Khamis, 25 Julai 2013

TIGA MENINGGAL DUNIA DALAM KEJADIAN KEBAKARAN DI KUALA LUMPUR

AJAL DALAM TIDUR...Semua insan sedang gembira menantikan syawal bakal tiba tidak lama lagi akan tetapi tidak bagi keluarga yang malang ditimpa bencana apabila rumahnya hangus dan 3 terkorban dan ada yang tercedera dalam satu trajedi kebakaran semalam

Tiada apa yang mampu PM ucapkan selain ucapan takziah kepeda ahli keluarga arwah dan semoga tabah dengan dugaan yang menimpa dan marilah sama sama kita hadiahkan A-Fatehah buat arwah dan kita memohon kepada Allah S.W.T jika ada sebilang bilang pahala dari bacaan kita dapatlah diberikan kepada Arwah semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman Amin...

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 5 petang semalam dikhabarkan, mangsa yang dikenali sebagai Ain, 26, yang juga orang kelainan upaya (OKU) ditemui dalam keadaan separuh rentung bersama dua mangsa lain berhampiran pintu depan rumah teres itu manakala dua penghuni lain yang melecur terpaksa dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan.
menurut seorang jiran tetangga yang dikenali sebagai Noraini beliau berkata, ketika kejadian, dia dalam perjalanan ke tempat kerja dan sebaik keluar mendapati rumah jirannya sedang terbakar.

“Saya hanya mampu menjerit meminta tolong sebelum menelefon bomba sambil menyiram hos getah ke arah rumah mangsa,” katanya.
Foto
KEADAAN rumah didiami tiga bersaudara hangus terbakar.

Sementara itu, ibu saudara seorang daripada mangsa, Fadillah Rajab, 41, berkata, tidak menyangka perubahan sikap anak saudaranya dikenali sebagai Ain, 26, yang banyak berdiam diri berbanding sebelum ini yang suka menyanyi dalam van ketika dalam perjalanan ke Pusat Dalam Komuniti (PDK) Kota Kecil, di sini, menjadi petanda dia akan meninggal dunia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan