Rabu, 25 Disember 2013

PM ucap terima kasih pada Presiden UAE

SHAH ALAM – Susulan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memberi sumbangan sebanyak RM39.2 juta bagi membantu 10,000 mangsa banjir yang terjejas di Malaysia, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan terima kasih kepada presiden negara itu.
Menerusi laman facebooknya, Najib turut mengharapkan bantuan tambahan yang diberikan negara itu dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa banjir tersebut.
“Malaysia berterima kasih kepada Presiden UAE, Sheik Khalifa Zayed Al Nahyan, atas sumbangan RM39.2 juta untuk mangsa-mangsa banjir negara itu,” katanya yang dipetik dalam laman sosialnya, lewat petang ini.
Semalam, mengikut laporan media antarabangsa Sheikh Khalifa mengarahkan supaya RM39.2 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia baru-baru ini.
Menurut Kedutaan UAE dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, inisiatif ini merupakan bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
“Persatuan Bulan Sabit Merah UAE akan melaksanakan inisiatif kemanusiaan ini melalui kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan,” katanya. – SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan