Selasa, 25 Februari 2014

GUANG ENG BAKAL SENASIB KARPAL SENG DAN HJ HADI AKIBAT DARI FITNAH NYA TERHDAP DATUK RAHMAN DAHLAN

Tuduhan jahat Lim Guan Eng terhadap rencana Datuk Rahman Dahlan mengenai perpaduan nasional, dengan segaja mengulangi dakwaan Datuk Rahman Dahlan kononnya menyokong pembakaran kitab yang mengandungi kalimah Allah menaikkan kemarahan beliau sehingga Datuk Rahman Dahlan menulis, "I see you in court".
Laman sosial Twitter menjadi panas MALAH Kesabaran Ahli Parlimen Kota Belud yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sampai ke kemuncaknya Dengan menyatakan akan menyaman Lim Guan Eng.

Kenyataan Datuk Rahman Dahlan :


Lim Guan Eng sekali lagi bertindak di luar batasan. Dia telah memutarbelitkan kenyataan dan menempelak rencana saya mengenai perpaduan nasional menerusi twitter, dengan mengulangi dakwaan yang saya kononnya menyokong pembakaran kitab yang mangandungi kalimah Allah.
Saya sudahpun menjelaskan pendirian saya mengenai isu berkenaan secara spesifik dan berfakta, tetapi seperti biasa pihak DAP dan kuncu-kuncunya terus mengaburi mata rakyat dengan mewujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin negara.

Adakah ini kepimpinan pembangkang yang berwibawa yang diperlukan oleh rakyat?
Enough is enough. Cukup-cukuplah. Saya sudah lama bersabar tapi setiap orang ada limitasinya. Saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap Guan Eng. Saya tidak mahu isu ini dijadikan modal pembangkang dalam PRK Kajang.
Inilah sebabnya mengapa Guan Eng perlu disaman supaya dia berhenti menyebarkan fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan