Khamis, 25 Julai 2013

Alvin dan Vivian dibebaskan dengan empat syarat

VIVIAN MINTA SOKONGAN PM...Selepas pasangan kontrevesi Alvin dan vivian dibebas dengan ikat jamin pandai pula dia masuk blog Admin mintak sokongan supaya support dia haaahaaa nak gelak pun ada pada vivian ini tapi jangan haraplah senang senang PM nak beri sokongan dan tunggulah hari perbicaraan nanti tapi itu jika betul Vivian yang komen rasanya tu bukan dia kot heeeheee saja bagi komentaruk nama vivian kot heeehee
Harapan kita belum terputus lagi untuk melihat pasangan ini menerima balasan yang setimpal kerana baru bebas dijamin bukan nya bebas tuduhan kes menghina Islam.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan pasangan kontroversi Alvin dan Vivian dibebaskan dengan jaminan dengan menyertakan empat syarat yang harus dipatuhi.
Hakim Datuk Mohd. Azman Hussin memutuskan kedua-dua tertuduh Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Hee dan Lee May Ling (Vivian) diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan masing-masing dua orang penjamin.
Keputusan itu dibuat setelah Peguam bela, Choong Joo Tian yang mewakili pasangan kontroversi Alvin dan Vivian memfailkan permohonan semakan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat lalu.
Menurut Mohd. Azman, empat syarat yang dikenakan termasuk kedua-dua tertuduh hendaklah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Selain itu, kedua-dua tertuduh dilarang memuat naik apa-apa gambar lucah dan provokatif serta penulisan atau komen dalam internet termasuk telefon pintar dan seumpanya untuk tujuan sama yang boleh menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Mereka juga perlu mendaftarkan diri di balai polis berdekatan pada minggu pertama setiap bulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan