Ahad, 29 Disember 2013

Isteri minta cerai kerana rumah tiada tandas

NEW DELHI – Tandas ternyata juga boleh menghancurkan atau menyatukan sebuah rumah tangga . Itu dialami oleh pasangan suami isteri di India apabila mereka dilaporkan akhirnya bercerai kerana tandas .
Savita Malviya bersetuju untuk tidak bercerai jika suaminya , Devkaran mahu membuat tandas di rumah mereka di Kampung Mundlaana.
Mereka telah berkahwin selama 7 tahun dan mempunyai dua anak,  namun Savita pulang ke rumah ibu bapanya kerana ‘merajuk’ selepas suaminya enggan membina tandas di rumah mereka.
Akhbar Daily Mail melaporkan, wanita berusia 27 tahun itu menyalahkan tandas rumah sebagai penyebab keretakan rumah tangganya.
“Ketiadaan tandas membuatkannya (Savita) sangat malu,” lapor akhbar tersebut.
Akibat tiada tandas, Savita terpaksa membuang air di tempat terbuka dan keadaan itu membuatnya berasa malu .
Kini Savita dan Devkaran sudah tinggal bersama lagi setelah tiga tahun berpisah .
Savita bersedia menyambung semua hubungan mereka selepas mahkamah mengarahkan suaminya menyediakan tandas sekurang – kurangnya sebelum 10 Januari 2014.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan