Rabu, 29 Januari 2014

Apakah krisis politik yang pernah berlaku di Perak pada 2009 akan berulang di Selangor?

Bolehkah Anwar yang bukan anak kelahiran Selangor menjawat jawatan itu memandangkan Undang-undang Tubuh Negeri hanya mengizinkan hanya anak jati Selangor boleh menjadi Menteri Besar? Jika itu benar, kerajaan PKR Selangor mempunyai kekuatan dua pertiga dan berupaya mengubah perlembagaan negeri dengan syarat menerima perkenan istana.
Jika usul meminda perlembagaan itu dilakukan ia memerlukan campur tangan istana, apakah akan berlaku jika ia tidak mendapat perkenan Sultan Selangor? Apakah krisis politik yang pernah berlaku di Perak pada 2009 akan berulang di Selangor?
khalid ibrahim, anwar ibrahimSemalam Anwar dilaporkan menafikan dengan keras spekulasi beliau akan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dengan mengisi kerusi DUN Kajang yang kosong setelah ADUN PKR, Lee Chin Cheh secara tiba-tiba meletak jawatan tanpa sebab semalam.
Namun, ketika ramalan-ramalan bertiup kencang, Anwar yang dikenali sebagai ‘spin master’, hari ini diumumkan sebagai calon untuk bertanding di DUN Kajang – pengumuman yang mengundang kritikan hebat bukan sahaja dari musuh politik, malah penganalisis yang melihatnya sebagai satu hipokrasi yang amat nyata.
Alasan Anwar ialah beliau tidak ada pilihan untuk bertanding selepas menerima konsensus dari ketiga-tiga parti komponen pembangkang – alasan dari skrip sama yang digunakannya 22 tahun lalu ketika mengetepikan Ghaffar Baba.
Perkembangan itu menguatkan lagi spekulasi Anwar akan mengisi kerusi Menteri Besar Selangor jika memenangi pilihan raya kecil itu kelak.
Untuk rekod, Anwar kembali ke persada politik selepas dibebaskan dari penjara dengan mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan secara sengaja oleh isternya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2008.
Persoalannya, apakah ini satu lagi permainan politik yang dicatur Anwar? Adakah perseteruan politik antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanya satu sandiwara untuk menjayakan percaturan beliau kali ini?

Untuk rekod, Anwar kembali ke persada politik selepas dibebaskan dari penjara dengan mengisi kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan secara sengaja oleh isternya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2008.

Persoalannya, apakah ini satu lagi permainan politik yang dicatur Anwar? Adakah perseteruan politik antara Abdul Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hanya satu sandiwara untuk menjayakan percaturan beliau kali ini? JELAS RAKYAT SERING DI BODOHKAN OLEH REJIM PAKATAN YG MENGUNDI MEREKA,Demokrasi jadi satu permainan mereka jelas pengosongan kerusi dun kajang satu pengkhianatan pada rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan