursyidul Am  Ikhwanul Muslimin, Mohammed Badie namun hukuman terbabit masih belum dilaksanakan.

Jurucakap Ikhwanul berpangkalan di London Abdullah el-Haddad menerusi wawancara dengan BBC berkata, hukuman terbabit hanya satu 'gertakan' atau mesej ancaman bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa tentera Mesir kebal dan negara itu kini dalam tempoh melaksanakan pemerintahan diktator.

“Hukuman ini mungkin satu ancaman dan keputusan mahkamah akan berubah selepas rayuan dibuat,” katanya.

Dalam kenyataan sebelum ini, beliau turut mengetengahkan trend ‘Mesir Baharu’ iaitu pemerintahan diktator yang mungkin diamalkan selepas Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi dilantik menjadi Presiden.

Bagaimanapun, penyebaran gambar dan maklumat palsu terbabit mencetuskan situasi cemas bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

Gambar jenazah siap dikafan dan foto seorang lelaki berbaju biru tersenyum ketika digantung dikhalayak ramai yang disebarkan sejak Rabu lalu adalah bukanlah gambaran sebenar hukuman gantung terhadap 529 penyokong Mursi.

Ia adalah gambar penduduk Syria ketika diserang dengan senjata kimia pada Ogos tahun lalu.

KEMENAGAN BESAR BARISAN NASIONAL DI BALINGIAN SEBAGAI TANDA POSITIF UNTUK KITA BERUSAHA DENGAN LEBIH GIGIH DI MASA AKAN DATANG

Tahniah di ucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang bersama sama memastikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian dengan kemenangan penuh bergaya apabila calonnya Yussibnosh Balo menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Jalil Bujang dengan majoriti 6,911 undi.
Dengan kemenangan ini sedikit sebanyak dapatlah mengubat kekalahan Barisan Nasional di Kajang namun disana juga kita berjaya mengurangkan Mejoriti asal tetapi di Balingian pm tengok pembangkang nampak merosot undinnya dan ini amat positif di masa masa akan datang khususnya pada Pru14 akan datang
Yussibnosh yang merupakan bekas Pegawai Daerah Dalat memperoleh 8,194 undi manakala Abdul Jalil hanya memperoleh 1,283 undi.
Majoriti diperoleh Yussibnosh itu juga meningkat berbanding 5,154 undi yang diraih penyandang kerusi berkenaan, bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-10 pada tahun 2011.
Keputusan berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Balingian, Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mesra di sini, pukul 7.45 malam tadi.
Kekalahan Abdul Jalil yang bukan anak tempatan Balingian pula merupakan kekalahan kali kedua selepas beliau tewas ketika bertanding di DUN Jepak pada PRN 2011.

Pas diminta bentang draf undang-undang hudud bukannya asik menipu untuk keuntungan politik sahaja.

Pemimpin Pas digesa membentangkan draf undang-undang hudud untuk dibentangkan di Parlimen jika benar-benar mahu menyaksikan satu perubahan besar dalam pelaksanaan undang- undang Islam di negara ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, untuk tujuan tersebut, Pas boleh menggunakan draf undang-undang Kelantan dan Terengganu untuk diperhalusi dan dibahaskan.

“Kita boleh tengok sama ada mereka (pembangkang) benar- benar mahu melaksanakannya atau sekadar menjadikan sebagai modal politik menjelang pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Program Jejak Menara anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di Universiti Sains Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa sekiranya Kelantan bersedia laksanakan hukum hudud,  Kerajaan Pusat juga bersedia bersama-sama, tetapi perlu dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu.

Asyraf berkata, Kerajaan Pusat yang ditunjangi Umno tidak pernah menolak usaha memperkasakan undang-undang berteraskan Islam termasuk pelaksanaan hudud malahan bersedia memainkan peranan aktif.

“Kerajaan sentiasa peka keperluan melaksanakan undang-undang berteraskan Islam malah komitmen itu dinyatakan dengan tegas serta diulangi Jamil Khir di parlimen baru- baru ini.

“Kenyataan beliau (Jamil Khir) amat jelas bahawa kerajaan tidak pernah menolak hukum hudud sebagai hukuman ALLAH. Cuma dari pelaksanaannya ia memerlukan sokongan semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik,” katanya.

Beliau berkata ahli parlimen beragama Islam perlu bersatu untuk memikirkan cara hudud direalisasikan.

Sehubungan itu, katanya, semua Ahli Parlimen beragama Islam perlu bersatu untuk menyokong langkah berkenaan dan mengetepikan perbezaan fahaman politik agar syiar dan undang-undang Islam dapat dilaksanakan di negara ini.

Jumaat, 28 Mac 2014

Azizul dipenjara 10 bulan, Shalwati 14 bulan

KUALA LUMPUR - Mahkamah Daerah Solna di Stockholm menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan ke atas Pegawai Tourism Malaysia di Sweden Azizul Raheem dan 14 bulan terhadap isterinya, Shalwati Norshal kerana mendera anak-anak mereka pada Disember tahun lepas.

Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (Sukaguam) Datuk Khairul Anwarm Rahmat, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan perkara itu.

Katanya, beliau dimaklumkan perkara itu oleh wakil Sukaguam yang hadir di mahkamah ketika prosiding jatuh hukum terhadap pasangan berkenaan pada kira-kira 6 petang (waktu di Stockholm 11 pagi).

Khairul berkata pasangan itu berdepan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum enam tahun dan berdasarkan perkembangan terkini, mereka dijangka bebas hujung tahun ini.

Kedua-duanya ditahan reman sejak 18 Disember lepas.

Beliau berkata Sukaguam akan menasihati anggota keluarga serta kerajaan Malaysia untuk mengemukakan rayuan.

Khairul berkata di bawah undang-undang Sweden, Azizul dan Shalwati mempunyai tempoh tiga minggu untuk memfailkan rayuan.

Shalwati dan Azizul didakwa mengasari dan mencabuli integriti anak-anak mereka dengan memukul serta mendera kanak-kanak terbabit di kediaman pasangan itu di SpÄnga antara 15 September 2010 dan 17 Disember 2013.

Shalwati, seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji, dan suaminya ditahan reman selepas memukul tangan seorang anak mereka kerana tidak bersolat.

Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, yang sebelum ini ditempatkan di bawah jagaan keluarga angkat bukan beragama Islam di Sweden kerana kes itu, telah diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm pada 30 Januari lepas.

Kesemua anak pasangan itu pulang ke Malaysia pada 31 Jan lepas dan kini dijaga oleh bapa dan emak saudara mereka di Kelantan. - Bernama

Ucapan penuh Najib di Manila


Presiden Filipina Benigno Aquino (kedua dari kanan, baris kedua) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan MILF hari ini di Istana Malacanang, Manila.
Presiden Filipina Benigno Aquino (kedua dari kanan, baris kedua) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan MILF hari ini di Istana Malacanang, Manila.
Berikut teks ucapan penuh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di majlis menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) penuh bersejarah, yang beliau saksikan di Manila hari ini:
  
"Tuan Yang Terutama Benigno S Aquino III, Presiden Filipina
   
Tuan Yang Terutama Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF)
   
Puan Yang Terutama Teresita Quintos Deles, Penasihat Presiden mengenai Proses Damai.
   
Yang Berhormat Menteri-menteri
   
Pengerusi Panel Perdamaian Filipina/Pengerusi Panel Perdamaian MILF
   
Dif-dif Kehormat, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian
   
Hari ini, kita menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro. Ia merupakan perjanjian damai yang mengambil masa beberapa dekad untuk menjadi kenyataan.
   
Dengan menandatangani perjanjian ini, kedua-dua pihak tidak lagi melihat kepada masalah masa lalu, tetapi apa yang dijanjikan pada masa akan datang. Setelah bertahun-tahun wujudnya konflik, dan banyak jiwa yang menjadi korban, ini merupakan suatu detik yang lahir daripada keberanian. Dan ia akan mengubah sejarah negara mereka untuk selama-lamanya.
   
Dengan menyertai proses damai ini, Barisan Pembebasan Islam Moro telah membalas kembali kepercayaan yang diberi kepadanya oleh rakyat. Melalui rundingan yang diadakan dengan penuh keikhlasan, Kerajaan Filipina mengesahkan hak Bangsamoro untuk menentukan nasib mereka sendiri.

Kedua-dua pihak telah berkorban agar rakyat di selatan Filipina dapat menjalani kehidupan secara bebas, bebas daripada keganasan yang telah memisahkan banyak keluarga. Bebas daripada penderitaan yang disebabkan oleh konflik selama beberapa dekad. Bebas daripada ketakutan.
  
Dalam lembaran perjanjian ini, kita melihat janji untuk masa depan yang lebih cerah.
   
Masa depan apabila bilik darjah akan dipenuhi ketawa riang, bukan lagi bunyi tembakan. Apabila pemuda memerangi kemiskinan, bukan sesama sendiri. Apabila rakyat berganding bahu membina konsensus dan identiti baharu: Bangsamoro.
   
Perpaduan tidak boleh dicapai dalam tempoh semalaman. Selepas bertahun-tahun, tiada jalan pintas dan mudah untuk mencapainya. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan dan akan terdapat halangan yang menantinya. Bagaimanapun, komitmen terhadap keamanan – komitmen yang saya nampak terdapat di dalam dewan ini – tidak boleh sekali-kali menjadi goyah. Kita perlu cekal dan tabah.
   
  
Tuan-tuan dan Puan-puan,
   
Kedua-dua pihak telah meninggalkan konflik sebelum ini di belakang mereka, tetapi kita perlu perkuatkan diri kita untuk menghadapi cabaran baharu. Setelah berakhirnya konflik, maka kerja sukar untuk mewujudkan pembangunan pun bermula. Kita perlu beri makna baharu kepada kehidupan yang pernah dilanda keganasan.
   
Peperangan selama beberapa dekad telah merampas daripada satu generasi penjagaan kesihatan, pendidikan, pendapatan. Perdamaian bukan sahaja sepatutnya membawa kemakmuran, tetapi juga peluang. Hanya dengan itu, masa depan Bangsamoro akan terjamin.
   
Dua tahun lepas, saya berjanji kepada Presiden Aquino bahawa Malaysia akan terus membantu untuk mewujudkan pembangunan. Kami sedia menolong membina institusi, memperkemaskan pendidikan, menambah baik bidang pertanian. Janji terus kekal, selagi ia diperlukan. Malaysia akan tetap menjadi rakan bagi keamanan.
 
Keyakinan kami terhadap kerjasama merentasi sempadan diperkukuhkan lagi oleh tragedi yang berlaku. Kehilangan 239 orang yang menggunakan Penerbangan MH370 adalah sesuatu yang amat menyedihkan.
   
Malaysia berterima kasih atas sokongan yang diberi oleh rakan-rakan dan jiran kami, termasuk Filipina, dalam usaha mencari yang hingga kini masih diteruskan. Dalam waktu yang menyulitkan ini, kami mendapat kekuatan daripada respons penuh ihsan yang diterima daripada negara sahabat kami.
  
Tuan-tuan dan Puan-puan,
   
Perjanjian ini memberi jaminan terhadap hak rakyat Bangsamoro dan kedaulatan Filipina. Kami berharap rakyat Bangsamoro akan bekerja seiring dengan Kerajaan Filipina dan MILF untuk memastikan kejayaannya.
   
Komitmen terhadap perdamaian ini terikat kukuh. Ia mesti dipenuhi dan dilindungi. Semua pihak perlu berpegang pada semangat dan kandungan perjanjian ini. Kita perlu berusaha untuk memastikan wujudnya rasa hormat terhadap agama dan menghayati prinsip tidak melakukan keganasan. Kita perlu lindungi hak asasi manusia, menjunjung tinggi keluhuran undang-undang dan mengamalkan kesederhanaan.
   
Hanya dengan penyelesaian yang dicapai melalui rundingan, perdamaian berkekalan akan dapat dinikmati. Dan hanya tadbir urus yang baik boleh memastikan tercapainya cita-cita yang semua kita kongsi bersama: Bangsamoro yang kuat dan makmur.
   
Saya yakin Kerajaan Filipina akan terus bekerjasama dengan Barisan Pembebasan Islam Moro untuk menyediakan deraf Undang-undang Asas Bangsamoro. Sokongan semua pihak adalah amat diperlukan sekiranya kita mahu melihat ia diluluskan Kongres Filipina dan dalam pungutan suara yang diadakan di Bangsamoro.
 
Tuan-tuan dan Puan-puan,
    
Saya ingin memberi penghormatan khas kepada Presiden Aquino kerana komitmen padu beliau terhadap keamanan di selatan Filipina.
   
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Tuan Yang Terutama Al Haj Murad Ebrahim, Pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro kerana kepimpinan kukuh beliau dalam proses damai ini.
   
Penghargaan paling tinggi kami ditujukan kepada para perunding utama dan pasukan perunding mereka, terutama Prof Miriam Coronel-Ferrer dan Tuan Mohagher Iqbal, serta sumbangan penting Tengku Dato’ Ab Ghafar Tengku Mohamed, pemudah cara dari Malaysia.
   
Saya juga ingin memberi penghargaan kepada semua pihak dalam Kumpulan Hubungan Antarabangsa - para wakil dari Jepun, Arab Saudi, Turki dan United Kingdom; dan para wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan Antarabangsa daripada Centre of Humanitarian Dialogue, Conciliation Resources, Muhammadiyah dan Asia Foundation, serta pemerhati daripada Pertubuhan Kerjasama Islam.
  
Tidak ketinggalan juga, saya mengucapkan terima kasih kepada kontinjen Malaysia, kontinjen Pasukan Pemantau Antarabangsa, yang telah menyumbang kepada keamanan berkekalan di Selatan Filipina. Malaysia berbangga kerana dapat memainkan peranannya dalam proses ini. Apa yang kami harapkan hanyalah keamanan dan kemakmuran akan dapat dinikmati saudara kami – di Bangsamoro dan di Filipina.
   
Proses damai ini telah mengukuhkan lagi ikatan kepercayaan yang wujud antara negara kita. Sambil kita mengharapkan masa depan yang lebih cerah untuk Bangsamoro, saya berikrar Malaysia akan terus memberi sokongannya. Kami akan meneruskan peranan kami sebagai Pemudah Cara Pihak Ketiga dan akan terus bekerja melalui Pasukan Pemantau Antarabangsa di Mindanao.

Tuan-tuan dan Puan-puan,
  
Saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan memberi penghormatan terhadap usaha luar biasa yang dilaksanakan hingga membolehkan perjanjian ini ditandatangani.
   
Sepanjang perjalanan proses damai ini, kedua-dua pihak telah berusaha dengan sedaya upaya mereka agar rakyat Bangsamoro dapat menikmati dividen daripada keamanan yang tidak terkira banyaknya. Semoga mereka akan berusaha, belajar dan bangun kembali.
   
Empat puluh tahun lepas, kegelapan melanda Mindanao. Dalam perjuangan yang memakan masa selama satu generasi, 150,000 nyawa menjadi korban.
  
Hari ini, kita berpaling ke arah cahaya. Hari ini menjadi milik Filipina dan Bangsamoro.
   
Terima kasih.

Filipina, MILF tandatangani perjanjian bersejarah

Presiden Filipina Benigno Aquino (kedua dari kanan, baris kedua) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan MILF hari ini di Istana Malacanang, Manila.
Presiden Filipina Benigno Aquino (kedua dari kanan, baris kedua) dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dengan MILF hari ini di Istana Malacanang, Manila.
KUALA LUMPUR- Kerajaan Filipina (GPH) dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) hari ini membuka lembaran baru bagi hubungan mereka sebelum ini yang ditandai dengan permusuhan dan sikap saling tidak mempercayai apabila mereka duduk semeja untuk menandatangani Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro (CAB) bagi membuka jalan ke arah mencari penyelesaian politik di Mindanao.
Perjanjian penuh bersejarah yang diusahakan Malaysia ini berlangsung di perkarangan Istana Malacanang serta turut dihadiri Presiden Filipina Benigno Aquino III dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Rundingan damai dengan MILF, yang bermula pada 1997, bertujuan menamatkan pemberontakan di wilayah selatan Filipina sejak tahun 1970-an, yang sehingga kini telah meragut lebih 100,000 nyawa.
Malaysia bertindak sebagai pemudah cara pihak ketiga dalam proses damai ini, dengan Kuala Lumpur mula menyertainya pada 2001.
Perjanjian damai GPH-MILF bermatlamat mewujudkan satu entiti politik berperintahan sendiri dikenali sebagai Bangsamoro, yang akan mempunyai lebih banyak kuasa politik dan ekonomi.
Entiti baru ini akan menggantikan Wilayah Autonomi Islam Mindanao, sejajar dengan Undang-undang Asas Bangsamoro, yang akan diluluskan Kongres Filipina dan disahkan penduduk terbabit. – Bernama

#PRK-BALINGIAN Adenan Satem: BN akan kota janjinya kepada rakyat

imageMUKAH – Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat dan tidak akan lari daripadanya.
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberikan jaminan itu sebelum menyampaikan 246 hakmilik tanah di Kampung Sesok di sini hari ini.
Beliau juga berada di sana berkempen untuk calon BN, Yussibnoh Balo yang berhadapan calon Parti Keadilan Rakyat Abdul Jalil Bujang pada pilihan raya kecil (PRK) Balingian Ahad ini.
PRK Balingian diadakan selepas penyandangnya Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga bekas Ketua Menteri melepaskan kerusinya untuk menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak.
“BN tidak seperti pembangkang yang membuat bermacam-macam janji kepada rakyat tetapi tidak berupaya mengotakannya”, katanya.
Adenan berkata:”Walaupun kami belum menunaikannya 100 peratus, kami akan terus mengotakannya tidak hanya semasa musim pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata, Abdul Taib telah berjanji untuk menukarkan status tanah penduduk-penduduk di sana daripada lesen menduduki sementara kepada hakmilik tanah semasa beliau menjadi wakil rakyat mereka.
“Hari ini kami menunaikan sebahagian daripada janji beliau. Kami berharap akan menunaikan yang terakhir penghujung tahun ini,” katanya.
“Tolong sokong Yussibnosh calon kami. Satu undi untuknya adalah satu undi untuk pembangunan dan kemajuan berterusan sementara satu undi untuk calon pembangkang adalah satu undi yang sia-sia.”
Terdahulu, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dalam ucapannya setakat ini sebanyak 44,860 hakmilik tanah untuk kampung tradisi di 282 kawasan di seluruh negeri telah diberikan.
Beliau berkata, ini termasuk 7,261 hakmilik tanah untuk 41 kampung tradisi di Bahagian Mukah.
Mengenai inisiatif kerajaan mengukur kawasan Tanah Hak Adat Pribumi (NCR), beliau berkata ia telah telah dan sedang dilakukan di 418 kawasan di seluruh negeri melibatkan kawasan seluas 700,000 hektar.
Beliau berkata, setakat ini seluas 369,000 hektar di 267 kawasan telah diukur dan untuk tahun ini sasarannya adalah 150,000 hektar. – Bernama