Rabu, 29 Januari 2014

Pengosongan kerusi DUN Kajang satu pengkhianatan – Bersih 2.0

bersihKUALA LUMPUR – Selepas menerima kritikan terbuka dari Pas dan DAP, Parti Keadilan Rakyat terus menerima tekanan berhubung pengosongan kerusi DUN Kajang bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan tersebut dalam pilihan raya kecil.
Terbaru, Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) menyifatkan tindakan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh yang meletak jawatan secara tiba-tiba tanpa alasan kukuh adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat.
Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan menegaskan, alasan perletakan jawatan Lee itu adalah demi kepentingan politik PKR dan mencerminkan pertimbangan yang lemah parti berkenaan.
“Peletakan jawatan Lee adalah merupakan pengkhianatan amanah rakyat kerana kurang daripada lapan bulan yang lalu, rakyat di Kajang mengundinya dengan harapan beliau akan kekal menjadi wakil mereka untuk tempoh lima tahun,” kata gabungan itu dipetik portal mStar hari ini.
Menerusi kenyataan bersama Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0 yang diketuai Maria Chin Abdullah, gabungan itu turut melahirkan kekesalan kerana tindakan Lee mendapat restu PKR.
“Adalah amat mengejutkan kerana PKR bersetuju dengan peletakan jawatan Lee malah menamakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan raya kecil itu nanti. Ini satu bentuk politik kotor yang patut dikutuk,” katanya.
Kerusi DUN Kajang kosong berikutan Lee meletak jawatan dari kedudukannya pada Isnin secara tiba-tiba.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan