Isnin, 3 Jun 2013

PESANAN IKHLAS BUAT SAUDARA ANWAR YG MAHU ANJURKAN LAGI BLACKOUT DI KL 15 JUN INI !!!!

ANWAR AKAN ANJUR HIMPUNAN BLACKOUT505  15 JUN INI !!!sanggup dia derhaka titah agong


Berani sungguh PM tengok pemimpin Pakatan Pembangkang ini mencabar titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Meskipun telah dititahkan baginda baru-baru ini supaya semua pihak termasuk parti-parti politik akur dengan keputusan PRU13 yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kekal menerajui kerajaan Persekutuan, tetapi titah itu nampaknya langsung tidak dihiraukan oleh pemimpin pembangkag.

Sudah-sudahlah saudara Anwar Ibrahim hentikanlah kerja yang tidak membawa faedah ni buang masa buang duit buang tenaga tiada hasilnya pun kalau rasa nak menang sangat buatlah kebaikan dan kerja dengan ikhlas jujur dan amanah bukannya bermodal hasutan sekarang masanya buat kerja majukan Negara atas negeri2 yg dimenangi bukan buang masa duk berpeliseran dijalan-jalan bersyukurlah dengan seadanya terimalah ketentuannya Bahawasanya Rakyat tidak menyokong anda dan kembalilah kepangkalan jalan dan berhidmatlah pada rakyat dengan jujur bukan dengan cara berceloteh tak henti2 dengan benda yang tak tentu hala.Sambung baca sila klick di bawah 
Semoga kita dapat menghindari dari perbuatan tak tentu hala yang dibawa saudara Anwar ini dan marilah kita perbanyakkan berdoa dan contohi peribadi Nabi Junjungan Rasullulah S.A.W..

Doa Rasulullah s.a.w di pagi hari setiap hari:

"Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon kepadaMu kebaikan hari ini, kemenangannya, pertolongannya, cahayanya, keberkatannya dan petunjuknya.
Dan aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang ada di dalamnya dan kejahatan yang ada sesudahnya."

Izinkan Admin bermadah sebentar
Dalam mengharung titik perjalanan
Tak terkira banyaknya duri halangan
Pelbagai rintangan datang menghalang
Tujuannya 1, agar kita menjadi matang

Tidak mustahil timbulnya kecewa
Apabila yang di hajat tidak kesampaian
Tapi apakah kita semua lupa?
Kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan

Setiap kejayaan perlukan pengorbanan
Pengorbanan perlu di iring keikhlasan
Di mana makam sabar yang ada di hati?
Setelah mekar dendam di lubuk sanubari

Kasihnya Allah kepada Muhammad
Taqwanya Muhammad kepada Allah
Sedangkan Yang Maksum ampunkan umat
Inikah pula kita, manusia biasa

Sedetik mula menjadi pempertikai
Sekurun lamanya mencari salah
Mendidik saudara bercerai berai
Inikah yang di agungkan menjadi wadah?

Sesekali berteleku di depan cermin
Carilah di mana inci hak kalian
Sedarlah semua syaitan mudah mempermain
Melaga memfitnah membenci menafikan

Di dalam diri kurniaan Allah
Terselindung makam yang indah belaka
Carilah kenallah dengan bermujahadah
Kalian akan kenal apa itu redha

Setiap berlaku terkandung hikmah
Perbuatan, perkataan lantunan niat
Kembalilah semua pada tali Allah
Percayalah, yakinlah kemenangan itu dekat

Melayu Islam berpisah tiada
Kebesaran Allah petunjuk segala
Redhalah dengan apa jua menimpa
Percayalah, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
PR mahu anjur Blackout 505 di KL pula  
PETALING JAYA - Walaupun dikecam pelbagai pihak, Pakatan Rakyat (PR) akan tetap meneruskan siri Himpunan Blackout 505, kali ini di ibu negara, 15 Jun ini.

Himpunan kononnya bagi membantah penipuan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu difahamkan akan dirunding dengan pihak polis terlebih dahulu.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, hari ini.

PR katanya akan berurusan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan pihak keselamatan bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman.

Maklumat lanjut mengenainya ujar Anwar akan dimaklumkan oleh sekretariat himpunan.

Untuk rekod, siri himpunan itu yang diadakan di sebuah padang berhampiran Amcorp Mall akhir bulan lalu menyaksikan pelanggaran Akta Perhimpunan Aman 2012 berlaku.

Antaranya termasuklah para peserta yang turut membawa anak kecil menyertai himpunan itu.

Himpunan itu juga tidak menerima sambutan termasuk dari kalangan parti komponen PR sendiri.

p/s:, doa dan tawakal itu kita serahkan sahaja kepada-Nya mestilah seiring dengan usaha kita, barulah hidup jadi berkat jangan Asik ingat tu tak adil tu tak betul moga2 jadi iktibar kita bersama Salam Ukwah PM untuk Sahabat2 semua..ehemmm rindu kat si dia tapi hanya berserah padanya menentukan segalanya Aminnn..moga2 sidia ingat kat PM heeheee 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan