Sabtu, 21 Disember 2013

Terkini Tol naik: Diskaun untuk pengguna?

KUALA LUMPUR – Susulan khabar kenaikan kadar tol, pengguna mungkin diberi diskaun melalui pas bulanan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-60, hari ini.
Menurutnya, kerajaan memikirkan cara untuk mengurangkan tekanan hidup rakyat.
“Kita tak nak keuntungan berlebihan kepada syarikat konsesi.
“Mungkin untuk ‘regular user’, kita bagi diskaun untuk ‘season passes’. Ini masih dalam pertimbangan kerajaan,” katanya – SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan