Jumaat, 28 Februari 2014

MENTERI BESAR TERENGGANU MENANG SAMAN RM 200,000 TERHADAP ADUN PAS SYED AZMAN,SERTA DEFENDEN MUSTAFA ALI & KETUA PENGARANG HARAKAH AHMAD LUTFI.

GAMBAR INI PULA FITNAH TERBARU HARAKAH KAH KAH PADAN MUKA ?
Selepas Hj Hadi dikatakan di kenakan saman 2juta kini giliran wakil Rakyat Pas pula menerima Nasib yang sama gara gara memfitnah dan melalui sumber sah yg admin pm petik bahawa Mahkamah Tinggi memerintahkan wakil rakyat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga lagi membayar gantirugi am dan ganti rugi teladan berjumlah RM200,000 kepada Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dalam satu kes saman fitnah berhubung artikel berkaitan pembelian uniform sekolah di Terengganu.
    
Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop, yang membuat keputusan itu dalam kamar, memutuskan bahawa Ahmad Said berjaya membuktikan kesnya terhadap defendan.
    
Pada 15 Disember 2011, Ahmad serta dua peniaga, Mek Hawa Abdul Rahman dan Hamie Azreen Ami Nordin, yang mendapat kontrak membekal uniform sekolah serta alat tulis, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan.
    
Selain Syed Azman, mereka menamakan pemilik permit HarakahDatuk Mustafa Ali serta ketua pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd sebagai defendan.
    
Peguam Helmi Hamzah, yang mewakili ketiga-tiga plaintif, memaklumkan pemberita bahawa mahkamah turut memerintahkan defendan membayar RM30,000 sebagai kos kepada Ahmad.
    
Sementara itu, peguam Azhana Mohd Khairuddin yang mewakili kesemua defendan berkata mahkamah bagaimanapun menolak tuntutan Mek Hawa dan Hamie Azreen atas alasan kedua-dua plaintif gagal membuktikan kes mereka terhadap defendan.
    
Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan mereka membayar RM30,000 sebagai kos kepada defendan.
    
Azhana berkata mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan tiga saksi plaintif dan seorang saksi defendan.
    
Ditanya sama ada rayuan akan difail berikutan keputusan mahkamah hari ini, Azhana berkata beliau akan menunggu arahan anak guamnya.
    
Penyataan tuntutan plaintif menyebut Syed Azman memfitnah mereka menerusi artikel bertajuk 'Seleweng RM30 juta Bantuan Sekolah' yang disiarkan Harakah dalam isu bertarikh 11 hingga 13 November.
    
Mereka menuntut gantirugi am, gantirugi khas, gantirugi teruk serta gantirugi teladan selain kos dan perintah injunksi bagi menghalang defendan daripada terus menyiarkan fitnah berkenaan.

KHALED BAKAL AJAR AZMIN ?

Menteri besar Selangor Tan Sri Khaled sebentar tadi berkata telah mendapat restu untuk bertanding dari pimpinan tertinggi PKR menerusi laman Malaysiakini yang admin pm petik sebentar tadi menampakkan yang perbalahan dalam PKR seakan akan menjadi lebih Kritikal.

Nampaknya permusuhan dua seteru antara kedua dua pemimpin ini akan berterusan dan bakal menghuru harakan lagi barisan kepimpinan Pakatan khususnya PKR yang semakin hari semakin bercelaru sesama mereka

Admin pm juga agak tertarik dengan pergolakan antara mereka ini yang seakan akan mereka ini lebih pentingkan kuasa sesama mereka dan jika di congak dan di fikir apakah rasionalnya perkara ini dan bayangkanlah Anwar yang diangkat sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor PUN TIDAK DIBERITAHU mengenai perjanjian air yang ditandatangani kerajaan negeri Selangor dan kerajaan pusat,jelas menunjukkan Anwar penasihat pada nama sahaja gara gara pergolakan antara kedua dua pihak ini 

Bak kata tpm KITA YANG ADMIN PETI BARU2 INI berseluruh dengan sindiran sinis terhadap Anwar dengan berkata "Agak aneh kalau sudah jadi penasihat ekonomi, tak tahu apa yang berlaku di Selangor.

"Maknanya dia tak pernah bagi apa-apa nasihatlah''

Anwar yang juga ketua pembangkang berkata, beliau dan partinyatidak tahu menahu berhubung memorandum persefahaman yangdimeterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat kelmarin.

Katanya, sekalipun beliau dimaklumkan dari masa ke semasa tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu.

APA AKAN JADI SEKIRANYA BENAR2 ANWAR RAMPAS JAWATAN KHALED SELAPAS PERJANJIAN MOU TERSEBUT ?
Memorandum Persefahaman (MoU) penstrukturan semula bekalan air di Selangor tidak boleh diubah sekalipun kepimpinan Selangor bertukar. 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara berkenaan dinyatakan secara jelas dalam MoU yang ditandatangani Rabu lepas. 
Penetapan berkenaan membolehkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan hingga siap mengikut jadual ditetapkan. 
“Kita harap dalam tempoh mungkin 2 tahun setengah lagi atau  seberapa cepat yang mungkin, sumber air baru yang datang dari Pahang ini akan mengalir ke Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur,” katanya selepas melakukan lawatan mesra di Sungai Chua, Kajang. 
Beliau berkata demikian selepas ditanya adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menghentikan Projek Langat 2 sekiranya beliau menang Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, seterusnya mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor. 
Tambah Muhyiddin lagi, perjanjian tetap itu dipersetujui sendiri oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menyedari kemungkian perjanjian itu mungkin diubah atau dihentikan sekiranya kepimpinan negeri Selangor bertukar. 
“Khalid (Tan Sri Abdul Khalid) ini walaupun nampak seperti tidak bijak politik tetapi dia tahu agak pakar, dia tahu apa muslihat Anwar,” katanya 
Selasa lalu, Menteri Tenaga Teknologi Hijau Dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masing-masing mewakili kerajaan pusat dan negeri menandatangani MoU itu di Putrajaya. 
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata Anwar dilihat tidak ikhlas membantu menyelesaikan masalah rakyat kerana tidak mengetahui mengenai perjanjian MoU itu sedangkan dia merupakan Penasihat Ekonomi Selangor. 
“Anwar tidak tahu menunjukkan beliau tidak memberikan nasihat dan hanya mahu 'nama' dan langsung tidak memberi perhatian (masalah air Selangor). 
"Dia (Anwar) sebagai penasihat ekonomi patut ambil langkah menyelesaikan masalah air, dalam soal begini nyata beliau tak ada sumbangan," katanya lagi. 
Sementara itu Presiden MCA Datuk Seri  Liow Tiong Lai berkata tindakan kerajaan negeri Selangor menandatangani MoU itu dilihat mematikan langkah Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempolitikkan isu air di Selangor. 
"Sekarang kita dapat lihat negeri Selangor pun menghadapi kekurangan air dan tidak sepatutnya dia nak teruskan mainkan politik isu air” katanya. 
Jelasnya isu air merupakan sesuatu yang penting dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk menyelesaikannya
Pssstt..Inikah Tahaluf Syiasi yang mereka bangga banggakan ??? jika kita bijak kita nilai jika kita pandai kita selidik,Jika kita prihatin kita tegurkan,Tahaluf Syiasi mereka ni sebenarnya hanya pada nama dan Hakikatnya sahabat pm boleh lah nilaikannya Wallahuaklam..

MALAYSIA KINI JELAS BUKTIKAN HARAKHAH MEMFITNAH ISTERI PM ?

Setelah di Kritik Datuk Zahid Hamidi suatu ketika dahulu Malaysia kini seakan akan sudah berubah dengan berita yang agak baik namun kita akan sentiasa memantau kedua dua portal ini dari masa ke semasa namun bagi berita ini Admin @pm amat memuji tindakan Malaysiakini yg menyiarkan apa yg diucap oleh Isteri Perdana Menteri bukan seperti Harakhah yg jelas memesong kenyataan sebenar

Mungkin ada Hikmah dari pemberian anugerah Media yg diterima baru2 ini erm...apa apa pun jika mereka berubah kearah kebenaran kita wajar menyokongnya akan tetapi dalam Politik segala kemungkinan boleh berlaku jadi admin berpendirian eloklah kita berhati hati dgn berita kedua dua portal ini jelasnya kedua dua portal ni memang terkenal dengan pemesong fakta tegar jadi jgn terpedaya ,kita tunggu dan lihat selepas ini apakah ianya perubahan yg kekal tapi yg pasti Harakah jelas sentiasa cuba membangkitkan kemarahan kita bila setiap berita yg di laporkan sering MERAKAH..MALAYSIAKINI PULA SERING MELOYAKINI ERM ...BUKAN JANJI TAPI PASTI MENIPU HUUUHUUU..SEKADAR PENDAPAT..

Anwar dan Khalid tidak sebulu walaupun se kelambu?

Sepatutnya isu ini tidak timbul jika tidak dicampuri dengan dendam dan ketaksuban berpolitik, skrg yg menjadi mangsa adalah rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam, tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan ketua pembangkang serta mendahulukan kepentingan rakyat di Selangor.
"Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dalam mencari satu penyelesaian meskipun ia (isu air) lama berlarutan.
"Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya hari ini.
Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.
Namun, Anwar memberitahu media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai MoU berkenaan.
Wee berkata dengan termeterainya MoU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid juga menyuntik nafas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk bekerjasama demi menjamin kepentingan rakyat
"Kita mengalu-alukan usaha kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid yang berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat dan ia patut kita puji... sekurang-kurangnya Khalid sedar masalah itu dan perlu penyelesaian segera.
"Sekiranya Anwar ditakdirkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, adakah beliau akan melakukan perkara yang berlainan dari Khalid?
"Siapa lebih layak menjadi Menteri Besar? Biarlah media dan pengundi yang menilai sendiri," katanya. – Bernama, 27 Februari, 2014.

HARAM LAGI BERDOSA MENGUNDI ANWAR IBRAHIM DI PRK KAJANG ?

Resolusi NGO Suara Pondok telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut yang ditulis oleh Ustaz Mohd Syamsul Al Hafiz seorang mudir di Sekolah Tahfiz.dan disini, juga admin @pm berharap kita dapat sama sama memikirkan secara rasional apabila tibanya hari pengundian itu nanti iaitu pada tanggal 23 Mac nanti.

Diharapkan juga semua penyokong pakatan Pembangkang di seluruh Malaysia dapat menerimanya  dengan hati terbuka minda yang lapang dan jiwa yang bersih untuk berfikir kerana walaupun apa jua yang mereka pusing dari apa yang mereka ucapkan lisan dan kefahaman kita jelas segala apa yg diucapkan oleh Anwar jadi pm harap kita muhasabah diri demi agama bangsa dan tanah air yang tercinta .
Tolaklah Anwar Ibrahim kerana @pm anggap sekali pun BN menaruk wakil dari MCA akan tetapi oleh kerana wakil Rakyat yang nak dilantik tu bertanding di kawasan mejoriti cina senang bagi mereka untuk saling berhubung dan seperti yg pm selalu ucapkan di laman2 fb pm bila ada yg cuba bermain dengan isu kononnya cina lawan Mekayu formulanya cukup mudah cuma fikir kuasa tampuk pemerintahan yg tertinggi di dalam parti tersebut

Sekiranya Anwar menang di Kajang suara mejoriti pakatan di pegang oleh DAP tiada gunanya dan sebaliknya juga walau pun MCA menang tapi dasar yang dibawa calon mesti mengikut apa yang tampuk atasan tetapkan seperti kita sedia maklum UMNO merupakan suara mejoriti dalam Barisan Nasional yg menentukan dasar dasar yg akan di bawa jadi jangan terkeliru dengan permainan ini.


Khamis, 27 Februari 2014

SETELAH JUTAAN RINGGIT LESAP BARU MB SELANGOR BERSETUJU LAKSANA LANGAT 2 ? APA KATA PENTAKSUBNYA ?

Pagi yang Indah suasana yang nyaman syukur Alhamdulilah dapat bersua lagi bersama sama rakan seperjuangan dalm memertabatkan Islam tercinta serta Malaysia Negara tercinta,di pagi yang indah ni mood pm agak tercabar bila ada suara suara serta tulisan yang agak melampau kedengaran diucap para Cybertroper pembangkang dan yang paling penting macam biasa pemimpin pemimpin dalam Pakatan Pembangkang di Negara kita

Cerita pagi ni agak panas berkenaan isu air di Selangor yang seperti kita sedia maklum sudah lama berlarutan sejak Pakatan mentakbir Selangor,bohonglah kalau cybertroper mereka nak kata banyak negeri negeri lain pun berlaku masaalah yang sama kerana di Negeri2 lain tak se Kritikal di Selangor dan jika ada pun cuma rasanya di Kelantan.

Malam tadi juga sikap penyokong Pakatan yang kaki ampu begitu bangga kononnya Khaled yg mentandatangani MOU bersama Kerajaan Pusat sebagai langkah bijak Kerajaan Negeri malah MB Selangor juga mengatakan tindakan mereka tepat pada masanya adalah amat mendukacita kan kerana gara-gara penangguhan pembinaan projek Langat 2 yang disengajakan oleh kerajaan negeri Selangor sejak tahun 2008 sebanyak RM606 juta perlu dikeluarkan sebagai kos tambahan.klick tulisan biru untuk melihat fakta ini.

Dan melalui sumber sahabat Bloger pm setakat ini hanya satu pihak sahaja yang membantah MOU yang di tandatangani semalam iaitu Anwar Ibrahim

Commont Brader Khaled sudah terlambat MOU yang dibuat ni bukan masa yang tepat setelah jutaan ringgit kita rugi baru nak kata ini lah masa yang tepat dan setelah Rakyat Negeri Selangor sensara baru nak bersetuju tu bukannya langkah yang tepat Brader...Renung renungkan

Malah semalam nak disambungkan cerita pm sendiri melihat satu Facebooker pembangkang menaikkan status memuji Khaled maka pm pun cuba memperbetulkan persepsi yang cuba mereka lempar maka bukan main meroyan dia heeeheee siap tuduh pm ni macai tapi berhujah dengan seorang pun tak lepas mua tuduh pm ni itu ini sampai bekas Mufti Perlis tu pun dibelanya dengan berkata ni lah yang hentam DR Asri heeeheeee macam bagus hikhikhik sebenarnya bukan hentam bekas Mufti tu cuma saya bersetuju dengan pendapat Mufti Perak sahaja

Undi Pakatan anda akan terjerumus dengan perebutan Kuasa malah agama juga jadi permainan mereka hingga sanggup mengalah dengan DAP jadi Undilah BN anda selamat FIKIR FIKIRKAN sahabat sahabat Fillah pm semua,Sampai ketemu lagi

MB Selangor di Nasihatkan bubar Dun demi menyelamatkan Karier Politiknya

“Tan Sri (Abdul Khalid) mesti menghadap Tuanku untuk bubarkan Dun Selangor sebelum 11 Mac depan, iaitu hari penamaan calon PRK Dun Kajang. Baru kita boleh tengok siapa yang kena terajang,” tulisnya lewat entri blognya, semalam.

Zulkifli berkata, jika tidak berbuat demikian, ada kemungkinan Abdul Khalid akan disingkirkan terus daripada PKR termasuk akan ditekan supaya mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang.

Ini kerana, beliau mendakwa Menteri Besar Selangor itu akan diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang bertarikh 24 Mac 2014 iaitu sehari selepas PRK Dun Kajang.

"Dalam masa terdekat ini, Tan Sri akan disuruh menandatangani satu surat peletakan jawatan sebagai MB. Surat itu akan bertarikh 24 Mac 2014, iaitu sehari selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kerusi Dun Kajang," katanya.

Sehubungan itu, Zulkifli mengingatkan Abdul Khalid berhati-hati dan tidak termasuk perangkap musuh.

"Saya nasihatkan beliau jangan tanda tangan surat itu walaupun digesa. Selepas itu, berkemungkinan beliau akan diminta mengosongkan kerusi Dun Pelabuhan Klang pula," dakwanya.

Zulkifli berkata, jika Abdul Khalid menandatangani surat peletakan jawatan sebagai menteri besar dan beliau kehilangan kuasa, pihak berkenaan dipercayai menekannya mengosongkan kerusi Dun.

"Mereka akan pastikan Tan Sri (Abdul Khalid) tidak ada ruang lagi untuk kembali dalam politik Selangor," katanya.

Menurutnya, Abdul Khalid satu-satunya pemimpin dalam PKR yang boleh menyaingi dan mengancam kedudukan itu dalam PKR.

"Tan Sri boleh memilih melawan. Bukan untuk diri Tan Sri, tetapi untuk Tuanku, rakyat negeri ini dan umat Melayu-Islam

Nasihat itu disuarakan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin yang berkata, itu langkah sebaiknya dilakukan Abdul Khalid yang kini berdepan ancaman akan disingkir daripada PKR.

Syabas peruntuk 30 liter air sehari

imageKUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) memperuntukkan 30 liter air sehari untuk setiap keluarga yang terjejas dengan gangguan bekalan air ketika ini.
Jurucakap Syabas berkata pengguna harus memahami bahawa penyaluran bantuan bekalan air itu hanya untuk kegunaan utama sahaja dan perlu berjimat-cermat menggunakannya.
“Kita tidak boleh memenuhi permintaan semua pihak bagaimanapun lori-lori tangki air kami telah diarahkan untuk menghantar bantuan air mengikut waktu bersesuaian iaitu pada jam 6 pagi dan 8 malam.
“Kadang-kala jika terdapat banyak permintaan, kami akan menghantar juga air pada waktu lewat malam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sebelum ini, orang ramai mendakwa pihak Syabas lewat menghantar bekalan air dan pada waktu yang tidak sesuai sehingga lewat malam, malahan bantuan air yang diberikan tidak mencukupi.
Masalah kekurangan bekalan air di beberapa kawasan di Selangor adalah akibat penutupan dua Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi yang ditutup sejak 28 Januari lepas berikutan pencemaran ammonia di Sungai Langat. – Bernama

Remaja bertudung bangga beritahu kepada umum seronok kena raba dengan Pakwe

bangga-kena-raba
Kadang-kadang terfikir juga, kalau pun usia masih muda takkanlah remaja-remaja sekarang tak boleh fikir sesetengah status boleh menjatuhkan maruah mereka?
Sebabnya, sudah terlalu banyak status bodoh dan mengaibkan yang dikongsikan di laman Facebook namun ia nampaknya tidak memberi pengajaran kepada sebilangan orang untuk ambil pengajaran.
Contohnya status di atas, remaja terlibat begitu bangga bercerita dia baru sahaja diraba boyfriend dan bercadang untuk mengulanginya kerana rasa seronok. Tak padan dengan usia muda dan bertudung pula tu!
Akibatnya, ramailah lelaki yang ambil kesempatan menjual minyak di akaun Facebook remaja tersebut.
Dalam bahasa lain, lelaki jenis hidung belang dapat berasakan di tahap mana akhlak remaja perempuan ini jadi masing-masing pun mencuba nasib kot-kot boleh tumpang sekaki dapat barang free.
Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh juga kalau dah yang perempuan awal-awal lagi dah bagi ‘hint tahap moral dirinya kan? – Sumber

Saman 2 JUTA HJ Hadi: Keluarga Shamsul tetap berkeras – Anwar

Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
KUALA LUMPUR – Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan pihaknya cuba menyelesaikan isu melibatkan saman RM2 juta antara Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tetapi keluarga bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin berkeras mahu meneruskan kes itu di mahkamah.
Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut, namun beliau berkata, pemimpin tertinggi PKR sudah memberikan nasihat supaya isu tersebut diselesaikan.
“Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan,” katanya melalui laman Twitter miliknya hari ini.
Terbaru, PKR melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, pemimpin parti telah mengadakan rundingan dengan plaintif untuk menyelesaikan isu tersebut.
“Kita telah hubungi Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail untuk menyelesaikan isu tersebut dengan pelbagai cara. Kita juga minta untuk tidak teruskan saman terhadap Abdul Hadi.
“Kita ada petunjuk positif untuk selesaikan perkara itu dengan baik daripada Mohd Shamsul,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan Abdul Hadi diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi untuk membayar ganti rugi RM2 juta kepada Mohd Shamsul berhubung kes saman fitnahnya terhadap bekas calon PKR Dun Bukit Besi itu.

Rabu, 26 Februari 2014

Video : Ustaz miliki `kuasa’ untuk tarik duit

ffff
JAKARTA – Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu.
Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.
Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa saktinya.
Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.
Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.
Rakaman video itu bertajuk, ‘HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli’. (UTUSAN)

Ustaz guna sihir rogol gadis

bomoh_rogol-1
BEKASI – Seorang ustaz ditahan oleh polis di sini atas tuduhan merogol seorang gadis berumur 17 tahun yang juga anak muridnya semasa kononnya mengubat gadis itu yang dikatakan terkena sihir.
Ustaz itu, Mulyadi, yang berumur 44 tahun ditahan di Bekasi di Jawa Barat pada Isnin selepas gadis berkenaan membuat laporan polis.
Siasatan awal polis mendapati gadis tersebut yang percaya dirinya terkena sihir telah pergi kepada ustaznya itu untuk mendapatkan pertolongan pada pagi Ahad. Menurut polis, mereka telah saling kenal-mengenali sejak dua tahun lalu.
“Mangsa mendakwa dia terkena ilmu hitam,” kata jurucakap polis Bekasi, Ajutan Komander Siswo seperti dipetik oleh The Jakarta Globe. “Kemudian (Mulyadi) yang juga guru agamanya meminta dia datang untuk rawatan.”
Ustaz itu menjemput gadis itu ke rumahnya yang juga merupakan Sekolah Islam Yayasan Anwarul Istiqomah pada pukul 11 pagi Ahad. Apabila gadis itu tiba, dia mendakwa Mulyadi melakukan serangan seksual di ruang tamu rumah itu dengan merogolnya. Isteri dan tiga anaknya ketika itu tiada di rumah.
“(Dia menyerang) mangsa dengan menutup mulut mangsa dengan tangannya dan (memaksa gadis itu) melakukan hubungan intim,” kata Siswo.
Ustaz itu kemudian menghantar gadis itu pulang. Gadis itu segera membuat laporan polis yang selanjutnya memulakan siasatan.
Mulyadi dituduh mengikut undang-undang perlindungan kanak-kanak dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 15 tahun, lapor Agensi.

Azmin saman Suara Keadilan

imagesKUALA LUMPUR – PKR menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat laporan yang mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menyaman organ parti, Suara Keadilan, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.
Katanya, jawatankuasa lima anggota itu diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nor Manuty.
“Perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat majlis pimpinan pusat (MPP) yang lepas mengenai tulisan saudara Isham Rais dalam Suara Keadilan (SK) yang dikaitkan bernada serangan terhadap beberapa pemimpin,” katanya.
Keputusannya, tambah Saifuddin, MPP menubuhka jawatankuasa lima yang akan berjumpa SK untuk mendapat maklumat mengenainya.
“Apabila selesai tugasnya, jawatankuasa ini akan melaporkan kepada parti (dan) kalau mereka menemui perkara seperti surat guaman, mereka akan mengangkat saranan kepada parti,” katanya dalam satu sidang media pagi tadi.
Menurut Saifuddin, beliau ada mendengar tentang saman tersebut tetapi beliau tidak dapat mengesahkannya kerana tidak melihat sendiri sebarang surat dari firma guaman yang mewakili Azmin.
“Saya dengar begitulah (ada saman)… saya belum tengok surat peguam itu, sejujurnya begitu,” tambahnya.
Berita tentang saman Azmin Ali terhadap SK mula disiarkan laman Free Malaysia Today yang memetik sumber terdekat dengan Azmin bagi mengesahkan perkara itu

Khalid jadi timbalan presiden, ganjaran lepas jawatan MB Selangor?

KHALID_IBRAHIM_100214_TMINAZIRSUFARI_03_540_356_100KUALA LUMPUR- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka mendapat sokongan dan pengaruh Penasihat Parti Keadialan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan beliau bertanding dan menang jawatan timbalan presiden parti itu pada April ini.
Sumber dalaman PKR mendedahkan, ada kecenderungan bahawa Khalid akan memenangi jawatan tersebut sebagai habuan seandainya beliau bersetuju melepaskan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Anwar jika PKR menang Pilihan Raya Kecil Kajang 23 Mac ini.
“PRK Kajang ini hanya platform bagi pemilihan parti April nanti. Ia menjadi medan masing-masing dalam parti untuk membuktikan keupayaan dan kebolehan, “ lapor The Malaysian Insider yang memetik sumber tersebut.
PKR sebelum ini mengesahkan jawatan Presiden bakal dipertandingkan dengan Anwar dijangka memenanginya manakala kerusi timbalan presiden bakal menjadi rebutan antara Khalid, penyandang, Mohamed Azmin Ali serta beberapa nama lain.
Antaranya yang disebut-sebut akan turut merebut jawatan tersebut ialah anak perempuan sulung Anwar, Nurul Izzah yang kini Naib Presiden PKR.
“Khalid dilihat paling kuat sekali untuk melawan Azmin dan Nurul Izzah pun mungkin bertanding… tapi dengan kes perceraian yang melandanya, mungkin dia akan menarik diri,” kata sumber itu merujuk kepada kes perceraian Nurul Izzah dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Sumber memberitahu, perkembangan terkini terutamanya tawaran Khalid sendiri untuk menjadi pengarah PRK Kajang dan beberapa langkah populis dalam isu air bertujuan membina imejnya sebagai seorang pemimpin hebat.
“Perlu ingat, ahli PKR paling ramai adalah di Selangor… jika Khalid berjaya dalam pilihan raya kecil kali ini, ia pasti membina momentum untuk pemilihan parti nanti,” kata sumber yang mengatakan di Selangor sahaja ahli PKR adalah sebanyak 130,000 orang.
Kebimbangan disuarakan oleh sumber sekiranya Anwar tunduk kepada Khalid yang mahu mendapatkan sokongan daripada beliau untuk bertanding jawatan timbalan presiden.
“Sepatutnya Azmin yang jadi pengarah pilihan raya, tapi Khalid berjaya mengambil alih selepas memaksa Anwar tunduk kepada syaratnya,” kata sumber yang mendedahkan antara syarat Khalid sekiranya mahu mengosongkan jawatan menteri besar adalah dengan melantiknya sebagai pengarah pilihan raya.
Malah, sumber mendedahkan sehingga kini Khalid masih belum menandatangani sebarang surat perjanjian untuk melepaskan jawatannya.
“Mana ada dia tandatangani, sampai sekarang pun belum ada apa-apa lagi.
“Ini yang membimbangkan. Khalid mungkin menggunakan surat tersebut untuk paksa Anwar sokong dia,” katanya sumber itu lagi.
Tidak menolak sokongan akar umbi masih lagi memihak kepada Azmin, sumber menegaskan situasi tersebut akan berubah sekiranyaAnwar sendiri menyokong Khalid untuk bertanding.
Sumber mendedahkan Khalid cuba bermain “tarik tali” dalam isu jawatan menteri besar, bersikap seolah-olah tidak mengetahui usaha untuk mengulingkannya.
Khalid sehingga kini masih belum memberikan sebarang isyarat untuk bertanding dalam pemilihan parti, namun Azmin sejak awal sudah memulakan kempen mempertahankan jawatannya.
Khalid dan Azmin sering tidak sekata serta menimbulkan banyak pertikaian dalam banyak perkara, antaranya baru-baru ini dalam isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Pemilihan PKR akan bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini. Penamaan calon di peringkat pusat akan diadakan pada 29 Mac.
Bagi peringkat cawangan pula, ia akan diadakan mengikut zon bermula 4 hingga 13 April ini.

MUNGKIN TAHUN INI PEMBALASAN TERHADAP TUDUHAN FITNAH DAN RASUAH OLEH PAKATAN KEMBALI PADA MEREKA SEMULA ?


PUTRAJAYA - [VIDEO]Bekas pembantu peribadi Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok meminta Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) mengambil tindakan tegas terhadap bekas majikannya kerana didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam parti.

Menurut Tony Tan, 50, Teresa banyak melakukan 'perkara tidak betul' dan melanggar perlembagaan parti.

"Saya datang ke pejabat ROS hari ini bagi mendedahkan dokumen rahsia yang melibatkan kesalahan beliau (Teresa).

"Saya pernah bertanya kepada Teresa mengenai duit derma parti Januari lalu, tetapi masih tidak dijawab dan di mana duit derma tersebut masih menjadi tanda tanya. Saya juga hendak menjelaskan, Teresa juga telah gagal untuk melaporkan aktiviti tahunan DAP Seputeh kepada ROS," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Tony berkata, beliau menjadi pembantu peribadi Teresa dari tahun 2004 sehingga 2005, menyertai DAP cawangan Seputeh pada tahun 2002, sebelum keluar parti pada tahun 2007.
   
Menurutnya laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah
dibuat dua minggu lepas, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka diadakan minggu depan.

Dakwanya lagi, "...selain itu banyak lagi penyelewengan lain yang Teresa lakukan dan saya berharap ROS meneliti dokumen yang saya hantar dua," dakwanya lagi.

Sehubungan itu, Tony turut berharap ROS dapat melakukan mengambil tindakan ke atas Terasa bagi memastikan DAP bersih daripada segala 'kekotoran' yang berada di dalam parti tersebut.

"...saya berharap ROS  guna kuasanya untuk menahan Teresa kerana beliau banyak melakukan onar dan penyelewengan di dalam parti DAP," tegasnya.

Kes saman Abdul Hadi: PKR mahu selesai cara baik,namun Calon PKR yang di Fitnah Enggan

MUKTAMAR_PAS_221113_TMINAJJUA_02_hadi_awang_540_360_100Nasi sudah menjadi bubur itulah ungkapan yang sewajarnya diucapkan pada pimpinan Pas yang selama ini menuduh orang kaki fitnah dan akhirnya tuduhan itu kembali kepada mereka sendiri dan di dunia lagi sudah dibalas
Walaupun mereka cuba untuk menutup kes tersebut namun Rakyat semua sudah tahu apakah kesudahan jalan cerita tersebut
Walaupun pm dengar Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memberi jaminan kes saman RM2 juta melibatkan seorang pemimpin parti itu terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diselesaikan dengan baik.
Pendirian PKR itu dilihat sebagai langkah mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya kecil Kajang di sebalik rasa tidak puas hati penyokong Pas terhadap tindakan bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin menyaman Abdul Hadi namun Hakikatnya orang yang di fitnah tetap tegas mahu membersihkan namanya.
Walau pun Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, parti itu sudah menasihatkan Mohd Shamsul supaya tidak menyaman Abdul Hadi, tetapi pemimpin PKR itu berdegil.
“Pimpinan PKR mengambil pendirian sebelum ini bahawa kes saman berkenaan tidak perlu diteruskan.
“Namun Shamsul bertegas beliau perlu membersihkan nama dan maruahnya akibat dakwaan yang dibuat sewaktu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
Bekas calon PKR bagi kerusi DUN Bukit Besi,Mohd. Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Abdul Hadi Awang
Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu semalam mengarahkan Abdul Hadi membayar saman RM2,000,000 dalam penghakiman ingkar yang diperoleh Shamsul.
Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah daripada writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.
Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.
Namun, portal The Malaysian Insider melaporkan, peguam Pas, Asmuni Awi menegaskan bahawa pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
Abdul Hadi disaman Shamsul ekoran dakwaannya  bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang PRU13 lalu.
Ekoran dakwaan itu, PAS meletakkan calonnya di tiga kerusi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi PKR.
Ia menyebabkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.
Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.
Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, Shamsul memfailkan saman itu.

Selasa, 25 Februari 2014

GUANG ENG BAKAL SENASIB KARPAL SENG DAN HJ HADI AKIBAT DARI FITNAH NYA TERHDAP DATUK RAHMAN DAHLAN

Tuduhan jahat Lim Guan Eng terhadap rencana Datuk Rahman Dahlan mengenai perpaduan nasional, dengan segaja mengulangi dakwaan Datuk Rahman Dahlan kononnya menyokong pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court".
Laman sosial Twitter menjadi panas MALAH Kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya Dengan menyatakan akan menyaman Lim Guan Eng.

Kenyataan Datuk Rahman Dahlan :


Lim Guan Eng sekali lagi bertindak di luar batasan. Dia telah memutarbelitkan kenyataan dan menempelak rencana saya mengenai perpaduan nasional menerusi twitter, dengan mengulangi dakwaan yang saya kononnya menyokong pembakaran kitab yang mangandungi kalimah Allah.
Saya sudahpun menjelaskan pendirian saya mengenai isu berkenaan secara spesifik dan berfakta, tetapi seperti biasa pihak DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.

Adakah ini kepimpinan pembangkang yang berwibawa yang diperlukan oleh rakyat?
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Saya sudah lama bersabar tapi setiap orang ada limitasinya. Saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng. Saya tidak mahu isu ini dijadikan modal pembangkang dalam PRK Kajang.
Inilah sebabnya mengapa Guan Eng perlu disaman supaya dia berhenti menyebarkan fitnah.

Senarai Lengkap Kawasan Yang Terlibat Catuan Air di Selangor & Kuala Lumpur


Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan status terkini gangguan bekalan air tidak berjadual yang melibatkan beberapa kawasan di Negeri Selangor, Wilayah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berlaku sejak kebelakangan ini.


Nuffnang Ads
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat. Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-



Dalam masa yang sama, sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.  Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

Senarai lokasi Catuan air di Negeri Selangor:

WILAYAH HULU LANGAT
1. Bandar Tun Hussien Onn
2. Saujana Impian
JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT
1. Batu 7 ijangkang
2. Batu 8 Sijangkang
3. Batu 9 Sijangkang
4. Batu 9 Kg Medan
5. Batu 9 Kebun Bharu
6. Taman Desa Sijangkang
7. Taman Rivera Perdana
8. Taman Permai Sijangkang
9. Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan
JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR
1. Angsana Hilir
2. Ampang Hilir
3. Taman Pertama
4. Taman Bukit Pandan
5. Kg Pandan Luar
6. Kg Pandan Dalam
7. Taman Koperasi Polis
8. Taman Desa Baiduri
a. Jln Tenteram
b. Jln Yaakob Latif
9. Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
a. Jalan Belimbing
17. Taman Billion
a. Jalan Setiabistari
18. Taman Supreme
a. Jalan Setiamurni 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10, 11 & 12
19. Taman Cheras
a. Jalan Setiabudi
20. Taman Cheras Utama
a. Jalan Setiarasai
21. Taman Cheras Hartamas
a. Jalan Setiarayai
22. Taman Bkt Segar Jaya
a. Jalan Setiajaya
23. Bandar Baru Segar Utama
a. Jalan Medan Setia
24. Taman Damai Indah
a. Jalan Setiabakti
25. Taman Minang Ria
a. Jalan Setiakasih
26. Taman Bukit Angsana
a. Plaza Damansara
27. Taman Suria Jaya
a. Taman Seri Beringin
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
a. Hospital UKM (HUKM)
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru, Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:
a. Jalan Segambir
JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING
1. Puchong Jaya
2. Pusat Bandar Puchong
3. Taman Wawasan
4. Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5. Taman Bukit Kuchai

Datuk Seri Jamil Khir Baharom : Tindakan tegas diambil jika terbukti Kassim Ahmad menyeleweng

Tindakan tegas akan diambil terhadap Kassim Ahmad jika terbukti pandangannya bercanggah, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Gambar fail.Tindakan tegas akan diambil terhadap Kassim Ahmad jika terbukti pandangannya bercanggah, kata Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Gambar fail.
Tindakan tegas akan diambil terhadap karyawan dan bekas aktivitis politik Kassim Ahmad sekiranya terbukti pandangannya bercanggah dengan prinsip dan sumber hukum ajaran Islam, berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah, pegangan masyarakat Islam di Malaysia.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata setakat ini Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) masih mengumpul maklumat dan bukti berhubung kenyataan Kassim dalam seminar "Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian" di Putrajaya pada 15 dan 16 Februari lalu.
Kassim pada majlis itu dilaporkan mengkritik golongan ulama Islam yang disifatkannya sebagai 'kasta paderi' dan mendakwa Nabi Muhammad tidak perlu dimuliakan, serta rambut wanita bukan aurat.
"Sekiranya ada bukti terhadap anti hadis dan penghinaan kepada Nabi Muhammad tindakan akan diambil," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan pelancaran Zon Hijau di Kuala Lumpur, hari ini.
Jamil Khir berkata, tindakan undang-undang berhubung kesalahan syariah itu adalah di bawah bidang kuasa Jawi kerana mengikut perlembagaan negara, di bawah Jadual 9 agama Islam berada di bawah bidang kuasa negeri-negeri.
Mengulas mengenai kenyataan seorang wanita dari negeri pantai timur yang mempersoal kuasa Allah dalam akaun Facebook 'Murtads In Pantai Timur', katanya beliau akan mengarah Jakim untuk mengambil tindakan ke atas akaun itu dengan segera.
Beliau berkata, pada masa ini, isu yang menyentuh sensitiviti agama Islam dengan kandungan berunsur provokasi dan negatif di laman sosial semakin serius sehingga menimbulkan provokasi.
"Jakim sendiri pun berterusan memantau perkembangan ini dan kita berterusan bekerjasama dengan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) bagi menyekat sebarang provokasi yang melibatkan sensitiviti agama Islam di laman sosial," katanya.
Katanya, situasi itu berlaku seolah-olah ada agenda tertentu oleh pihak terbabit sehingga sanggup menggunakan agama Islam sebagai alat untuk mencetuskan provokasi dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. - Bernama, 25 Februari, 2014.

Isnin, 24 Februari 2014

PERBINCANGAN KHAS BERHUBUNG ULAMAK SU (JAHAT) AKHIR ZAMAN.IBN TAIMIYAH

Pos Cerita ini dibuat bukannya hendak menuduh sesiapa cuma sekadar ditakuti golongan seperti ini diakhuatiri terpilih memimpin Umat sesungguhnya

Mereka sendiri pernah mengucapkan perkataan ini maka diingatkan kembali kata2 tersebut yang amat bersesuaian dgn ijtihad karamah TGHA yg dipersetujui oleh ahl-ahlii pas yakni WAJIB mendedahkan sekiranya ada keburukan pemimpin yg meminpin umat,khasnya umat Islam demi menyelamatkan umat.

Admin pm juga amat bersetuju dengan kenyataan HJ Hadi itu sendiri berlandaskan dgn Hadith Nabi SAW,riwayat imam Ibnu Majjah, mafhumnya Nabi SAW pernah memberitahu sahabat ,tentang seorang penzina berserta dgn nama dan identitinya,tetapi tidak dapat dihukum REJAM sebab tak cukup bukti utk hudud. SAYUGIA diketahui setiap bukti yg diiktiraf oleh masyarakat boleh digunakan sebagai bahan utk menilai akhlak seseorang dan bukannya utk mengHUDUD.Tujuan Nabi SAW,utk umat mengetahui akhlak yg dituduh ditakuti akan terpilih menjadi seorang yg menjagai amanah bagi umat.

"Apapun kata yang terucap pasti disaksikan oleh Raqib dan ‘Atid". Surah Qaff:18

Rasulullah S.A.W pernah menasihati Abu Zar R.A, "Hendaknya engkau lebih baik diam, sebab diam itu menyingkirkan syaitan dan penolong bagimu dalam urusan agamamu". [Musnad Imam Ahmad]

Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". [Riwayat Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya']

Rasullulah saw bersabda maksudnya: "Di akhir zaman ramai ulama suk (jahat)."

Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

1. Cinta dunia

SANGGUP MEMFITNAH UNTUK MENJATUHKAN ULAMAK2 LAIN

SANGGUP DAJJAL KAN MUFTI LAIN WALHAL DIRINYA SENDIRI YG KURANG FASIH MENTAFSIR HADITH !!!

BAHASA NYA SERING MENGHINA SESAMA ISLAM DAN LANGSUNG TIDAK MEWARISI SIFAT2 NABI JUNJUNGAN S.A.W

KURANGNYA SIFAT SABAR MENUNJUKKAN KENIPISAN IMAN SESEORANG

AMANAT2 NYA JELAS SELEWENG !!!!!!!!

AKHIRNYA SETELAH KEKURANGAN PAS SEDIKIT DEMI SEDIKIT TERBONGKAR ALHAMDULILLAH HAMPIR BERBELAS PERSATUAN SEK PONDOK TELAH BERMUAFAKAT BERAMAI2 MENYATAKAN DENGAN FAKTA BAHAWASANYA SEKIRANYA PAS TIDAK TINGGALKAN PAKATAN BERSAMA DAP DAN PKR SERTA KEMBALI KELANDASAN ISLAM MAKA HARAM UNDI PAS

Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat:

08 Januari 2013:
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam. Katanya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.

15 Januari 2013
Beliau berkata, ini kerana kalimah Allah hanya merujuk kepada tuhan yang satu dan kalimah tersebut tidak tepat sama sekali untuk digunakan oleh agama yang mempunyai tuhan lebih daripada satu. Katanya, justeru itu, bagi mana-mana pihak yang mahu menggunakan kalimah tersebut harus yakin bahawa Allah hanya satu. "Bila agama lain yang tiada tuhan yang satu tiba-tiba hendak guna Allah tidak betul, kerana apa letak Allah. Allah diguna oleh Allah sendiri sebagai tuhan yang satu, yang maha kuasa."

Kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu:

04 Januari 2013
PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan, kata Mohamad Sabu. Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur. “Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah."

15 Januari 2013
"Pendirian saya macam pendirian Majlis Syura (Ulama Pas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Markas Pilihan raya Muslimat Pas Kota Bharu di sini malam tadi. Beliau mengulas keputusan mesyuarat Majlis Syura Pas, Ahad lepas, yang memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

APA PENDAPAT ANDA...nilailah errrr SAMPAI SEKARANG PAS TAK BERANI LAWAN SUARA PAKATAN BUKTINYA VIDEO DIBAWAH DAN APABILA DIDESAK SEMUA UMAT ISLAM AGAR PAS MENYATAKAN PENDIRIAN TENTANG ISU INI DAN MAHUKAN JAWAPAN PAS ANGSUNG TIDAK BERSUARA MAKA TAK HAIRANLAH HAMPIR SEMUA SEK PONDOK BYK YG KELUAR DARI PARTI PAS !!!!!

PAS GAGAL PERTAHANKAN AKIDAH APABILA JELAS MEMBIARKAN PAKATAN RAKYAT MENGGUNAKAN ISU KALIMAH ALLAH DLM BIBLE BAHASA MELAYU

PAS JUGA GAGAL MEMBEZAKAN YANG MANA SATU KAFIR HARBI DAN KAFIR ZIMMI DALAM MEMILIH RAKAN KONGSI DALAM ORGANISASINYA DAN JELAS PAS DIPERKUDAKAN DAP YG JELAS MEMUSUHI ISLAM DAN HAK2 BUMIPUTRA MALAYSIA SILA KLICK DISINI UNTUK BUKTI2

Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka 'syaitan bisu'. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).

2. Ilmu yang tidak global

Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.

Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi.

Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.

3. Sudah tidak mewarisi nabi

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ulama itu pewaris nabi."

Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.

4. Ulama sudah dimiliki

Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.

5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki

Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.

6. Kejumudan dan liberalisme

Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.

7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal

Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.

8. Bekerja untuk dapat duit

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: "Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara."

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: "Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat."

Cuba kita lihat "ulamak-ulamak" sekarang...malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim ...cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing....sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim...Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu...

Wallahu'alam..Nauzzubillah..

UNTUK MELIHAT VIDEO YG DI SEBUTKAN DI ATAS TADI SILA KE http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2012/09/perangai-kami-orang-muda-sokong-ulama.html#.Uwqwm_mSx8A