Selasa, 31 Disember 2013

‪#‎GULING2014 -Gambar Gambar serta Keadaan semasa di Dataran Merdeka Sempena Sambutan tahun Baru 2014


Laporan terkini live dari dataran di mana situasi masih aman sekitar jam 9 mlm tadi kelihatan Peserta himpunan yang kebanyakannya berpakaian serba hitam, dilihat sedang berkumpul pada jarak 300 meter daripada Dataran Merdeka sebelum bergerak ke tapak himpunan Ambang Tahun Baru 2014.
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad yang sentiasa memantau situasi disana menjelaskan, setakat ini anggota polis yang bertugas di Dataran Merdeka mencukupi untuk menghadapi kemungkinan berlakunya provokasi.
“Kita dah periksa daripada semalam lagi, masih tiada apa, sekarang pun masih aman, kita harap tak ada benda-benda tu semua,” kata Zainuddin.
Mengikut pemerhatian, setakat jam 9 malam, Dataran Merdeka yang menjadi tempat berkumpul bagi sambutan tahun baru 2014 masih dalam keadaan aman.
Apa yang nak disampaikan kepada sahabat sahabat PM dijangkakan ada kemungkinan besar situasi mungkin di dalam stabil dan aman akan tetapi kehadiran mereka ini sebenarnya ibarat sambil menyelam minum air kerana kehadiran mereka ini tak ubah seperti orang lain iaitu untuk berhibur juga seperti yang di jelaskan oleh Pengerusi gerakan TURUN kos sara hidup mereka juga datang untuk meraikan tahun baru.
Dengan ada nya upacara ini dapatlah kita rumuskan bahawa dengan ada nya pesta ini dapatlah si anak gadis pas sama sama jantan betina berpeleseran beramai ramai disana tanpa larangan dari ibu bapa mereka
Semalam, Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) memberi jaminan perhimpunan yang bakal diadakan malam ini akan berlangsung dengan aman.
Pengerusinya, Muhamad Azan Safar berkata, himpunan yang berkonsepkan duduk dan bantah ini bertujuan untuk rakyat memberi mesej jelas berhubung isu protes kos sara hidup yang semakin tinggi.
Menurut Azan, waktu berkumpul adalah pada jam 9 malam dan peserta dijangka bersurai secara aman setelah meraikan tahun baru 2014.
Orang ramai, termasuk peserta himpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup mula membanjiri lokasi sambutan di ambang tahun baharu seperti Dataran Merdeka, Sogo dan Jalan Masjid India di sini.

Di Dataran Merdeka, polis menutup laluan dengan penghadang besi bagi menghalang kenderaan ke kawasan Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di depan Dataran Merdeka dan bilangan anggota polis yang berkawal juga bertambah.
    
9.30 malam: Perarakan peserta himpunan terhenti di kawasan Dataran Merdeka.

9.25 malam: Kelihatan peserta Turun, sedang berarak masuk ke Dataran Merdeka.

9.15 malam: Peserta himpunan mula berarak dari Sogo dengan memegang pelbagai sepanduk. Mereka melaungkan Turun dan Hidup Rakyat.

8.50 malam: Semakin ramai pengunjung membanjiri sekitar Dataran Merdeka dan kelihatan beberapa kumpulan kecil peserta himpunan yang memakai T-shirt Turun.

8:41 malam: Kelihatan sekeluarga yang memakai T-Shirt yang tertera tulisan Turun, tiba di Dataran Merdeka. Kini orang ramai mula memenuhi ruang Dataran Merdeka.

7.45 malam: kelihatan segelintir peserta memakai topeng dan ada juga yang melaungkan 'Allahuakbar'.

7.35 malam: Hampir 200 peserta berkumpul disekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo. Segelintir peserta himpunan bersolat berjemaah di hadapan Sogo.

7 malam: Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)  mula membanjiri sekitar kawasan Dataran Merdeka.

6.30 petang: Pihak polis telah melakukan penutupan jalan  di Dataran Merdeka.

5.30 petang: Kelihatan dua unit udara PDRM dan juga helikopter Nuri  memantau di persekitaran Kuala Lumpur dan juga  Dataran Merdeka



Gambar sekitar Himpunan Guling Kerajaan 31 Disember 2013 - Dianggap sebagai percubaan terakhir pihak pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan setelah kegagalan mereka memenangi Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan