Selasa, 31 Disember 2013

Dr Asri: Penjimatan mesti termasuk golongan istana

Adakah Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ialah Ikon ekonomi atau ahli Politik apabila hal hal melibatkan rakyat nak berdemo maka dia lah orang yang lantang membakar semangat orang orang PR dengan komen komennya bagaikan semua yang orang buat salah belaka,seolah olah dialah yang paling bijak sehinggakan sanggup menyindir golongan Istana
Apakah dia ada bukti yang golongan Istana membazir kan duit rakyat sehinggakan dia melemparkan sindiran sedemikian rupa di laman tweeternya dengan berkata, pengurangan kos mesti melibatkan pelbagai pihak, termasuk golongan istana dilaman tweeter nya hari ini
“Ramai tidak mahu kata, saya terpaksa kata. Potongan penjimatan hendaklah di semua peringkat termasuk golongan istana,” tulisnya di Twitter.
Walau bagaimanapun, langkah perdana menteri mengumumkan 11 langkah penjimatan tetap menerima sokongan dari anggota kabinet, sepertiyang disuarakan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin.
“Najib umum 11 langkah penjimatan belanja kerajaan… sokong!,” tulisnya.
Turut memberi sokongan ialah ketua Pemuda Parti Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang berpendapat tindakan tersebut adalah langkah yang betul.
“Rakyat Malaysia mahu kerajaan mengurangkan kos pentadbiran sebelum manaikkan sebarang cukai. Pengumuman PM@najibrazak pastinya salam usaha yang betul,” tulisnya.
Sebelum ni bila najib berdiam di gasaknya agar bukan rakyat sahaja perlu berjimat Kerajaan juga kena berjimat, bila langkah berjimat yang kerajaan buat ni pasti ada lagi serangan serta saranan dari pembangkang ini yg pm anggap tiada penghujungnya.
Memang adat setiap insan mahupun kerajaan tidak ada yg seratus peratus sempurna, jadi nak menjadikan ianya sempurna kenalah kita membantu kerajaan dengan cara yang positif menegur secara musyuarat atau pergi berjumpa menteri ,berilah nasihat dan teguran bukannya main kutuk kutuk Belakang sahaja,teringat pulak PM dengan satu Video dulu dimana DR Asri semasa didalam jawatan Mufti memberi saranan bagaimana nak tegur pemimpin tapi sekarang berbeza pulak caranya erk?
Persoalan yang PM nak timbulkan !!! apa dulu guna kitab lain sekarang guna kitab lain ?atau dulu guna hadith lain sekarang guna hadith lain ?adakah kerajaan ni zalim hinggakan ada yang tidak makan macam satu video youtube yg pm tengok kat negara luar di syiria ke mesir kalau tak silap,itu lah akibat demontrasi yg tidak terkawal,cuba tengok video tu yg menayangkan budak yg nak makan pun tak ada duit hinggakan kanak kanak kecil mengalas perut dengan memakan kotak?

VIDEO WAJIB TONTON !!! MUFTI PERLIS BELASAH MANTAN MUFTI PERLIS !!!!

APA NAK JADI DENGAN DR ASRI NI DULU LAIN SEKARANG LAIN  SEJAK MASOK POLITIK DAH MACAM ABG NUAR PULAK DAH DULU ABG NUAR KEMAIN KUTUK PAS BEGITU JUGAK RUPANYA DENGAN DR ASRI NI?

Bagaimana Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Mentaati Pemerintah (Pemimpin Negara)



Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan