Jumaat, 21 Februari 2014

Kenyataan Tony Pua tentang projek 3B tidak berasas Tapi Kenapa jawab tuduhan sahaja Kenapa Tak Saman sekali ?


Kerajaan sering berlembuat terhadap kebanyakan tuduhan tuduhan melampau dari Pakatan Pembangkang yang semakin hari semakin berani memfitnah Kerajaan dan Admin pm berasa sudah tiba masanya kita meniru pendekatan yang di buat oleh Anwar serta Pakatan Pembangkang yang selama ini menggertak kita menutup mulut jika sekiranya mereka berjaya menyorokkan bukti penuh atas dakwaan yang kita buat,walaupun perkara itu jelas maksudnya apa yg di ucapkan dan di fahami dalam bahasa mudah yakni bahasa kampung seperti anwar sokong Israel ,Nurul Izzah sokong melayu bebas pilih agama dan banyak lagi

Lebih malang lagi akibat kekurangan bukti atau kesalahan beberapa ayat sahaja Utusan dan Akbar yang menyokong Kerajaan telah disaman Pembangkang bagi menggertak Pro Kerajaan supaya jangan cuba membongkar salah laku mereka dan akibat kita tidak bertindak dengan berbuat perkara yang sama mereka beranggapan malah para cybertroper mereka mendabik dada kononnya Utusan berita fitnah yang sering disaman mana kala akbar mereka seperti Harakhah dan sebagainya bersih walhal banyak tuduhan tak berasas pembangkang kita ambil lewa dan gagal mendakwa beliau

Persoalan yang Admin pm nak tanyakan pada Kerajaan cukupkah dengan menerangkan sahaja isu fitnah tu kalau selepas itu banyak lagi tuduhan yg tak berasas nak kita terangkan?walhal jika kita bertegas setiap fitnah seperti yg seperti Tony Pua ni lakukan kita tegas menyaman atau sebagainya supaya mereka takut untuk mengulanginya

Dan perlu diingat Harakah juga bukan sekali terkantoi dalam memburuk burukkan Umno dengan berita fitnah kenapa kita tak tegas menyaman atau sebagainya barulah dapat menunjukkan yang bukti akbar mereka lebih teruk dari Utusan dan sebagainya berita tentang bangla dan gambar gambar yang tidak benar dalam Harakhah sudah banyak terkantoi akan tetapi akibat sikap berdiam diri dan hanya sikap menangkis tuduhan tu sahaja akhirnya merugikan kita

Perkara ini harus di ambil perhatian serius oleh Kerajaan agar ianya tidak menjadi duri dalam daging sebagai punca kepada kebiadapan Pakatan Pembangkang yang selama ini berbangga kononnya pemimpin pemimpin serta berita dari kalangan nya telus walhal sebaliknya

PUTRAJAYA - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dalam satu kenyataan hari ini berkata komen Tony Pua mengenai tender bagi projek loji janakuasa 2,000 MW tenaga lapangan hijau menggunakan arang batu atau Projek 3B, adalah tidak berasas dan hanya spekulasi.


Menurut Kettha, sebaliknya, pemberian tender itu belum pun dibuat dan akan hanya diumumkan tidak lama lagi.

"Suruhanjaya Tenaga akan membuat pengumuman apabila tiba masanya. "Proses adalah ketelusan, sejajar dengan sistem pembinaan kompetitif, yang digunakan dalam pembidaan projek oleh IPP untuk memastikan, antara lain, wujud keadilan dan daya saing," kata kenyataan itu.

Baru-baru ini, Pua, yang juga pengerusi DAP Selangor, melalui blognya berkata beliau bimbang Projek 3B itu akan jatuh ke tangan pesaing terdekat YTL, 1MDB, akibat keputusan tidak adil yang diwarnai pengaruh politik serta akan membebankan rakyat.

Loji berkenaan dijangka memulakan operasinya secara komersial pada 17 Oktober 2017.

Tenaga-China National Machinery Import & Export Corp adalah antara pembida bagi projek itu, di samping 1MDB-Mitsui & Co, Formis Resources, YTL Power International dan Malakoff.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan