Jumaat, 28 Februari 2014

Anwar dan Khalid tidak sebulu walaupun se kelambu?

Sepatutnya isu ini tidak timbul jika tidak dicampuri dengan dendam dan ketaksuban berpolitik, skrg yg menjadi mangsa adalah rakyat.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Kerajaaan Persekutuan bagi penstrukturan semula industri air Selangor semalam, tanpa memaklumkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, menunjukkan tiada penyelarasan dan koordinasi antara kedua-dua pemimpin itu.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan Khalid mempunyai keberanian dalam berpolitik kerana tidak membincangkan perkara itu dengan ketua pembangkang serta mendahulukan kepentingan rakyat di Selangor.
"Saya akui bahawa pemeteraian MoU menunjukan keikhlasan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid dalam mencari satu penyelesaian meskipun ia (isu air) lama berlarutan.
"Sekurang-kurangnya, ia demi masa depan yang lebih baik bagi memastikan bekalan air tidak terputus di negeri ini," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan MCA bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kajang di Taman Berjaya hari ini.
Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mewakili Kerajaan Persekutuan bersama Khalid menandatangani MoU penstrukturan semula industri air Selangor di Bangunan Putra Perdana, Putrajaya.
Namun, Anwar memberitahu media bahawa beliau tidak dimaklumkan mengenai MoU berkenaan.
Wee berkata dengan termeterainya MoU antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid juga menyuntik nafas baharu kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor untuk bekerjasama demi menjamin kepentingan rakyat
"Kita mengalu-alukan usaha kerajaan Selangor dibawah pimpinan Khalid yang berusaha mengurangkan kesengsaraan rakyat dan ia patut kita puji... sekurang-kurangnya Khalid sedar masalah itu dan perlu penyelesaian segera.
"Sekiranya Anwar ditakdirkan untuk menjadi Menteri Besar Selangor, adakah beliau akan melakukan perkara yang berlainan dari Khalid?
"Siapa lebih layak menjadi Menteri Besar? Biarlah media dan pengundi yang menilai sendiri," katanya. – Bernama, 27 Februari, 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan