Sungguh memalukan apabila pekung sendiri di tutup dan cuba pula membuka Pekung orang dan yang paling membuat Admin @pm ketawa nakal dan sinis ialah apabila SAMM dan JINGGA13 cuba memberi amaran kepada Kerajaan dan PDRM hari ini dengan ugutan RM 100juta agar tidak mengalihkan isu sebenar desakan menurunkan harga barang dan perkhidmatan kepada Gerakan Guling Kerajaan.
Pakatan Pembangkang cuba nak bermain isu ini membodoh-bodohkan para penyokongnya sendiri agar dapat menutu kesalahan mereka berhubung isu isu besar yang mereka lakukan seperti peningkatan harga barang yang seperti kita tahu dikuasai oleh cina Dap yg kebenyakannya menentang kerajaan,kenaikan Cukai tanah,kenaikan Premium tanah,kenaikan Cukai pintu,kenaikan Sewa PPR,kenaikan Yuran lesen perniagaan dan kenaikan Cukai pondok tol? serta tidak termasuk di Negeri lain yang mereka kuasai? kan elok mereka berdemo kat SUK Kerajaan Negeri secara beramai ramai bagi memohon menurunkan beban Rakyat.
Jika para sahabat PM perhatikan perbezaan jelas antara para penyokong Kerajaan dan para penyokong Pentaksub Pakatan Rakyat jelas nyata dan terang sikap terpuji milik penyokong Kerajaan dan sifat terkeji milik penyokong Pakatan Rakyat kerana kita penyokong Kerajaan akan menegur Pemimpin kita bila kenaikan yg kita rasa tidak sesuai dibuat Kerajaan akan tetapi sikap terkeji yg ada pada penyokong pembangkang pula ialah tidak pernah sekali pun Admin @pm terbaca pentaksub pakatan rakyat menegur pemimpin mereka dan seboleh bolehnya bertindak retorik menyalahkan kesalahan mereka kepada kerajaan.
Jika di fikir secara logiknya pun paling tidak , mereka harus menegur pemimpin mereka juga serta bertindak menekan para pemborong serta pimpinan Khaled Ibrahim serta membuat demonstrasi besar-besaran di Selangor memandangkan semua kenaikan telah pun diputuskan oleh Kerajaan Negeri Selangor seperti yang admin @pm sebut diatas tadi?
Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa yang jauh lebih besar membabitkan penduduk dan rakyat memandangkan rakyat dan penduduk tinggal di dalam sesebuah negeri. Kerajaan Persekutuan adalah makro sedangkan urusan seharian termasuklah isu kepenggunaan lebih banyak melibatkan Kerajaan Negeri.
Bacul sangat kah SAMM dan Jingga 13 kerana tidak berani bersuara menegakkan kebenaran dan akhirnya cuba mengalihkan kesalahan mereka kepada Kerajaan Barisan Nasional
Pssstttt....siapa sebenarnya yang mengalihkan perhatian tentang kenaikan harga barang dan cukai sehinggakan kos sara hidup meningkat? PM soal tentu korang dah tahu jawapannya kerana kerajaan tak pernah membuat sesuatu dasar itu untuk membebankan Rakyatnya seharusnya kita bijak serta mempersoalkan kerajaan sekiranya wang hasil penarikan subsidi itu didapati di seleweng seperti pembaziran membayar gaji MB yang melampau sehinggakan mengalahkan Gaji Perdana Menteri Malaysia
Tambah kapsyen |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan