Sabtu, 21 Disember 2013

BERHIMPUN UNTUK GULINGKAN KERAJAAN ATAU NAK TURUNKAN HARGA BARANG KEDUA DUANYA KERJA BODOH PIHAK PEMBANGKANG ?

SALAH KERAJAAN DI SEBERANG LAUT NAMPAK TAPI SALAH SENDIRI DEPAN MATA BUAT TAK TAHU !!!
Para Pro2 pembangkang seperti yang kita lihat di medium blog dan facebook sedang sibuk mempromosikan Himpunan ‘Turun’ iaitu satu gerakan membantah kenaikan harga barang namun perkhabaran yang lebih buruk sekali apabila hebat di canang canag khabarnya, himpunan ini juga membawa matlamat untuk menggulingkan kerajaan.

Bagi Admin PM perkara ini ada menimbulkan sedikit kerisauan juga maklumlah‘Turun’ bakal diadakan pada malam tahun baru iaitu 31 Disember, pada jam 8.00 malam di stadium Merdeka tempat yang dicanang canang mereka untuk menampakkan jumlah peserta yang ramai sekiranya apa yang mereka rancang gagal mendapatkan sambutan yang mereka harapkan.


Rakyat diingatkan supaya jangan lah sampai hendak berhimpun dengan tujuan hendak menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak yang kononnya dizalimi walhal dengan kenaikan yang tak seberapa itu sebenarnya langsung tidak menampakkan kesan yang besar dan aktiviti kita tetap seperti biasa berbanding kesusahan yang terpaksa ditempuhi negara negera seperti mesir dan iraq yang sehingga kini tak tentu hala dalam pentakbirannya

Dan rasanya tak perlulah kita nak sampai menggulingkan kerajaan kerana kesannya amatlah buruk seperti di negara negara yang telah digulingkan sebelum sebelum ini malah bukan ajaran berlandaskan pegangan ASWJ.

Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Banyak lagi medium untuk kita menegur pemimpin dengan kemajuan yang kita nikmati ini segala keluh kesah rakyat sudah didengari oleh pemimpin jadi apa perlunya kita berdemontrasi?

Ingatlah sahabat sahabat PM semua amalan berbantah bantah ini sebenarnya ialah amalan golongan puak puak Khawarij sahaja jadi mohon sahabat sahabat janganlah sampai terpengaruh dengan gerakan hendak menggulingkan Kerajaan ini

Mari kita kenali sepintas lalu tentang golongan Sepintas Lalu Tentang Khawarij

Khawarij ketika awal Islam dikenali sebagai kelompok yang menyelisihi para sahabat dalam mengambil maksud nash-nash agama serta memiliki ideologi pemberontakkan dan kepembangkangan terhadap pemerintah. Mereka menganggap dengan memisahkan diri daripada kepimpinan pemimpin yang zalim (walaupun penilaian zalim itu hanya pada anggapan mereka) adalah salah satu bentuk taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Mereka juga berkeyakinan bahawa sesiapa yang melakukan dosa besar sebagai kafir.

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah menjelaskan, “al-Khawarij berpendapat bahawa tiada ketaatan kepada pemimpin atau amir jika dia melakukan dosa, kerana menurut mereka dosa besar menjadikan pelakunya keluar dari Islam (kafir).

Begitu juga dengan kaum Syi’ah Rafidhah yang menyatakan tiada imam (pemimpin) yang maksum, umat Islam tidak memiliki imam dan tidak mengikuti imam sejak imam yang mereka tunggu-tunggu menghilang. Jadi, sejak saat itu sehingga ke hari ini masyarakat mati dalam keadaan jahiliyyah. Kata mereka, tidak ada imam kecuali imam yang maksum (bebas dari segala dosa), tidak ada haji, dan tidak ada jihad bersama mana-mana amir (pemimpin), kerana imam yang sebenar belum muncul.

Manakala ahlus sunnah melihat jauh ke hadapan, kerana menyelisihi perkara-perkara ini bererti derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya, serta akan mengheret masyarakat kepada fitnah yang besar. Bukankah yang membuka pintu fitnah dan peperangan di antara kaum muslimin serta perselisihan pendapat adalah gerakan pembangkangan terhadap para pemimpin?

Walaupun demikian, perkara ini tidaklah bererti ahlus sunnah wal-jama’ah menganggap perbuatan amir yang salah tersebut sebagai bukan kemungkaran. Ahlus sunnah tetap menganggapnya sebagai kemungkaran (cuma cara menanganinya adalah berbeza dan telah ditetapkan kaedahnya oleh syara’ – pent.).

Walaupun pemimpin tersebut minum arak atau menzalimi hak rakyat contohnya, kita tetap wajib melaksanakan solat bersama-sama dengannya, dan solat tersebut adalah sah. Lebih dari itu, ahlus sunnah wal-jama’ah berpendapat bahawa solat Juma’at di belakang imam pelaku bid’ah adalah sah selagi mana bid’ah yang dilakukannya tidak mencapai darjat kekafiran, kerana ahlus sunnah wal-jama’ah berpendapat perbuatan menyelisihi para pemimpin dalam perkara ini adalah termasuk keburukan, dan bagi pemimpin itu sendiri adalah tidak sepatutnya melakukan kemungkaran tersebut. Perkara yang sama berlaku dalam solat hari raya, iaitu ahlus sunnah solat bersama-sama para pemimpin (atau wakilnya) walaupun mereka (pemimpin) adalah orang-orang yang fasiq.

Dengan cara yang tenang ini, jelaslah bahawa Islam merupakan agama pertengahan di antara kelompok yang berlebih-lebihan dan yang terlalu meremehkan.” (Ibnu al-Utsaimin, Syarah al-Aqidah al-Wasithiyah. Rujuk: http://www.alnasiha.net/cms/node/35 dan http://www.ibnothaimeen.com/soft/AlakidahAlwasetiah.exe)

Ini adalah sebagaimana yang telah terpahat dalam sejarah di akhir era para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’ain ketika berhadapan dengan kepimpinan ‘Abdul Malik B. Marwan dan al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi. Walaupun kedua-dua pemimpin ini begitu zalim dan fasiq, membunuh ribuan nyawa para ulama termasuk dari kalangan sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, minum arak terang-terangan, solat dalam keadaan mabuk, dan merosakkan ka’abah dengan manjaniq, tetapi para sahabat yang hidup pada ketika itu tetap tidak melepaskan tangan ketaatan kepadanya. Bahkan para sahabat bersama-sama para ulama lainnya dari kalangan tabi’in tetap bersolat bersama-sama imam mereka, al-Hajjaj B. Yusuf ats-Tsaqafi ini.

Ini benar-benar berbeza dengan apa yang difahami oleh kaum khawarij.

Imam al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) menjelaskan tentang kaum khawarij dengan katanya:

“Para ulama sepakat menyatakan bahawa khawarij adalah suatu kaum yang jahat dan derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya walaupun mereka solat, berpuasa, dan bersungguh-sungguh dalam ibadah. 

Tetapi kebaikan yang mereka usahakan itu tidaklah memberi sebarang manfaat sedikitpun untuk mereka kerana mereka telah menyelewengkan makna ayat-ayat al-Qur’an bersesuaian dengan hawa nafsunya. 

Mereka juga menonjolkan amalan amar ma’ruf nahi mungkar, tetapi ia tidak bermanfaat bagi mereka. Kerana mereka gemar menafsirkan al-Qur’an dengan hawa nafsu dan menipu umat Islam. 

Sesungguhnya Allah ‘Azza wa Jalla telah memberi peringatan kepada kita dari bahaya dan kesesatan mereka. Begitu juga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khulafa al-Rasyidin, para sahabat radhiyallahu ‘anhum, dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik turut mengingatkan. Khawarij ini dan yang sealiran dengannya adalah orang-orang yang jahat, najis, dan kotor. 

Mereka saling mewarisi fahaman sesat ini sejak dahulu sehinggalah sekarang. Mereka memisahkan diri dari para pemerintah umat Islam, sehingga ada dari mereka yang menghalalkan tindakan membunuh umat Islam.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/22)

Kemudian beliau mengingatkan supaya berwaspada terhadap mazhab khawarij kepada kita semua dengan katanya:

“Sungguh-sungguh aku telah menyebutkan peringatan (tahdzir) terhadap mazhab khawarij. Yang mana pada peringatan tersebut mengandungi khabar bagi orang yang dipelihara oleh Allah ‘Azza wa Jalla yang maha Mulia dari mazhab al-khawarij, dan tidak supaya berpegang dengan mazhab mereka, dan hendaklah bersabar dengan kezaliman para pemimpin, juga dengan ketidak-adilan pemimpin, dan tidak keluar dari ketaatan kepada mereka dengan senjata (pedang). 

Kita berharap kepada Allah yang maha Agung supaya menghilangkan kezaliman darinya, juga dari semua kaum muslimin, dan mendoakan para pemimpin dengan kebaikan. Juga bersama-sama dengan mereka dalam melaksanakan haji, berjihad menentang musuh umat Islam, solat juma’at dan solat dua hari raya bersama mereka. Sesiapa yang bersifat seperti ini bererti dia berada di atas jalan yang lurus, insyaAllah.” (al-Ajurri, asy-Syari’ah, 1/37)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan